Tuesday, June 26, 2012

BISKUT RAYA 2012

Salam semua

Amacam??? Bulan posa dah semakin hampir. Sedar tak sedar lagi 3 minggu kita akan bertemu semula dengan bulan yang penuh kerahmatan. Alhamdulillah dipanjangkan lagi umur kita semua untuk menyambut Ramadhan sekali lagi. Dalam tak sedr juga, umur kita makin bertambah satu angka. Moga peningkatan umur akan membawa manfaat, kesedaran dan menambahkan lagi keimanan dalam dada.

Jadi, seperti tahun-tahun yang lalu...kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi agen biskut kami. Tak kisahlah nak jual kat ekspo ke...kat warung ke..kat kedai ke..waima kat opis pun dialu-alukan. Biskut kami semua homemade dan insyallah kualiti dijamin. SYARAT??? Hmm..tak susah mana pun..cuma perlu beli sekurang-kurangnya 5 jenis biskut untuk melayakkan anda menjadi agen. Harga sebalang bagi agen ialah RM15 sahaja..isi kandungan biskut biasanya dalam 50++



Toffe Caramal Cheese Cake

Kek cheese ni selalunya memang peberet order dari kawan-kawan di opis. Bagi saya yang kurengs suka makan chilled cheese cake ni mmg tak baper arif sgt lah kan..(sebab saya prefer yang baked). Apapun kek cheese kali ni saya gabungkan antara kek lapis cheese persona dan juga toffee caramel. Hasilnye???? Vastttt....

Kawan opis saya order khusus untuk sambut birthday husband nye.. tapi macam biasalah, slalunye yang lebih ialah anak-anak nak memotong, nak meniup lilin...hehehe...

Cupcake Eza dan Mal

Yang ni pulak Cupcake hantaran untuk Dr Eza dan pasangannya seorang engineer kalau tak silap akak...bertuahh badan dik oii..Hehehe

Cupcake ni ialah cupcake red velvet hokey....kellasss kau jahhh..

Selamat Pengantin baru..Eza & Mal





Closeup kek kahwin yang ditempah oleh Eza dan pasangannya Mal. Majlis diadakan di Dewan RRI Subang..memang meriah dan cantiksss sangat pelamin yang disediakan tuh. Tak luper juga kedua mempelai yang bagai pinang dibelah dua.memang sepadan...To Dr Eza. MOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT...Aminnn



Happy Birtday ZIEYAD

Kek Nombor 1 khusus untuk baby Zieyad..


Eppy beshday Zieyad..moga jadi anak yang soleh dan disayangai oleh semua orang...
Sponge cake chocolate dengan vanilla buttercream.

Macaron Lollipop

Order dari Kelantan....

 Pelbagai warna macaron yang CERIA!!!

Siap untuk dihantar ke negeri Cik Siti Wan Kembang...thee..heheh

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.