Friday, September 5, 2014

BEN 10 lagii

weehuuuu

BEN 10 bakal mendominasi juara carta ke tak agak2. Hehehehe...yg bobi haruslah minat kartun yg maskulin kannn. takkan nak inat mat bunga FROZEN tu. kihkihkih.

Kek untuk anak opismate saya..DHIA MIRZA yang ke 7 tahun..jap je rasa masa berlalu. Tapi bagi yg menjaganya saya tak surelah rasa kejap ke rasa lama...mahaplah sebab ada satu je pic. yg lain dalam FB ada banyakk..





wassap 012 2959655
email zazbakery@gmail.com
FB zazbakery sweetouch

KEK PRINCESS BUTTERFLY

LAYANZZZZ

TAK LARAT NAK CELOTEH DAH NI...





WASSAP 012 2959655
EMEL zazbakery@gmail.com
FB zazbakery sweetouch

KEK TUNANG HADIAH DARI KAWAN

Untungnyaa dapat BFF macam ni kan??? Siap hadiahkan kek tunang lagi tu. hihihihi.. sukernyaaaa. Kek ni dia nak simple2 je so saya buatkan swirl roses sbb yg tu nampak maniss je untuk pertunangan. Inside saya buatkan chocolate cupcake dan topping buttercream.

selamat bertunang ye miza..moga cepat2 jadik isteri orang. hehehehe



wassap 0122959655
emel zazbakery@gmail.com
fb zazbakery sweetouch

ORDER AKHIR SEBELUM RAMADHAN

Ni last order yang zazbakery ambik sebelum Ramadhan haritu..haaa nampak tak??? Betapa sawangnya blog ni kan??? hehehehe...sebab tu saya suggetkan customer terus masuk FB je sebab kat situ memang up to date. Yang belog ni sebab kene tulis panjang2 tu yang lemah semangat sikit nak menghapdet.

So kek ni satu kek Red Velvet dan satu lagi kek Devils Choc. Apa tu?? Ngeri ke nama dia? Ntahlah sebab dah mmg itu nama kat internet jadik saya follow je lah..macam kek setan le pulak yer.. iskk..iskk tak sebenarnya. Mungkin maksud si pencipta tu kek chocolate ni kek berhantu. Bila makan, rasa nak lagi..lagi dan lagiii sampai takleh stop. Agaknyelah..





WASSAP 012 2959655
EMEL zazbakery@gmail.com
FB zazbakery sweetouch




RED VELVET UNTUK AMNI

Amni..comel nama ni kan??? Secomel tuan punye nama lah..

Kek red velvet yg very the very last minute ayah amni order. Seb baik ler ayah amni kawan aunty kat opis, kalau idak memang ler tak dapat aunty nak nolong. Ayah kata susah sungguh kat KL nak carik kedai kek Melayu, kalau kat Perlis dia kata bersepah nak beli. Hmm mungkin juga betul, sebab mostly bakers2 ni buat online dan dirumah,jarang yg buka kedai. Kalau ada pun bukal di tengah2 kota metropolitan KL. So disebabkan dh last minute jadi ayah amni redha ajelah kek apa yg tokey nak buatkan. Hmm so tokey buatkan kek Red Velvet yg kecik je sebab katanya nak makan anak beranak je.

Kalau dah gigirl, memang saya sukaaaa sgt buat bunga2 nih mcm kek hantaran le pulak kan. Hahahaha!!!




WASSAP 012 2959655
EMEL zazbakery@gmail.com
FB zazbakery sweetouch


KEK TUNANG INTAN DAN SAFIUDDIN


Selamat bertunang Intan!!

Sempena MERDEKA baru2 ni ramai juga yang ambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan, tak kurang juga yang mengabil detik bersejarah negara ni untuk mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah, kami doakan yang baik2 saja untuk semua pengantin dan bakal2 pengantin. Yang tunang tu jangan tunggu lama2 banyak dugaannye..ececeh. Bak lagu Sweet Charity tu...


Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa
Jangan biarkan ia menunggu
Janganlah sampai ia berlalu


Jangan fikir lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang


Sesal dan kesal engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Ke mana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi


Kerna tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang


Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang
Walaupun hanya sebelah mata


Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia makin menyiksa

Opss...menyanyilak kita yer. Bukan apa teringat zaman2 bertunang dulu. Rasa lama benoo nak nunggu tarikh kawin sbb letih dok nyiapkan macam2. Walhal bila sampai masa, kejap je pun majlisnya. Hehh..preparation yg lebih ye tak?? Tapi zaman kawin dulu tak reti pulak buat kek. cerr time tu dah pandai haruss kek kami 7 tingkat buat sendiri je. Apo nak dikato..kami potong pulut kuning sajooo.Punn sodapppp

Oklah jom layannn






WASSAP 012 2959655
EMEL zazbakery@gmail.com
FB zazbakery sweetouch





DOUBLE BIRTHDAY CELEBRATION

Senangkan kalau ada anak yg sambut besday bulan yang sama. Sekali jalannn je tempah kek pastu tunggu setahun lak nak tempah kek yang seterusnya. Mak ayah nak amik cuti pun senang, skali harung je terus bawak pi taska ye tak.

Oklah yang kek ni pun sebenanrnya ditermpah olah regular customer kami, Aishah. Aishah ni sebenarnya kawan biras saya. Pehtu itulah yg dikatakan customer bawak customer. Alhamdulillah..kadang2 ini yg akan memperluaskan lagi jaringan rakan niaga kita.

Seperti tahun sebelumnya Aishah tetap tempah kekyang sama. Orange cake utk si gigirl dan chocolate oreo cake untuk si boboi. Tema boboi masih sama BEN10 pujaan hati.. Tapi yang gigirl dah tukar citarasa dengan ELSA dan ANNA. Sapa lagi kalau bukan watak utama anime FROZEN yang hot tu kan. Ish..ish ..ish..memang meletopp habis lah kartun ni. Agak2 sampai tahun depan ke tak bertahan auranya..mungkin juga kalau xde kartun princess lain yang ditayangkan di Malaysia. Oklah jom layan gambar ni yer.

 Pewwitt, maja sungguh jelingan Anna dan Elsa tu. Kalau wujud dalam realiti harus luruh jantung jejaka2 idaman Malaya.


Ben 10 memang dengan gayanya tunjuk JAM HIKMAT dia tu lahhh...

WASSAP 012 2959655
EMEL zazbakery@gmail.com
FB zazbakery sweetouch

TEMA SEJUK BEKU FROZEN CAKE

Aaaaa ini tema yang memang meletopsss bom bom bom sejak tayang kat Malaysia. Rata-rata yg ada gegirl memang akan carik kek tema FROZEN sokmo sebab kat mana-mana je kita leh dengar lagu Let it Goooo..Let it Gooo..hatta dalam tren pun.

Kalau kat bakery supplies memanjang lerrr edible ni habis stok. Kalau nakbeli eloklah beli skali 3-4 set or lebih sbb x yah sesusah asyik nak dtg beli gambar semata. Cuma kadang2 tu bakers part time macam saya ni takdelah nakbeli sekali banyak sangat sebabnya pic ni tak boleh simpan lama2 nanti gambar dakwat tu mengembang. Almaklumlah kek ni dicetak atas kertas gula atau sugar paper so lama2 dakwat akan kembang sendiri. Ehh melalut citer pasal dakwat bagai..oklah kita terus jamu mata dengan kek tema ELSA dan ANNA ni yer. Inside ialah kek vanilla sponge layer dengan stoberi. Fresh bake from the oven tau bukan dah seminggu simpan dalam peti ais.

