Friday, January 30, 2015

SAKIT DAN KEHIDUPAN




Apabila kita berbicara tentang 'sakit' kita akan memberikan definisi dan takrifan yang pelbagai. Ada yang melihat sakit itu sebagai satu bentuk implikasi fizikal tetapi ada juga yang mentakrifkans akit itu lebih simbolik. Terpulang pada pendapat individu. Yang penting, sakit itu adalah suatu keadaan yang tak menyeronokkan, menderitakan, menyedihkan dan lain-lain. Kesakitan yang berpanjangan juga boleh memberi impak kepada hubungan kita dengan persekitaran.

Baru-baru ni saya melawat rakan saya yang mana suaminya sekarang mengidap kanser. Mula-mula dapat berita saya memang terkejut sebab suami rakan saya ni saya rasa aktif sebab beliau seorang guru. Sefaham saya, semua cikgu ni saya boleh kata aktif lah sebab mereka ni  kalau di sekolah tak duduk diam. Ke hu ke hilir penuh dengan macam-macam aktiviti. Kelas pulak kejap di tingkat satu, kejap di tingkat 3..mana nak duduk diam kalau macam itu? Saya ni nak naik tingkat atas kat rumah pun bukan main malas lagi kecuali dah terpaksa. Dipendekkan cerita saya rasa macam kruang percaya jugaklah pada awalnya.

Asyik bertangguh nak melawat, akhirnya saya dgn suami cari juga masa pada hari Ahad yang lalu. Senang dapat dengar cerita daripada mulut beliau sendiri, sebab sebelumnya saya asyik dengar cerita rakan-rakan yang lain saje. Sedih hati saya bila melihat anak-anak berkampung di hospital sebab seingat saya anak-anak beliau memang rapat dengan si ayah. Semuanya perempuan, jadi biasalah anak pwerempuan rapat dengan ayah. Yang sulung kalau tak silap mungkin Tingkatan 2 dan yang bungsu baru berumur 1 tahun lebih.  Pesan beliau pada kami, selalulah buat pemeriksaan kesihatan sebab katanya kadang-kadang kita rasa diri kita sihat tapi sebaliknya pula. Macam beliau, puncanya nak buat medical checkup untuk darah tinggi dan buah pinggang tapi lain pula yang dapat didiagnos.

Jauh di sudut hati saya, kami mendoakan semuanya yang baik-baik saja. Mudah-mudahan beliau akan sembuh dan kembali bertugas seperti sediakala. Aanak-anak pun masih kecil lagi..harap-haraplah pembedahan kedua dan kemoterapi kali ini memberi kesan positif. Semoga rakans aya sentiasa tabah dan kuat dengan dugaan Allah. Percayalah, Allah menduga hambaNya dengan dugaan yang diketahuiNya mampu ditagani oleh individu tersebut. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk dan redhalah kita dengan apa jua yang mendatang..in shaa allah akan ada kemanisan di hujung perjalanan.


Thursday, January 29, 2015

BILA CILI MULA BERTUNAS

Hari-hari bila balik kerja
Intai sayur, bunga dan nenas
Ewahhh gembira hati tidak terkira
Melihat cili mula bertunas..ewahhhh

Ha..tu lah perasaannye bagi orang pestaim jadi petani moden. Tanam cili pon nak hepi sgt..org lain dah berpuluh kali tanam pokok cili takde rasa pape pun ye tak?? Hiii..maaflah kalau terover dose seronok sebabnya saya dah banyak kali semai biji cili, tak pernah tumbuh!!! Hancur luluh perasaan bila tunggu ngadap pasu tu hokey. Kali ni saya cuba petua kawan, katanye rendam dulu biji benih dalam air garam..untuk elakkan siput kot. Hmm memang ye, semalam saya intai wahhh dah ada siput comel tu kat tempat semaian saya. Ai is stressed! Saya tak bunuh tapi saya kais je keluarkand ari pasu..esok kalau dia rajin nak berjalan jauh mai balik, lantak dia lah kan.

Tengok2 ehhh dah ada tunas putih keluar dr biji cili tu. Apakah maknanya?? Firasat saya mengatakan tunas tu nanti akan mnenjadi batang kecik dan akhirnya tumbuhlah daun..yeahooo. Harap-harap firasat saya kali  ni betul. Almaklumlah, kita ni mana ada basic bercucuk tanam. Hentam keromo je. Tapi hati membuak-buak nak bertani dan berkebun di tanah sekangkang kera...walaupun sekadar di dalam pasu. Apalah salahnya kan, asal berhasil. Yang paling seronok bila masa tuaian, tak sabarnyaaa. Hmm nak tuai apa, berkebun pun belum. Baru tanam beberapa jenis pokok je kottt.. Sebelum ni saya tanam serai lepastu bila dah besar dia jadi buruk dan banyak kulat putih melekat di batangnya. Last-last serai tu tewas juaa. Sedeykan??

Yang subur bayam, tak termakan la pulak. Saya tanam bayam merah, ingatkan kene tunggu dia besar betul2..rupanya batang dia jadi keras daaa. Hehehe..langsung tak boleh dimakan pulak. Adoii lahh. Yang ada cuma pokok limau purut, kari dan pandan. Dah selalu menikmati hasilnya..alhamdulillah. Takdelah susah nak beli lagi kat kedai. Walaupun murah tapi membazir sebab kita guna sikit je untuk masak. Peberet saya sekarang memang browsing blog-blog tanaman...nanti kalau ada anak-anak pokok yang menjadi, saya up lah dan share tipsnya skali

RESEPI TART BUAH-BUAHAN


Hmm sedapnya kalau dapat makan tartlet kan??? Lebih sedap kalau tart tu kita buat sendiri. Betul ni...sebab feeling makan tart buatan sendiri dengan yg dibeli memang berbeza. Kalau tak sedap pun, bila diri sendiri yang membuatnya..confirm semua jadi sedappp..hehehe. Cuma kalau kejadiannya tak seperti diharapkan, itu yg kadangkala membantutkan semangat nak mencuba. Tapi ada sesetengah orang berhati kental, selagi tak jadi, selagi itu dia takkan jemu mencuba. Saya pulak kadang-kadang rajin mencuba, tapi kadang-kadang saya tobat taknak buat dah. Itu bergantung kepada jenis menu yg saya try, kalau menu yg saya minat memang saya akan cuba jaya habis-habisan.

