Tuesday, January 24, 2012

cake ball


Assorted cake ball yang diorder oleh Liza.

Liza ni saya belum berkesempatan jumpa secara face to face sebab selalunya dia order melalui my nephew/niece dan dia ambik pun time saya takde. Bersms ajelah kita nampak gayanye.

Liza ni memang regular customer saya....dah banyak kali dia tempah kek. First kek yang dia tempah tu adalah kek yang bertemakan bola dan golf, boleh KLIK SINI. Then ada jugak kek red velvet yang saya belom sempat nak upload...ehehehe sorry. Kali ni Liza order cake ball untuk anak-anak bawak gi school. Uiisss untung sungguh jadi anak Mama Liza ni kan, saya pun tak kurang untungnya dapat customer macam Mama Liza ni...(ngeee...senyum nakal).

Anyway Liza, TQ for your continuous support pada bisnes kami yang baru setahun jagung...


Neopolitan Cake


Ok ni misi haritu nak buat kek nepolitan. Hah...alhamdulillah, menjadik gak akhirnya. Kadang-kadang bukan sebab x menjadik tapi ala-ala malasssnyeee nak mendeko. Itu yang kadang-kadang ada 3-4 bijik kek span terbiar jek dalam chiller tak berusik. Haiyohhh...tapi alhamdulillah selalunya kek-kek yang kami buat dalam masa 1 week semua dah habis terjual so dah confirmlah cake tu still fresh and in a good condition.

Satu jek saya nak tekankan, kek-kek di bakeri kami insyallah sedap dan cukup rasa sebab kami tak pernah kurangkan bahan walaupun sebiji telur. Saya rasa harga pun memang berpatutan dan berbaloiii...hikhik...

Selamat Pengantin Baru Hafiz & Annur


Assalamualaikum

Just nak share pics kek yang ditempah oleh Kapt Hafiz untuk hantaran wedding dia. Kebetulan dia nampak gambar kek tunang Rosnani dengan tema biru laut so dia pun nak gak kek yang sama. Kapt Hafiz ni bertugas di Sandakan, Sabah jadi ni kira balik kg sebab nak melangsungkan perkahwinan lah. Alhamdulillah, dah sampai seru nampak gayanye. Nanti bila dah posting semenanjung leh la tempah kek anniversary pulak.takpun besday anak...ececehhh...



Kepada Hafiz dan isteri...tahniah dn semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!

Kek Untuk si Ahli Bina Badan


Kek ni saya buatkan untuk kawan incik suami...nama dia ucong. Dia nak kek chocolate moist...deko semua guna coklat tak mo cream2 tu semua. So...saya bake kan sebiji kek chocolate moist kukus, saya layered dengan ganache dan saya cover gak dengan ganache. Kebetulan ada fresh strawberries so saya pun add on jek atas kek tu nak bagi nampak seri sikit kan. Yang putih tu adalah fresh krim k bukan buttercream. Hmm..sebab si ucong ni kemain lagi pesanannye nak kek yang kaya dengan cekelat so saya pun hiris lah cekelat tabur kat tengah2 tuh..hah memang kaya dengan cekelat...sesuaiii dengan permintaan ucong. Sebenarnya kawan suami saya ni memang sedang dalam proses membina badan. Bulan ni dia kena naikkan berat so dalam seminggu dia akan habiskan dalam 3- biji kek, plus pizza etc. Tapi bulan depan dia xleh sentuh langsung makanan yang manis2 nih dok telan herba jek...nasiblah weii, kata nak bina badan berketoi-ketoi....tahan ajelah dengan mcm2 peratoran makan tu. kang kalau tak ikut, membina badan yang lain plak, tak jadik berketoi tapi jadik bergumpal (lemak di sana sini..heheheh)

Malam tu ucong sms:
"TQ, kek ni memang mantop, memang selera aku lah ni"


Thursday, January 19, 2012

selamat bertunang

macaron lollipop
edible image cupcake

Hmm..incik suami asyik puji jek cun betoii dia kata awek dalam gambar nih. Adalah dekat 10 kali dia puji. Last-last saya bagi dia sebijik, memanglah bang oii, cuba awak tgk tunang dia tu punyerlah hensem macam sam tau. Org cun mestilah dpt pasangannya yang hensem. Suami saya ( diam tak terkata dengan muka tak puas hati...hahaha).