Tima kasih pada mama Mona sbb dah jadi customer regular zazbakery, alhamdulillah syukur. Cuma masih belum ada kesempatan bertemu empat mata dengan mama Mona. Dok nengok gambo je gamaknya. Bukan xmo jumpa tapi bila time nk hantar memang asben yg hantar jadi kita ni kat umah dok menyiapkan kek2 yg lain pula. Moga ukhwah maya kita berkekalan hendaknya.





WASSAP 012 2959655
EMEL zazbakery@gmail.com
FB zazbakery sweetouch

WEDDING SUMAIYAH YANG MANIS

Hmmm manisss orangnya semanis namanya..SUMAIYAH!!

Hee saya sebenarnya tak sempat pun jumpa Mai masa kenduri haritu sebab saya terkejar-kejar pulak ke Selayang. Phewww berpeluh mak kejar-kejar hokey. Ceritanya Mai ni rupanye sepupu kepada Zida, customer saya dari Batu Arang. Alhamdulillah, kadang2 customer yg akan bawa next customer kepada kita asalkan IKHLAS bila berniaga. Jangan kejo untung semata..tapi kene masukkan baaaanyak kasih sayang dalam resepi masakan anda. Pasti hasilnyaa..MAVELLOUS yer.

Owhh berbalik kepada Sumaiyah tadi, aa saya dpt order ni last minute juga. Tapi meandangkan Mai pun x kisah sangat dengan tema yg sarat2 dengan kek kawinnya jadi saya terima juga. Kalau nak yg deko2 tahap extravaganza tu maybe saya tak dapek ler nak amik. Mungkin rezeki saya..dan juga rezeki Mai.

Selamat pengantin baru Sumaiyah...semoga kekal hingga ke jannah.







WASSAP 012 2959655
EMEL zazbakery@gmail.com
FB zazbakery sweetouch

DEMAM BOLA

Ni pun post lama ni. kat FB dah lama dah tepek tapi kat belog biasalah kannnn...sawang manyak wooo. So ini sbnrnya tempahan pas PIALA DUNIA haritu. Seb bek lah bukan peminat negara yg dah bungkus awal2 tu. HikHik..

Tempahan ni memang dari kastemer tegar zazbakery, Herda. Herda ni asalnye dulu customer MELTY HERSHEY..pehtu terus menerus lah jadi customer kek sampai sekarang. Rasanya dah banyak kali jugak herda tempah dari kitaorang. Tima kasihlah sebab sokong bisnes kecik2 kami ni. Kalau takde orang-orang macam ni kami pun bungkus awal2 macam Negara Toooottt yg banyak star tapi balik awal tu. Hahahaha Cer teka..cer teka...

Dahlah malas nk membedah panjang-panjang hokey....sila jamu mata lah




NAK ORDER??

WASSAP 012 2959655
EMEL zazbakery@gmail.com
FB zazbakery sweetouch

Monday, April 28, 2014

BISKUT RAYA 2014

Huhuhuu


Puasa tinggal lagi sebulan. Kami ni bakers bakers kental sedang sedaya upaya mengcookies. Hari2 tengok cookies, RND cookies itu ini. Sempat lah RND dlm 12 - 13 jenis kot tapi yg sempat snap yang ni je ye kawan2. So far we all belum finalize cookies apa nak dijual.

So sapa nak jadi agen biskut raya??? Meh lah join bis kami. Tahun lepas agen yang paling meletop dapat buat untung bersih empat angka u olsss...sapo nak bagi??? Memang takdelah kan org nak bagi free2 je.

Kalau berminat leh la contact2 kami

wassap 012 2959655
FB zazbakery sweetouch
Insta : zazbakery sweetouch
Emel zazbakery@gmail.com

Yang paling BESHHHH mestilah tat nyonya tuh!!!!


HAPPY BIRTHDAY DATO' SRI HASAN BIN MALEK

Woot..woot..