Tartlet ni kalau di pasaran boleh tahan juga harganya. Saya sendiri selalu beli je kalau setakat nak merasa 2-3 ketul. Jarang sungguh saya buat kecuali teringin sangat2. Untuk jualan??? Memang tak pernah jual..sebab saya kan dah kata saya ni vitamin M lebih, tidaklah saya sanggup nak menggentel tart crust tu buat satu2..pendek kata semua produk yg bersaiz kecik2 macam apam polkadot ke..mini muffin size s tu ke..memang saya tak buat. Bukan menyombong...tetapi saya tak sanggup berlama-lama membuat produk yg kecil dan memerlukan kerja-kerja yang teliti itewww.. Tidak sanggup....

Oklah jom kita layan resepi tartlet ni. Sila sabar tika membuatnya..saya try half resepi je sebab ngeri pulak tgk sukatan tepung tu banyak sangat...nnt sapa nak makan???

Hmm...gambar tak pandai nak snap. Lagipun guna henpon je..
Sumber Resepi : Dapur Kak yah

Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.  

*Saya cover keliling kulit tart bahagian dalam dengan coklat masakan. Buah-buahan tu kita gunakan buah dalam tin kecuali stoberi. Kat dasar tat saya letakkan sedikit krim putar. Takleh simpan lama2 sebab tart akan soggy..kene terus makan je lah lepas buat..boleh disimpan dalam fridge sebelum dihidang.



Wednesday, January 28, 2015

MACARON YANG CANTIK DAN SEKSI


Laduree yang femes..mahal ok sebijik GBP2.50 kalau tak silap.

Haiyaaaa...seksiii giler ni. sumber dari gugel je

Setuju tak???? Memang seksi u ols...but sometimes amacron can be delicate as well...especially bila menggunakan warna-warna yang lembut a.k.a pastel. Dia punyer rasa still manis, crnchy di luar dan liat atau kenyal di dalamnya. Tahap kemanisan itu boleh dikurangkan samada dengan mengurangkan gula pada shell atau pun mengurangkan gula pada intinya. Normally macaron yang saya buat saya kurangkan sedikit tahap kemanisannya. Dan saya selalu menggunakan kaedah FRENCH MACARON sahaja. Sebab???? Ok saya mengaku bahawasanya saya memang malas nak boiling sirap gula dengan termometer. Pernah buat sekali pastu termometer i gedebub jatuh terpelanting. Dahlah mahal, sia2 je. Tapi itu diakui memang salah saya sebab guna periuk yg tak tinggi..padan le muka i. Since then, I swear to myself..I would never use ITALIAN METHOD again!! Echewahhh...

Sebenarnya MACARON ni merupakan sejenis kudapan orang-orang Perancis. Ia dah wujud di atas muka bumi ni since tahun 1800 lagi (nampak tak Malaysia lambat berapa abad tu??). Dan ia mula femes di Negara kita rasanya tak sampai 1 dekad kot..like 5 years before..(masa tu saya sanggup pi belajar dengan yuran RM360 ok). Hurmm..sapa yg dah mula dominate amacaron ni masa awal-awal memang beruntung sebabnya masa tu depa boleh buat untung giler2. Bayangkan homemade punye macaron harga RM4.50 sebijik..like KLCC punyer price. Tapi kita jangan komen sebab homemade product memang Fresh From the oven..and kita boleh sure tahap halal dan toyyibannye. Cuma if u ols rasa mahal, silalah buat sendiri dengan resepi yg akan saya kongsikan di bawah.

Oleh sebab manis, kita kene makan bersama dengan kopi..kopi pahit jgn kopi susu lak. Disebabkan ianya originally from french, kita memang tak nafikan coffee adalah peneman setia masyarakat di Barat. Masa saya di UK, kita boleh jumpa sangat banyak kedai kopi di merata tempat. Even kiosk kecik kat luar2 tube station pua ada menjual coffee on the go. Sedap ok kopi dia! Di sana femes dengan COSTA dan PRET A MANGER..dan mereka guna Illy ye. Starbucks ada tapi tak popular sangat. Saya pernah beli espresso..adehh very the comel je cawan dia (macam size tester air kat supermarket), harganya GBP 1.50..kalau convert2 duit kita rate skrg ni dalam RM6-7 macam tu. Whatever!!!

Macaron ni didatangkan dengan pelbagai warna dan perasa..ada yg kreatif akan letak buah-buahan segar but the price of course will be expensive. Memandangkan buah-buahan yang digunakan tu seperti raspberry, blueberry..semua buah imported. Belum pernah jumpa diaorg letak buah pisang or nanas..trylah kot2 sedap. Makesure carik buah yang masam..supaya balance. Tapi saya sendiri tak pernah cuba letak buah..nnt sy try ye. sebab kalau letak fresh fruit kene makan cepat2 tak boleh simpan lama nanti buah akan soggy. Kat malaysia ada ramai orang yang jual macaron, boleh beli samada di kedai atau pun orang perseorangan.


RESEPI MACARONS
resepi oleh : kak.yani
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping)
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor (saya kurangkan)
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
 

Cara-cara:


  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. 
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Gunakan kaedah fold..very slow. Konsistensi jgn cair..kalau terlebih gaul jadi meleleh pulak.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag (sy guna plastik putih biasa) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan parchment paper sebesar size 50sen. Elok lukis acuan 50sen pada kertas A4, nanti masa nak piping letakkan kertas A4 di bawah parchment..jadi macam pola org jahir baju tu kan. Bila penuh satu dulang, saya angkat dulang separas muka dan lepaskan atas meja..buat 3x. Gelembung udara akan pecah dan macaron x bertanduk.
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Ia akan membentuk lapisan kulit shell.Better letakkn dulang dalam bilik yg aircond sejuk, cepat kering. Kalau hari hujan, eloklah jangan buat macaron kecuali kalau ada bilik yg sejuk giler!.
  6. Bakar dlm oven pd suhu 1150 degree selama 20 minit bergantung pada kepanasan oven memasing. 4-minit pertama shell akan naik perlahan dan membentuk feet, intai la oven memasing. Time ni time kritikal, kalau  naik tu rasa nak loncat2 je. 
*Jgn bakar lama sgt nanti warna shell kekuningan sbb hangus. Tp kalau tak cukup bakar nanti bawah dia melekat-lekat pulak.


