Monday, October 1, 2012

KELAS BAKERI OKTOBER 2012

Kelas bakeri di kuang telah bermula semula!! Berita baik buat semua customer, kelas kami kini telah mula beroperasi semula seperti biasa. Tempat kelas akan diadakan di Uli-Uli Bakeri, No. 3, Lot 1620 Batu 20 Kuang. Yuran kelas yang dikenakan termasuk SIJIL dan JAMUAN RINGAN. Anda pasti berpuashati dengan kelas yang dikendalikan.

Bagi yang berminat boleh emel ke zazbakery@gmail.com atau sms ke 012-2959655.


Tuesday, June 26, 2012

BISKUT RAYA 2012

Salam semua

Amacam??? Bulan posa dah semakin hampir. Sedar tak sedar lagi 3 minggu kita akan bertemu semula dengan bulan yang penuh kerahmatan. Alhamdulillah dipanjangkan lagi umur kita semua untuk menyambut Ramadhan sekali lagi. Dalam tak sedr juga, umur kita makin bertambah satu angka. Moga peningkatan umur akan membawa manfaat, kesedaran dan menambahkan lagi keimanan dalam dada.

Jadi, seperti tahun-tahun yang lalu...kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi agen biskut kami. Tak kisahlah nak jual kat ekspo ke...kat warung ke..kat kedai ke..waima kat opis pun dialu-alukan. Biskut kami semua homemade dan insyallah kualiti dijamin. SYARAT??? Hmm..tak susah mana pun..cuma perlu beli sekurang-kurangnya 5 jenis biskut untuk melayakkan anda menjadi agen. Harga sebalang bagi agen ialah RM15 sahaja..isi kandungan biskut biasanya dalam 50++



Toffe Caramal Cheese Cake

Kek cheese ni selalunya memang peberet order dari kawan-kawan di opis. Bagi saya yang kurengs suka makan chilled cheese cake ni mmg tak baper arif sgt lah kan..(sebab saya prefer yang baked). Apapun kek cheese kali ni saya gabungkan antara kek lapis cheese persona dan juga toffee caramel. Hasilnye???? Vastttt....

Kawan opis saya order khusus untuk sambut birthday husband nye.. tapi macam biasalah, slalunye yang lebih ialah anak-anak nak memotong, nak meniup lilin...hehehe...

Cupcake Eza dan Mal

Yang ni pulak Cupcake hantaran untuk Dr Eza dan pasangannya seorang engineer kalau tak silap akak...bertuahh badan dik oii..Hehehe

Cupcake ni ialah cupcake red velvet hokey....kellasss kau jahhh..

Selamat Pengantin baru..Eza & Mal





Closeup kek kahwin yang ditempah oleh Eza dan pasangannya Mal. Majlis diadakan di Dewan RRI Subang..memang meriah dan cantiksss sangat pelamin yang disediakan tuh. Tak luper juga kedua mempelai yang bagai pinang dibelah dua.memang sepadan...To Dr Eza. MOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT...Aminnn



Happy Birtday ZIEYAD

Kek Nombor 1 khusus untuk baby Zieyad..


Eppy beshday Zieyad..moga jadi anak yang soleh dan disayangai oleh semua orang...
Sponge cake chocolate dengan vanilla buttercream.

Macaron Lollipop

Order dari Kelantan....

 Pelbagai warna macaron yang CERIA!!!

Siap untuk dihantar ke negeri Cik Siti Wan Kembang...thee..heheh

Wednesday, May 30, 2012

Cupcake Tema Jepun,ada sushi etc







Cupcake yg ni ditempah oleh Diana dari Kg Kubu Gajah..Adoii punyerlah menggagau saya nak mencari rumah Diana, mmg tak jumpa. Last-last saya balik terus. Petang tu suami saya yang hantarkan pada adik Diana. Hehehe....apapun TQ!!


Selamat Bertunang Isyaaa



Ini kek tunang ex jiran kat sebelah tempat duduk saya dulu..Hmm macam-macam cerita di sebalik penempahan kek ni. Bila diingat lucu pun ada, adoii. Nak menghantar kek ke empunye diri pun satu cabaran jugak tuh. Kebetulan (byk pulak terjadi kebetulan pada hari kejadian...) saya mmg sedang sibuk dengan Ekspo Hari Sejuta Belia di Putrajaya, pastu memang saya berkejar-kejar nak deliver itu ini. Apapun semoga Isya berbahagia dengan cik abg yang dah jadi tunangan tu yerk..



Kawan opis saya kompelin katanye napa guna gambar pakai t-shirt. Hello...xpelah pakai t-shirt, untung juga pakai baju..hihiihhi..







Saturday, May 26, 2012

BISKUT BARU 2012

Ini another hit dari ZAS BAKERY untuk hari raya 2012...

Ada a few biscuits yang bakal menyusul di samping sekut-sekut raya yang mmg signature kita tahun-tahun sebelum ini. Both biskut ni mmg best and crunchy (betullll tak tipu punyerrr)..hehe, kalau ada agen yang berminat, please email me or pm me via facebook!! Daaa....





Cupcake Pertunangan Didi

Sorry x banyak pics yang sempat snap..so this is the only one and very precious to me ..wawawa...



To Didi and Irni

"SELAMAT BERTUNANG"
Zaz bakery bersiaran semula...