Out of nowhere tetiba dapat order untuk buat kek sambutan hari lahir Dato' Sri. Tiap2 kali buat kek memang saya berdebar so kalini plus..plus lagi debaran tu. Tak tau nak cakap apa tapi memang cuak gilerrr. Yelah kan customer mesti nak yang terbaik so kita sebagai bakers MESTI beri yg terbaik jugak cuma kadang2 mungkin hasilnya tak sama seperti kita menilai. Rasa macam dah ok..tapi pada pandangan orang cam tak baper nak ok lak. Hmmm begitulah seadanya. Risau sungguh saya.

Apap pun saya cuba juga sehabis daya.. dan inilah hasilnya budak baru belajar




Selamat Hari Lahir Dato' Sri..moga panjang umur dan diberi keberkatan dan sentiasa dalam lindunganNya

MACARON CAKE untuk Aiman

Ok ni request daripada anak buah. Nak macaron cakelah..nak bugs lah..hasihh macam2 yg dimintanya. Tangan ada dua je nih hokeyy... Dah la sekarang musim2 catuan air ni kan, lagiiilah kusut dibuatnya nak kene plan bebetul bila nak hambik order, bila nak menyiapkan order..nak itu..nak ini..hadehhhh memang semput kadang2. Utensils kalau nak citer bab-bab mengekek ni, banyakk wooo nak kene cuci. Lagi2 yg guna deko buttercream, letih beb kalau takde air. Yang fondant tu oklah, gentel2 macam tanah liat je, tempat pun tak messy.

Oklah so dalam kesibukan saya tu saya cuba jugak la tunaikan permintaan dia nak kek ni. Sebab dah kesuntukan masa, saya buat CMC jek itupun versi baked bukan kukus sebab boley baked banyak2 skali jalan. Layer cream tu saya buatkan butterscotch je.

Layanzkan je lah si BUGS HERO ni punyer kek. Dari pagi sampai kepetang dok tanye mana kek dia yg ada insects tu. heh...kalau nak cepat say buh the real insect je nanti, hihihii. Ants memang byk merata leh tangkap sekor2 sebagai props. Muahahahaha...Aiman..Aiman..

Bee

Butterfly ..ladybug

Gigih melukis caterpilar

Aiman buka present..tu en asben tgh momokkan dia dlm kotak ada frog

tengok kecintaan dia pada insetcs..dah cakap kan...

Owh sapa si tembun berbaju biru itewww??? Awww..nyampah lah tgk gambar sendiri. Bila nak kuruih tah

We sang a song.... a birthday song


Apa2 leh contact kami di:

FB : zazbakery sweetouch
Instagram : zazbakery sweetouch
Whatsapp : 012 2959655
Email : zazbakery@gmail.com

Kek Wedding Ayu yang ayu....

Yeszaaaa.....ni entry tentang kek wedding ex student saya Fitriayu. Kebetulan umah kami setaman jadi memang super senanglah saya nak hantar kek ni. Ni pun ekceli dah lama tersimpan dalam memori henpon, sebab selalu dok haplod kat FB je kan. Ni baru nak start sapu2 sawang kat blog ni..warming up balik.

Kenduri Ayu tak silap dalam bulan Mac haritu. Ayu nak kek setingkat tapi saya beri 2 tingkat within bajet yg Ayu dah reservedkan. Yelah ni memang kelebihan kami homebakers ni sebab boleh tailormade dengan kehendak pelanggan. Selagi kami mampu dengan costing zaman sekarang ni..kita cubalah tailoredkan dengan bajet customer. Kalau kat kedai yg femes emes tu hadooo??? Haa memang tak dapeklah nak nolongnya..

So saya butakan kek chocolate moist dengan topping buttercream. And sebab i ex student saya kan, saya just tambahkan lagi cuppies2 keliling kek tu bagi tak nampak kosong..kosong..koson.. (lirik najwa latip). Kiranya tu saya bagi je dan tak termasuk pakej..temanya biru pink. Saya memang bua very light blue supaya nampak cam sweet sweet gitewwwww. (sweet ke???) Mestilah suweett bagi saya..hahahahaha

Kek Wedding Biru Pink
Apa2 leh contact kami di:

FB : zazbakery sweetouch
Instagram : zazbakery sweetouch
Whatsapp : 012 2959655
Email : zazbakery@gmail.com

Kek untuk si manis Zida

Holaaaa.....