berapa rege agaknye kalau macam ni??

cantik jugak kan warna combination? Nampak sedap intinye tu..haruss manis


Tuesday, January 27, 2015

JALAN-JALAN KE MELAKA

Ewahhh..excited je nak menulis bab jalan-jalan. Mana tidaknya, kan dah dekat cuti panjang ni...owhh orang2 kay ell dan wilayah je yang dapat cuti panjang tau, sebabnya Hari Wilayah jatuh pada hari ahad. Of course cuti tu akan diganti ke hari Isnin. Dan yang ohsemnya hari selasa pulak jatuh cuti hari Thaipusam. Yeahoooo..manyak bestt woo. Kalau kita tengok kalendar memang bulan Februari ni kita akan jumpa cuti-cuti bersambung. Lepas cuti ini, kita bakal cuti lagi utk Chinese New Year. Wehooo..beruntungnya jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tapi....apa yang tak bestnya??? Ok korang yang bekerja tu sila mark ur calendar supaya gaji yang bakal dapat awal tak tersasar penggunaannya. Contohnya Raya Cina akan tiba pada 19hb so probably gaji akan masuk awal...kalau u ols tersasar maknanya terpaksa makan megi lah hari2 sebab ada lebih kurang 32 hari kot nak tunggu next gaji. Tak lah kritikal sangat tapi still akan terjejas sikit-sikit kot.

Citer pi Melaka ni dah lapuk..dah berzaman. Tapi sesaje kita nak up balik bagi mengembalikan nostalgia. Kalau u ols perasan, saya memang sukerr gi Melaka, family day pun buat kat Melaka. Tak tahu kenapa tapi maybe sebab saya suka makan kot jadi Melaka memang salah sebuah negeri yg kaya dengan makanan yg best2. Tak Caya??? Ehhh cer pergi Melaka dan korang gugel makanan-makanan enak di Melaka, berderet  orang review. Dari sarapan pagi sampailah makan tengah malam, complete!! Cuma perut je lalu ke idak nak sumbat semua skali. Perhaps, kene pergi 2-3 hari baru boleh berkesempatan untuk merasa macam-macam. Kalau setakat pi sehari je..hurmmm susah sikitlah.

Antara tempat makan best dan sedap di Melaka yang anda boleh singgah antaranya:

SARAPAN:
1. Nasi lemak lereh - lokasi di hadapan sekolah kebangsaan lereh
2. Mee rebus lereh -lokasi sama
3. Mee bodo - kat tengkera. Hmm biasa2 je tapi ramai orang dan harga murah
4. Roti canai awang - depan sekolah kebangsaan bukit beruang

MAKAN TENGAHARI
1. Hentian kuih kg - sebelah hotel Arena de Luxe
    Asam pedas di memang wowwww!! Kedai bukak sampai malam kot
2. Kedai area dataran pahlawan - try je mana2
3. Klebang Coconut Shake - bukak kul 12. sila datang awal sebab ramai org.
4. Asam pedas power - lokasi sebelah hotel Bayview

MINUM PTG/DINNER
1. Ikan bakar - Crystal View  atau Umbai (Parameswara)
2. Roti John Bok Chik - lokasi di Semabok
3. Asam pedas pokok besar - kota laksamana
4. Restoran Pak Putra - bestt lah naan cheese dia, kuah dia mmg power. Murah sikit kot dari RSMY
5. Cucur udang power - lokasi di Alor Gajah dekat medan selera. Kedai hujung sekali
6. Cendol - lokasi depan jam besar Melaka.
7. Sate Kampung Jaya - dekat tepi sungai je. Kene lalu belakang2 kedai..

aduhhh nampak sedap mee rebus tu. terliur la pulakk. Siyess.. memang sedap!!! Kat kedai ni jugak ada jual nasi lemak sambal sotong yg power. En Asben suke..dia yg cakap power sbb dia kan penggemar nasi lemak.
dah pekena coconut shake, tak cukup. beli pulak air lain kat klebang
kedai roti canai awang..mmg old school tau kedai ni. femes dengan kuah kari ikan..ada macam2 ikan
ni landmark nak ke sate kg jaya..punye susah nak carik padahal senang je tempat tu kalau jalan kaki
rojak kat kedai sate..sedap jugak
Amboii macam ahli gusti lengan!1 Ok nyampah...(tapi tak insaf2 tu, masih boleh minum coconut shake klebang siap ada eskrem lagi. Sila kira kalori..)
Pinggang mangkuk hasil menjamu selera di Restoran Parameswara..
Macam lukisan..saya suke...(tetiba terpikir, kalau tsunami?? sah saya memang kene hangkut dengan ombak)
dari melaka kita ke PD. Sorry tetiba mencelah gambar toilet lepas gambar makan2. Ehh sinonim kan?? Hehe sebenarnya saya suka dgn konsep bilik air ni, nampak bersih. Saya upload supaya later saya boleh search balik.
Incik drebar yang setia, my other half. Bergambar di lobi Avillion Admiral Cove. Best la jugak..bilik besar..pemandangan tip top. Makan so-so but not bad..









Monday, January 26, 2015

PUFF KRIM AYAM


Ini kejadian orang yang agak rajin 2 minngu lepas..iaitu dengan tepatnya sebelum pergi berbengkel. Hehehe..memang kalau musim rajin melanda, bukan main lagi saya akan cuba pelbagai resepi. Tapi kalau vitamin M datang, huh nak masak air pun malas u ols. Nasib baik ada kettle, senang sikit kerja saya. Agaknya kalau masih guna flask dulu-dulu yang kaler merah tutup gabus tu untuk simpan air panas, mahu takde air panas jawabnya kot...sadis sungguh kalau jadi macam itu. Tiba-tiba teringat zaman-zaman dolu kene isi air panas dalam flask, mak suruh. Dahlah cerek takde bunyi..kene buka penutup cerek tgk air dah menggelegak ke belum. Mula-mula memang susah, lama-lama ok je dah boleh agak. Biasanya air tu akan terlimpah kat penutupnya, tanda dah masak la tu.