 Assorted cupcake flavour

Chocolate Cheese Cupcake



Monday, April 16, 2012

Chocolate Cake

Chocolate Cream Cake
RM28 - 1/2kg


Chocolate Cream Cake
RM28 - 1/2kg
RM45 - 1kg

Kek Princess

Very the ANGGUN kan barbie doll ni?Ishh..masuk lif tekan sendiri lah...


Itu ratai mutiara dari rafflesia..hikhik



PRINCESS CAKE BUTTERCREAM
(price shown as at April 2012, valid until further notice)

Sponge Cake - RM65

Butter Cake - RM75

Chocolate Moist Cake - RM85


PRINCESS CAKE FONDANT
(price shown as at April 2012, valid until further notice)

Butter Cake - RM120

Chocolate Moist Cake - RM140

KELAS MEMBUAT PELBAGAI BUN

pelbagai bun yang akan diajar


paip kak jangan tak paip..klu x cukup kita bancuh lagik...hehehe


KELAS MEMBUAT PELBAGAI BUN - WORKSHOP

YURAN RM150
  • refreshment & lunch provided
  • menguli, portioning, rounding, proofing & membentuk bun
  • semua produk boleh dibawa pulang


Berminat? Sms ke 0122959655 untuk class booking


Angry Bird

Kek untuk Zulaiqa



Kek Besday Aish...



Demam ANGRY BIRD melanda kanak-kanak..........

Pelbagai Cake untuk Tempahan




Tuesday, January 24, 2012

cake ball


Assorted cake ball yang diorder oleh Liza.

Liza ni saya belum berkesempatan jumpa secara face to face sebab selalunya dia order melalui my nephew/niece dan dia ambik pun time saya takde. Bersms ajelah kita nampak gayanye.

Liza ni memang regular customer saya....dah banyak kali dia tempah kek. First kek yang dia tempah tu adalah kek yang bertemakan bola dan golf, boleh KLIK SINI. Then ada jugak kek red velvet yang saya belom sempat nak upload...ehehehe sorry. Kali ni Liza order cake ball untuk anak-anak bawak gi school. Uiisss untung sungguh jadi anak Mama Liza ni kan, saya pun tak kurang untungnya dapat customer macam Mama Liza ni...(ngeee...senyum nakal).

Anyway Liza, TQ for your continuous support pada bisnes kami yang baru setahun jagung...


Neopolitan Cake


Ok ni misi haritu nak buat kek nepolitan. Hah...alhamdulillah, menjadik gak akhirnya. Kadang-kadang bukan sebab x menjadik tapi ala-ala malasssnyeee nak mendeko. Itu yang kadang-kadang ada 3-4 bijik kek span terbiar jek dalam chiller tak berusik. Haiyohhh...tapi alhamdulillah selalunya kek-kek yang kami buat dalam masa 1 week semua dah habis terjual so dah confirmlah cake tu still fresh and in a good condition.

Satu jek saya nak tekankan, kek-kek di bakeri kami insyallah sedap dan cukup rasa sebab kami tak pernah kurangkan bahan walaupun sebiji telur. Saya rasa harga pun memang berpatutan dan berbaloiii...hikhik...

Selamat Pengantin Baru Hafiz & Annur


Assalamualaikum

Just nak share pics kek yang ditempah oleh Kapt Hafiz untuk hantaran wedding dia. Kebetulan dia nampak gambar kek tunang Rosnani dengan tema biru laut so dia pun nak gak kek yang sama. Kapt Hafiz ni bertugas di Sandakan, Sabah jadi ni kira balik kg sebab nak melangsungkan perkahwinan lah. Alhamdulillah, dah sampai seru nampak gayanye. Nanti bila dah posting semenanjung leh la tempah kek anniversary pulak.takpun besday anak...ececehhh...



Kepada Hafiz dan isteri...tahniah dn semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!

Kek Untuk si Ahli Bina Badan


Kek ni saya buatkan untuk kawan incik suami...nama dia ucong. Dia nak kek chocolate moist...deko semua guna coklat tak mo cream2 tu semua. So...saya bake kan sebiji kek chocolate moist kukus, saya layered dengan ganache dan saya cover gak dengan ganache. Kebetulan ada fresh strawberries so saya pun add on jek atas kek tu nak bagi nampak seri sikit kan. Yang putih tu adalah fresh krim k bukan buttercream. Hmm..sebab si ucong ni kemain lagi pesanannye nak kek yang kaya dengan cekelat so saya pun hiris lah cekelat tabur kat tengah2 tuh..hah memang kaya dengan cekelat...sesuaiii dengan permintaan ucong. Sebenarnya kawan suami saya ni memang sedang dalam proses membina badan. Bulan ni dia kena naikkan berat so dalam seminggu dia akan habiskan dalam 3- biji kek, plus pizza etc. Tapi bulan depan dia xleh sentuh langsung makanan yang manis2 nih dok telan herba jek...nasiblah weii, kata nak bina badan berketoi-ketoi....tahan ajelah dengan mcm2 peratoran makan tu. kang kalau tak ikut, membina badan yang lain plak, tak jadik berketoi tapi jadik bergumpal (lemak di sana sini..heheheh)

Malam tu ucong sms:
"TQ, kek ni memang mantop, memang selera aku lah ni"


BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.