Ekceli empunye badan xmo design sarat nak manik2 ajek so saya bagilah manik..macam-macam manik ada tu. Bila siap nampak sweet pulak saya tgk.hehehe.. (sila masuk bakul pastu suh org angkatkan...confirm terangkat tak? jika tidak...sila turunkan berat badan anda....ngeee)..

Kek Tema Laut untuk Darrius


Kek ni bertemakan laut untuk si comel Darrius...

Mama Darrius order sempena nak menyambut besday yang pertama..haaa..kelllasss tak?????Untung betoii kanak-kanak zaman la ni kan, kecik-kecik dah dapat kek. kalau time saya dulu rasanye besday pertama yang diraikan masa tu umur 12 tahun. Itupun kena share2 dengan anak buah..adoiiyaiii..xpelah dulu lain, sekarang lain. Tapi tak bermakna mak kita dulu-dulu x sambut nesday sebab mereka tak sayangkan kita cuma kadang-kadang sebab kita ni duduk di kampung. jadi takde budaya nak meniup lilin ni..kalau ada orang buat majlis harijadi tu memang kira gah sungguhlah, boleh heboh sekampung youu....hari ni pegi rumah si anu, si polan tu sambut besday anak dia...haaa besar kau kek harijadi dia tuh, adalah seluas mulut tempayan..hahahaha..macam tu lah adanye agaknye mak-mak kita bergosip dulu-dulu kot.

Apapun, saya x menyesal sebab tak pernah sambut hari jadi. kenapa??? Sebabnya sekarang saya pulak yang membuat macam-macam kek sempena hari jadi orang lain. Saya dapat membuatkan mereka tersenyum...itupun sudah memadai.Betoi tak??? So kepada bakers semua...jom kita amalkan moto "cook with love" nescaya hasilnya bukan sahaja bagus malah dapat menambat selera ramai orang di luar sana...

Alaa...si ikan kaloi....timbullah engkau..

Ngee...tgk jaws tuh, kacukan ke apa



yeay..ada starfish jugak tau. Semua ni edible kecuali papan kek. Nampak tak sanding effect tuh??hikhikhik....

Pelbagai Pilihan Kek Continental








kkkj

chocolate moist cake

Kek ni adalah kek old time feveret. Sumer orang suka makan kek chocolate moist. Rasanya dalam banyak-banyak kek, ni lah kek yang paling sedap bagi saya. Tak kiralah sekarang ni dah macam-macam orang pebagaikan kek ni betoi tak?? Ia tetap jadi pilihan saya..dan ramai customer saya..hehehe..

So ini pun repeat order dari Kelab Biro Wanita Aprtment Semarak1, Kota Damansara. Tenkiu...sudi order dari jauh-jauh sampai ke Kuang kan? Sngat-sangat hargai support dari u all semua. Feedback yang diterima lepas majlis...KEK LARISSSS. Alhamdulillah. Terubat rasa bersengkak mata membuatnya..ececehhhh...





Jom tiup lilin....fooohh

Kek Kahwin

Salam manis ala-ala buttercream..nyummmm


Saya paparkan order kek kahwin dari Sis Aisyah Kundang. Tima kasih atas order ni ye, harap-harap datanglah buat repeat order nanti. Sis Aisyah order untuk adiknya yang melangsungkan perkahwinan minggu lepas. So ambil 2 set pakej zamrud. Tema kaler pink dan purple...sangat sweet. Tapi disebabkan yang ni adalah pakej so kami kena ikut butiran dalam pakej x boleh nak customized sangat dari segi size kek tuh. Tapi if nak customize deko, kaler tu boley laaa...






BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.