Inilah masalah saya, selalu terpesong dari track sebenar. Nak cerita tentang puff ayam..dah termasuk pulak cerita masak air panas. Selalu je masuk simpang lain, tu pasal lambat sampai. Husband saya selalu bebel, kalau nak pergi satu-satu tempat jadi lambat pasal ada je tempats aya nak singgah on the way tu. Tapi dia layankan aje lah..hihihi. Hmmapa nak buat, dpt isteri macam ni. Bukan apa, saya tak brape suka keluar rumah tanpa arah tujuan jadi kalau sesekali keluar saya akan buat macam-macam benda sekali jalan. Sebab saya fikir mudah macam tu, tak payah nak keluar banyak-banyak kali. Sebaliknya asben saya suka keluar banyak-banyak kali. Camno??? Saya alah pada panas terik, mudah sakit kepala kerana panas dan silau. Dan sakit tu akan lama..sebab itu saya memang tak suka keluar waktu siang. Jadi kelawar, malam-malam baru sibuk nak terbang sana-sini..

Oklah ni saya sertakan resepi Pai Krim Ayam. Sukatan ikut agak-agak je sebab saya memang tak pernah sukat kalau bab masak2 Kecuali kek dan adik beradiknya yg memang perlu mengikut measurement tertentu.

Ok jom layan..

PUFF KRIM AYAM (CHICKEN CREAM PUFF)

1-2 pek puff pastry kawan
1 biji telur utk eggwash

Inti:
Kentang - dadu
Bawang besar - dadu
Bawang putih - cincang
Sayur campur
Lada hitam - tumbuk kasar
Double Krim (Dairy cream)
Ayam - rebus dan didadu
Sedikit rempah kurma
Kiub ayam

CARA-CARA:
1. Tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan gaul sebentar. Rempah jangan banyak, cukup sekadar memberi perasa sahaja. Masukkan kentang dan sedikit air. Bila kentang hampir empuk, barulah masukkan sayur campur dan juga ayam yang dah didadu. Perasakan dengan garam secukupnya.
2. Masukkan krim sedikit sahaja, utk melikatkan inti.
*Kalau ada cendawan butang, sedap juga dicampur dalam bahan ini.

- Ikut step dibawah untuk membuat puff


Sapukan marjerin pada bekas aluminium- spy puff tak melekat

potong bulat. saya guna cake ring. Gunakan sekeping puff ni sebagai dasar. Tekan pada loyang aluminium tadi. dan isikan intinya. Then tutup dengan sekeping lagi pastri. 1 pek pastry kawan ni ada 10 keping puff pastri je so boleh dapat 5 loyang mini. Kalau nak jimat kita buat bentuk segitiga atau segiempat macam tuna puff saya sebelum ni. Bolehd apat 10 keping..

Pukul telur dan gunakan untuk sapu permukaan puff. Jangan lupa sapu pada keliling kulit puff tu untuk melekatkan ia, dan tekan dengan garfu di sekeliling puff. Nanti terbukak pulak puff u ols.

Selepas dibakar. Gunakan suhu tinggi dalam 200-210 celcius yer. Bakar hingga warna perang keemasan. Yang satu bercorak tu ialah lebihan kulit puff yg dipotong bulat tadi..sayang nak buang. Saya lapiskan semula dan dapatlah satu lagi puff..tengok, kan ada 6 biji tu??

BERKEBUN DI HUJUNG MINGGU


Assalamualaikum semua..

Buat apa tu?? Hihi..hujung minggu ni saya takde apa sangat nak dibuat memandangkan order2 pun saya tutup sepenuhnya sebab nak memberi ruang kepada tubuh badan untuk berehat. Minggu lepas saya dah straight 14 hari bekerja tanpa cuti rehat..even weekend pun saya masih berbengkel hingga lewat malam. Jadi saya ambil keputusan untuk rehat puas-puas minggu ini. Bukan apa, kita ni bila dah 3 series, tak bolehlah nak keje kuat2 melebihi kemampuan macam dulu-dulu. Takut malam-malam sakit urat, sakit sendi, sakit leher..semuanya sakit..haa kan susah tu.

Jadi di samping memenuhi beberapa undangan kenduri (makan lagi!!), kami penuhkan aktiviti dengan membersihkan rumput dan kebun kecik kami tu. Ehh takat pokok 4-5 jenis boleh ke panggil kebun tu?? Taklah sebenarnya lebih kepada Edible Garden. Tah kenapa lately saya mula suka nak bercucuk tanam. Faktor umur kot. Walhal zaman dolu-dolu, huhhh memang langsung takde minat la saya nak tanam apa2 pun. Masa kecik2 dulu kalau ada pun yang saya tanam ialah daun bawang. Sebab apa??? Sebab senang sangat kann...tak payah susah2 kotorkan tangan. Letak je bawang tu, kompem hidup. Pastu akhirnya daun2 bawnag tu layu macam tu je. Mak saya pun tak pernah la pulak nak ambik daun bawang yg saya tanam untuk dimasak. Agaknya wrong timing kot..bila time dia segar2, xde resepi nak gunakan daubnya. Akhirnya layuu menyembah tanah!. Hmm sadis sungguh lah. Pokok2 lain memang saya tak pernah teringin pun nak tanam sebab masa kecik2 dulu banyak nyamuk tau kalau ergi belakang rumah. Saya memang tak suka nyamuk2 ni. Kalau tetiba saya ada mood nak tolong mak kupas koko, saya akan bawak segala kelengkapan seperti ubat nyamuk dan jugak saya akan sapu krim anti serangga tu kat badan (masa sekolah menengah baru saya reti ada krim ni kat farmasi). Pendek kata persediaan untuk menghalang gigitan nyamuk tu saya memang ambik berat sungguh2..tapi ada jugak nyamuk gatal pi gigit kat punggung. Haiyaaa...takkan nak sapu krim kat situ kan..
edible garden impian saya..aduhh bestnya kalau macam ni.
Sebab itulah, bila saya fikir-fikir balik saya rasa memang faktor umur yang membuatkan saya minat buat benda2 yangs aya tak minat sebelumnya. Kalau masa kecik dulu, sakit hati sungguh rasanya bila arwah mak tugaskan saya menyiram pokok bunga lepas balik sekolah agama. Bayangkan, kita dahlah balik lambat, sekolah pagi petang, pastu kene siram bunga pulak. Adoiii geramnye masa tu tau. Pokok bunga mak bukan sikit..banyak!!! Dahlah kene angkut air dari kolah banyak2 kali (mana larat nak bawak baldi, berat)..pastu kene siram semua bunga2 dalam pasu dan atas tanah. Keliling rumah penuh bunga..yang paling tension kalau kene pergi siram kat area bucu rumah Serammm..sebab bunga tu gantung kat bucu2, dekat dengan semak (tanah jiran sebelah)..pastu takut nak tengok atas sebab wing umah yg sebelah sini mmg scary sikit. Jarang2 dihuni sebab kami duduk berdua je. Memang takkan naik umah atas tu..kosong je. So boleh bayangkan tak scary macam mana?? Dengan langsirnya dan tingkap kaca yg sentiasa bertutup tu..ehh boleh pengsan terperanjat kalau tetiba ada kepala dok jenguk kat tingkap senja2 macam tu. Haha..memang tak boleh blah!! Takut sgt2. Selalunya saya siram sikit2 je yg bahagian bunga kat area bucu rumah sebab saya tak sanggup nak pergi ambik air dan dtg balik kat situ. Mak selalu marah, kata mak kalau siram air mcm 'kencing kucing' memang matilah pokok tu. Hehehehe...(dalam hati saya cakap, lagi bagus kalau pokok tu mati. Xyah nyusahkan saya nak siram lagi).