Minggu yang super busy...super full...super duper fengsan lebih dari biasa. Tapi syukurrrr....kata orang tua2 jangan mengeluh sebab penat, nanti rezeki lari. Betul tu. Its soooo TRUE people.

Ok berbalik pada story kek tadi, actually Zida request nak hari Jumaat tapi dek saya penuh sangat2 untuk Friday tu so memang saya minta kalau boleh anjak ke Sabtu. Ohsemmmm sebab Zida kata OK!! Wahhh baiknyaaa kamu Zida..rasa sangat terharu dengan customer2 yang begini. Sanggup tunggu jugak walaupun terpaksa ubah plan (ye lah maybe Zida dh plan nk celebrate Friday kann). Cam nak nagess je rasa..hikhik.

Okeylah Zida request tema yg simple dimple kapadia. Oh bukan..tu Dimple Kapadia pelakon bollywood. Saya buatkan kek sponge vanilla layered dengan stoberi sponge cake. Ada gak stoberi filling nak bagi cam masam2 sket. Cream guna light buttercream yg hopefully tak muak lah kot. Selamat dideliver pada Zida si cantik manis. Ewahhh...x sempat lah nak snap pic dengan Zida pasal nak cepat gi sana sini kan.

Layanzz....

Apa2 leh contact kami di:

FB : zazbakery sweetouch
Instagram : zazbakery sweetouch
Whatsapp : 012 2959655
Email : zazbakery@gmail.com

Kek Hari lahir Chelsea dan Frozen

Aduh lama nyerr tak bersiaran dalam blog ni kan. Orang dok kecoh2 tantang The Power of Blogging bagai..kita yang dah ada blog ni taknak update la pulak kan.

Bukannye apa, sebab sekarang ni dah macam2 medium online yang ada dan lebuh mudah seperti Facebook, Twitter dan Instagram, klik je dah upload. Takyah nak mem'bedah' panjang lebar..hikhik...Haa tengok kan dah panjang lebar buat entry nih. Walhal nak ceritanya pasal kek je.

Wokey ni ada kek besday untuk Hariz (anak buah sebelah asben saya) dan juga untuk Khairina dan Danish (Anak kepada adik angkat saya zaman muda mudi dulu...eh skrg pun bukan tua sgt..muahahahaha).

 Kek Hariz ni ibu ayah dia request nak tema bola. Mula2 tu fikir nk buat padang bola tapi diaorg kata nanti besar gedabak sangat tak larat nak makan. So at last ayah dia request bentuk bola. Hariz minat CHELSEA, jadi saya buatkan bentuk bola (ada ke rupa???) yang kaler putih biru. Kebetulan aa pulak terlebih patung kaler biru tu saya jumpa dlm box accesorries, saya lekat je terus atas kek. Waaaa...terlentang Hariz atas kek tu!! Kikikikik...

Untuk kek saya pun x sempat nak snap pics. Dalam tu saya buat layer choclat dan stoberi sponge cake dengan vanilla and strawberry filling. Diaorg kata sooo yummeh. Saya pun rasa maca tu jugak (lalalalal...masuk lif tekan sendiri!!!)




Ok yang ni pulak Farah request rainbow sponge cake sebab dia xmo kek berat2. Lagipun kiddos yg nakmakan, nanti cepat muak kan. Tema frozen. Beselah kartun yang engah meletoppp sekarang ni kan. Semua rumah hampir nak kata WAJIB ada DVD Frozen neh especially yg ada gugurl. Korang tak caya ehh?? Silalah percaya...

Ok bagi yg nak mudah contact saya boleh terus ke:

FB : zazbakery sweetouch
Instagram : zazbakery sweetouch
Whatsapp : 012 2959655
Emel : zazbakery@gmail.com

Lagi pantas saya reply tau....

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.