Ish..ish..bila fikir-fikir balik skrg ni, saya pulak yang membebel kalau pokok tak disiram. Sebijik lah dah jadi macam arwah mak. Smpaikan nak pergi bercuti pun saya risaukan pokok2 saya mati tak disiram. Nak mintak tolong jran, payah dia pancutkan air tu sebab bunga2 saya nun kat bucu2 laman jugak. Paip air dia pulak jauh, cemana nak simbah tu. And dia pun jarang ada umah..hmm harapkan hujan saje lah. Ambiii melalut-lalut dah cerita saya ni kan. Jadi dipendekkan cerita, cuti hujung minggu baru-baru ni kami membersihkan laman umah sekangkang kera tu. Kebetulah hari sabtu suami ada projek gotong royong kawasan taman..kira clear jugaklah poko mempelam mati depan umah tu.Takdelah rantingnya asyik jatuh kene kat kereta dan bersepah-sepah atas jalan. Rumput kat laman pun dah habis kene trim, saujana mata memandang. Petangnya kami bersih-bersihkan rumput dalam pasu. Seronok pulak tengok daun sup dengan bayam saya menjadi.. Saya cuba je tanam daun sup tu, tak sangka subur sungguh dan daunya besar-besar. Lepaslah kalau takat nak tabur kat sup seperiuk, tak payah nak beli lagi.

Bayam tu pun pokok asalnya dah matang. Tapi saya trim batang-batang bayam tu dan dia bertunas semula. Oklah daunnya kalau nak buat perencah nasi goreng ke. Begitu juga pokok kari dan limau purut. Masa saya mula--mula pindah tahun lepas, pokok limau ni dah mati dalam pasu. Lepas tu kami bersih2kan kelilingnya dan suami pangkas batang pokok limau tu. Tak lama lepas tu elok pulak dia bertunas dan sejak tu saya selalu siram dan baja supaya subur. Alhamdulillah dah banyak kali juga kami merasa hasilnya. Yelah bukan banyak pun kalau sekali nak guna untuk masak tomyam atau paprik kan?? Tak payah susah-susah nak pergi kedai membeli, lepas tu busuk dan layu je dalam peti ais. Cuma kene selalu periksa takut-takut ada ulat daun yang warna hijau tu. Dia kalau dah melekat kat pokok tu alamtnya sehari semalam boleh habis daun pokok saya. Sama juga dengan pokok kari, asalnya pokok ni tumbuh kat luar pagar. Bila saya perhatikan, ehh ada banyak anjing lalu lalang kawasan umah dan dek kerana saya was-was kot dipancutnya pokok kari tu, saya cakap dgn suami kita tanam je lah dalam pasu dan letak dalam kawasan pagar. Dah tentu kebersihannya terjamin dan saya pun senang nak petik. Elok pulak dia subur dalam pasu..walaupun masa mula-mula tu banyak serangga hinggap makan daunnya. Sekarang ni serangga tu dah tak larat kot sebab dah banyak sangat daun dan ungkin juga saya yg tak perasan dah dek kerana daunnya yang subur.

Semalam saya cuba semai biji cili dan daun bawang. Saya gunakan bawang besar yang dah bertunas tu. Senang sikit nak hidup. Harap-harap tumbuhlah cili saya tu sebab sebelum ni saya semai tak pernah menjadi. Habis bijinya dimakan semut. Sedih sungguh saya. Kebetulan kami pergi melawat kawan di PPUM, otw balik singgah di nurseri dan dapatlah beli 5 pokok anak bunga jenis dedaun dan sepokok anak limau kasturi. Amboii RM10 sepokok yang comel je saiznya. Harap-haraplah hidup menjadi, cuma yang geram, suami saya tanam kat dalam longkang yg dah dikambus tanah (sebelum ni longkang tu memang dikambus dan tanam pokok-pokok kecil. Nanti kalau dah berakar macam mana pulak dia nak pindahkan ke tanah tu. Eiii..geram ni...Jadi tu saje lah aktiviti saya minggu ni..berkebun. Konon-konon nak buat konsep 'Edible Garden' yang tengah popular sekarang ni. Boleh juga guna untuk memasak..

sumber:http://resepinannie.blogspot.com
ni taman saya..baru nak menyemai biji cili. Ntah bertunas entahkan tidak..

Tengah misi nak menanam daun kunyit, parsley dan herba-herba yang sesuai. Kat mana saya nak dapatkan mas cotek ye???




















Saturday, January 17, 2015

GIGIH BEKERJA DI HARI CUTI

Amboiii...sakan bila tengok entry tu, gigihlah sangat kan???? Kalau tak sebab kene paksa harus tak segigih itu kot. Tapi apakan daya, selagi mana kita ni bekerja makan gaji..jangan nak banyak bunyi sangat kalau dah itu memang masih di dalam skop tanggungjawab kita sebagai pekerja. Bukannya apa, kadang2 kalau kita ni terlalu banyak berkira pun susah jugak. Senang cerita macam ni lah, kita ni sebagai manusia biasa kadang2 waktu bekerja ada juga yang kita 'terbuat' keje lain betul tak? Ehh..mungkin ada yang tak buat macam itu kot. Tapi saya sejujurnya mengaku..memang saya ni bukanlah 100% tumpu pada kerja setiap hari, setiap masa. Ada juga waktunya yang kita perlukan sedikit hiburan. Time tu lah nak berbalas wasap dengan customer, jawab call cutomer. Memang nampak remeh tapi kan itu waktu kerja??? Jadi kita kene ada kesedara sendiri..bila waktu kerja kita ada yang curi-curi masa, apalah salahnya sesekali kita curi juga masa kita di hari cuti untuk bekerja. Anggaplah umpama kita menebus semula waktu kerja yang kita dah tuang.

Itu baru sedikit, apatah lagi kalau hari2 atau hampir setiap masa kita keluar makan jam 12.30 atau 12.45..dan kita masuk jam 2.15, 2.30..kadang2 ada yang sampai pukul 3. Memang tiada yang menegur tapi banyak mata yang memandang. Tak mengapa sebab tiap2 bulan gaji kita tetap masuk dalam akaun macam biasa, cuma kita sendiri perlu beringat-ingat supaya janganlah selalu sangat buat macam tu. Kan ke duit yg kita dapat bulan-bulan tu akan digunakan untuk keperluan keluarga? Jadi jangan salahkan orang bila hati anak-anak keras, tak dengar cakap, susah nak masuk pelajaran etc sebab kita perlu juga kaji kesilapan dari diri kita. Sebab itu bila diminta untuk kerja lebih masa, kerja di hari cuti..terpaksa positifkan diri. Kalau kita berkira sangat dengan organisasi..takut2 satu hari nanti organisasi pun akan 'berkira' dengan kita.

Tak dinafikan lah bila banyak kerja2 luar ni memang mengganggu masa kita dengan family, Saya tak nafikan kadang2 masam muka jugak..tapi nak buat macam mana? Kita mencari rezeki dan tertakluk kepada peraturan. Bagi saya, kalau kita rasa dah tak boleh ikut arahan dan ketentuan syarikat..kita buat surat dan hantar pada majikan. Itu je penyelesaiannya. Itu lebih baik daripada memendam rasa..memendam hati, lama-lama nanti sakit jantung kita jugak yang susah kan?? Stressed ada di mana2. Kat rumah pun saya stressed jugak especially bila tgk baju melambak2 nak kene lipat. Ha tekanan jugak tu ye tak? Kalau asyik tak puas hati tgk baju tu, takde tindakan pun diambil..kesannya makin lama lah stressed tu berkampung dalam diri kita. Baik ambik je baju tu lipat sama2 dengan laki. Kenyit2 mata sikit, mesti dia rajin menolong.

Ehh..panjang pulak tazkirah saya hari ni. Aaa bukannya apa, saje nak meluahkan rasa hati sebab kene keje hujung minggu ni. Bila dah terluah, dah kuranglah tekanan tu. Luah kat komputer lagi bagus..korang nak baca korang punye suka. Takmo baca, kita tak paksa. Hehehe..Hadoiii..nasib baiklah makan macam-macam ada. Agenda membesarkan body je lah. U name it, semua ada. Nak aiskrim, kek, dessert, roti canai, apam balik, rojak buah, mee sup, pizza..adoii tak laratlah nak list down menu yang ada. Wifi pun tersedia percuma di bilik meeting dan bilik tido, ok kan??? Ha macam ni lah bagus...kalau wat program kene carik hotel begini barulah A++++.. so korang kalau nak kursus meh lah datang kat ANCASA HOTEL AND SPA di jalan tun tan cheng lock. Nak gi shopping pun senang. Kalau bosan makan di hotel..sila lah kluar jalan2 kat sekeliling hotel. Kalau yg duduk jauh, boleh dtg dengan pengangkutan awam je sebab hotel ni dekat sesangat dengan LRT Plaza Rakyat...and PUDURAYA. teksi pun berlambak u ols. Memang mudah...(tak tahulah brape komisyen ANCASA nak bagi sebab tolong promote hotel dia ni). Rate?? Hmm kurang pasti..maybe dalam RM180 utk standard room. Sila gugel ok??

PASTA DENGAN TUNA..SEDAPPPPP

Cuti-cuti ni jom kita ubah selera dengan menu pasta pulak. Asyik-asyik makan nasi je kan, sesekali kita ubahlah citarasa untuk sekeluarga..mesti husband saying. kikikik..tapi kalau macam saya ni, masaklah seribu jenis pasta pun, Nasik juga yg husband saya carik. Jadi?? baik saya masak nasi je lah kan...



Bolehlah dihias mengikut kreativiti masing-masing...kadang2 hiasan yang menarik boleh menggamit selera tetamu juga


Rotini (Spiral) Pasta with tuna

Bahan-bahan:
Sebungkus pasta rotini (500g)
2 tin tuna in water...
1/2 biji capsicum/bell pepper hijau - hiris nipis
1/2 biji capsicum/bell pepper merah - hiris nipis
1 labu bwg holland - potong ring/dadu
3 batang sosej yg dah rebus - hiris bulat
sedikit lada hitam - tumbuk kasar or guna yg instant
2 bj cili merah - buang biji & hiris
2 biji cili hijau - buang biji & hiris
2 biji tomato - buang biji dan hiris
garam
olive oil
serbuk parmesan cheese
fresh parsley

Cara-cara:
1. rebus pasta sampai lembut. Campur sedikit olive oil masa merebus.
2. Tumis semua bahan hiris gunakan olive oil-jgn sampai layu sgt. Sat je spy ala2 mesra..
3. Tambahkan sedikit garam dan lada hitam.
4. Toskan pasta, gaulkan dengan semua bahan hiris yg dah ditumis dan campur skali dgn ketulan tuna yg dah dilerai2kan. Tambahkan jus lemon dan garam kalau mcm kurang masin. Tapi tuna tu sbnrnya dah masin so jgn over sgt nk buh garam ok?
5. Taburkan dgn parsley cincang dan parmesan heese..sedia dihidang.

*boleh juga guna pasta yg lain seperti penne,fetucini,spageti,elbow etc..

Nampak mcm byk bahan tp sebenarnya sgt mudah menyediakannya..less than 10minutes of prep..

Friday, January 16, 2015

Kenangan di Bumi Britain - Part 4

Dah namanya kenangan..memang sesuatu yang indah untuk dikenang2..diingat2. Nak kongsi cerita pun paling2 dengan family dan BFF jek..tak boleh share dengan sebarangan orang sebab tak semua suka dengan apa yang kita cerita.


Amboi fish n chips tu..kongsi berdua pun boleh.

harusss bergambar depan restaurant.

cikgu2 kita..amy taylor dengan karin..karin ni ibu tunggal, asaal switzerland

acara wajib selepas auditing oleh pihak FHT. Sebelah Amy Taylor tu ialah Vice President FHT Christine Fisk. Pengamal holistic therapy sejak puluhan tahun.

Class kami di Clapham lebih kurang 2 minggu. Selepas tu kami ada class di Forrest Hill pulak untuk sports massage. So antara tempoh class tu ada 2 hari free pada waktu weekdays. Jadi kami ambil kesempatan untuk melawat ke MARA, London. Saya buat appointment ni pun masa dah sampai di London. Nasib baik dapat contact salah seorang staff kat sana so kita buat appointment berjumpa dengan Pengarah. Alhamdulillahd apat kerjasama yang sungguh baik and here we are, sesi bersama Tn haji Abd. Wahab bin Yusof. Hehe seronok kami dapat makan keropok lekor tau. Yang paling lucu, Tn Pengarah baru tiba 2 hari sebelum kami sampai jadi kiranya dia senior 2 hari lah dari kami..hehehe..

Ole-ole daripada kami untuk MARA, London
Selepas habis sesi di MARA, London kami singgah di Bayswater. Pejabat MARA ni dekat2 Paddington tu je. Biasanya jalan kaki je dari tube. Turun di stesen Bayswater atau Queensway (depan station ni lah ada pasaraya yg jual barang-barang Malaysia). Owh nk bitau kat Bayswwater ni ada satu shopping complex nama dia Whiteleys..kami suka singgah kedai perfume kat dalam tu sebab lebih murah berbanding tempat lain.  Pastu satu lagi tempat yg boleh beli perfume ialah di Boots, ada banyak kedai Boots ni sekitar London. Dia lebih kurang mcm Watsons kat Malaysia. Tapi kalau ada sale korang boleh pi kat Harrods jugak. Sambil-sambil shopping boleh lah beli souvenir Harrods.

Changing of the Guard depan Buckingham Palace

Aktiviti wajib yang korang kene merasa pi tgk ialah Changing of the Guard. Tapi takde hari2 ye..kene refer kat online London portal untuk tgk jadual. Biasnaya pagi2 lah diaorg akan buat pertukaran guard ni. Sila bangun awal kalau nak gi tgk. Manusia memang ramai dan full, pepandai lah nak menyelit. Lagi tempat yg boleh singgah ialah di museum2 diaorg..mostly FREE. Go and see..malahan banyak sejarah Melayu ada kat sana. Kalau kat Malaysia malas pi museum, kat sana korang kenelah pergi tgk..hehehe. If ada bajet lebih naiklah London Eyes, masuk Madame Tussaud, jalan pi Greenwich etc. Ada satu tu kami singgah National History Museum, mak oiii banyaknya tingkat, penat kaki mak nak jalan semua sekali. Kira sempat sggah beberapa museum sepanjang kami kat sana.




Ni geng jalan2 saya masa kat London..minah ni sangat suka berjalan and ambik gambar. Sampai habis bateri hp sebab amik gambar ok.

Depan National History, tempat shooting Night at the Museum. Ada dino yang besar tu kat dalam. Sib baik dia tak idup, tak tahulah kot malam2 dia hidup. hehehehe
Mummies kat museum, ada banyak. Peliklak, kat sini saya cukup penakut nak tgk benda2 ni tapi masa di London saya habiskan berjam2 dalam seksyen Egypt ni. Hehehe...

Kat Greenwich, tak jumpa pulak gambar2 yang lain.

Ni utk kira bulan kot..hmm ntah la saya pun tak reti nak baca

Thursday, January 15, 2015

RINDU....

Rindunya pada kanak-kanak kecil yang semua dah makin membesar. Wahai kanak-kanak...stop growing up!!! Indah sungguh dunia anak-anak..xde masalah hendak difikirkan, hanya keseronokan yg ada. Tiap-tiap hari fikirkan apa nak main ptg nanti...nak ajak siapa main sama..hmm mungkin kanak-kanak sekarang lebih byk menghabiskan masa dengan gajet. Tapi saya kecik-kecik dulu banyak program di luar rumah. Walau saya tak selasak anak kampung yang lain tapi merasa jugak main teng-teng, main baling kasut, main ongket, polis sentri dan macam-macam lagi. Selalunya permainan kami ciptaan sendiri dan menggunakan barang yang dbuat sendiri juga. Tanpa modal!

Begitu indah dunia kami pada waktu itu. Bila musim moero attack, demam bola tampar berada di seluruh pelusuk dan ceruk rantau. Tak percaya? Cuba tanye mereka yg lahir tahun 70an...bohong kalau tak tahu cerita ni. Masa tu masing-masing nak jadi CUN (heroin cerita tu). Hehe..rasa terbayang-bayang pulak drama ni di mata. Terngiang-ngiang juga di telinga soundtrack lagu moero attack, jangan tak tau kami siap nyanyikam dalam versi bahasa melayu. Entah siapa yang cipta saya pun tak tau. Yg penting semua orang hafal lagu tu dan sama-sama menyanyi waktu main bola tampar. Ehh seronoknya.

Waktu malam saya mmg akan duduk di rumah sahaja. Saya tak pergi mengaji pun seban saya dah mengaji masa sekolah agama waktu petang. Dulu saya memang scorer jugak kat sekolah agama siap dapat offer asrama penuh bahagian agama. Kalau sy pergi agaknya saya dah jadi ustazah pilihan kot hari ni. Hihihi...tapi Allah maha perancang, saya memilih untuk ke Convent. Dan jadilah saya diri saya hari ini. Nasib baik tak terpesong pulak akidah masa belajar dulu. In sha allah, kata orang tua-tua asas kene kukuh, lepas tu pergilah ke mana jua in shaa allah akan terpelihara. Oh cerita pasal xtvt malam dulu-dulu, takde sgt sebab saya masih sempat merasai era tiada bekalan elektrik. Bila waktu senja, semua rumah akan on generator..aduhh bisingnya bunyi. Generator ni kita gunakan untuk dapatkan bekalan elektrik..dapatlah lampu dan tengok tv hitam putih tu. Tapi pukul 12 malam generator akan ditutup. Emak bayar bulan-bulan pada Us. Salleh owner main generator kat kg. Saya tak tahu berapa jumlahnya. Lepas 12 malam, sunyi sepilah seluruh kampung. Bila dah umur 8 tahun kot rumah saya dah terima bekalan elektrik. Ingt lagi masa tu kontraktor ramai2 dtg ke kg dan diaorg biasanya akan tinggal menyewa di kg tu terus sepanjang tempoh menyiapkan projek2 pendawaian. Sampaikan anak jiran saya bertemu jodoh dengan salah seorang wireman pada masa tu. Haa..sambil2 pasang wayar, mata dok jeling anak tuan rumah la tu....

Emak siap jamu macam2 masa abang2 tu buat wiring di rumah. Mak memang macam tu, semua yg datang dianggap tetamu. Bukan sekasar air kosong..mak buatkan kuih minum petang..makan tengahari pun mak masakkan skali walaupun cuma lauk biasa2 aje. Seban tu mak murah rezeki agaknya. Bila dah ada elektrik mmg seronok..lampu dan kipas sepanjang masa takdelah smpai pukul 12 je. Sedap betul rasanya bila tido ada angin yg dodoikan..tak payah guna kipas tangan mengkuang tu. Ehh penatlah nak mengipas! Waktu ni merasa minum air sejuk peti ais..mak boleh beli lauk byk simpan stok. Peti ais pertama mak jenama singer..warna hijau. Masih elok digunakan smpilah. mak diserang strok pada tahun 2006. Mak org susah jadi semua barang dijaga dengam rapi. Jarang ada barang yg rosak..sebab tu saya mmg pantang sgt bila barang2 di rumah tak dijaga elok..agaknya terikut peel emak la tu. Kalau diingat semula, betapa rindunya saya pasa waktu dulu..masa tu mak masih ada...enaknya air tangan emak. Sekarang, walau keluar air mata darah sekalipun mak dah takde untuk masakkan saya makanan2 kegemaram saya. Laksa emak..mee jawa..gulai manis daging..sambal santan..hmmm...rindunya pada emak.








Kek Wedding Syahirah di Saujana Utama

Hujan renyai-renyai tatkala saya deliver kek ni ke rumah pengantin di Saujana Utama Sg. Buloh. Dalam hati dup dap dup dap mintak-mitak jangan hujan sebab saya ni perlu assemble kek dan juga siapkan bunga-bungaan kat sana. Alhamdulillah masa sampai orang belum ramai tapi tetap jadi tumpuan memandangkan ramai pulak orang suka tengok kita tergodek-godek nozzle tu. Aduhhh nasib baik boleh kontrol. Dalam hati Allah je yg tahu. Pastu ada pulak yang rajin nak ajak berborak, waduhhh kek ku belum siap lagi nih nak borak panjang-panjang. Selesai je saya pasang itu ini, saya terus jumpa mak pengantin dan chiowww sebab risau hujan akan turun lebat. Saya dah lah tak bawak spek, dtg sorang-sorang pulak tu. Memang gamble habis tau. Selalunya dtg dengan suami tapi kali ni terpaksa datang seorang...

Gambar banyak lagi ni tapi dah trasfer pulak dalam pc lain..so layan je dua gambar yang ada. Oklah daripada takde langsung..

Menggeletor tangan teman nak bubuh bunga. Semua bunga disiapkan di tempat majlis...

design dari syahirah sendiri..nak kaler begini dan dua tingkat sahaja...




U ols nak tak kek macam ni??

whatsapp 0122959655
emel zazbakery@gmail.com
fb zazbakery sweetouch

BROWNIES SUPER SEDAP

BROWNIES SUPER SEDAP..sapa cakap?? Saya yg cakap..uhuhuhukkk..batuk saya. Tak sangka perasantan sungguh laaaa. Tapi bukan saya sorang yg cakap macam tu, ramai customer yg pernah beli akan repeat order.

Cuma saya nak ingatkan, brownies saya jenis BAKED. So teksturnya agak sedikit kering berbanding kukus. Jangkahayat yg lebih lama berbanding kukus asalkan simpan dalam fridge. Thawed dulu dalam 15 minit sebelum dimakan, in shaa allah tekstur tetap kenyal dan padat.

Ada 4 jenis BROWNIES:

1. Chocolate Cheese Brownies (premium)
    Lapisan brownies coklat dan di marblekan dengan krim keju dan chocolate chip.

2. Oh Oreo (premium)
    Brownies dengan filling oreo.

3. Double Chocolate (premium)
    Lapisan coklat yang mempunyai topping coklat ganache.

4. Chewy Fudgy Brownies (normal)
    Lapisan brownies dengan topping cashew nut, cheddar dan chocolate chip.

SIZE:
10 X 10 (25pcs / 50 pcs)

HARGA:
PREMIUM = RM45
NORMAL = RM40







Brownies boleh buat goodie..or letak di Candy Buffet table. Memang tak rugi mencuba tau...kalau nak order whatsapp kami ye 012 2959655.

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.