Monday, March 21, 2011

Bun dan Donut

Posting ini pula saya nak kongsikan pelbagai jenis bun yang dihasilkan sendiri oleh ZAS BAKERY. Untuk pengetahuan semua, roti-roti yang kami hasilkan ini TIDAK MENGANDUNGI bahan pengawet....dan kami jamin ianya selamat dan boleh disimpan shelf life pada kadar 3 hari. Malahan, roti-roti yang dihasilkan juga menitikberatkan penggunaan bahan berkualiti tinggi, daripada tepung hinggalah kepada aksesori tambahan seperti walnut, kismis dan lain-lain. Di ZAS BAKERY, kualiti jaminan kami....bagi pelanggan yang pernah merasai sendiri keenakan roti ZAS BAKERY pasti mengakui kebenaran moto kami iaitu KUALITI TANPA KOMPROMI!!

Mayo Sausage Bun - bun yang enak berinti sosej. Dengan mayonis, sos manis dan oregano.

Bun bawang putih - enak kalau dimakan bersama sup cendawan!!!

Mini burger - intinya boleh dpelbagaikan, nugget, daging, filet etc.


Donut - siap dibungkus setiap satu. Bagi tempahan 5 biji dan lebih akan diberi dalam kotak.


Hmm..apalagi??Terliur tak??? Haaa..akak-akak, adik-adik, makcik dan pakcik marilah beramai-ramai datang join kelas ZAS BAKERY. Blajaq buat sendiri roti. pasni takyah beli dah kat kedai. Lagipun, kalau kita buat sendiri kebersihannya terjamin. Malahan bahan-bahannya pun kita yang control. Kalau beli?? Hmm...redha sajelah apa yang dah depa buh kat dalam tu. Tapi kadang-kadang saya pun terbabas jugak beli roti butterscotch!!!opsss....

Sensasi 21 Mac 2011

Sebenarnya gambar-gambar ni bukan diambil pada tarikh ini kerana pada hari dan masa ini saya sedang menderita sakit kaki. Jadi saya cuma berehat saje di rumah tapi tangan tetap buat kerja-kerja yang sepatutnya. So saya kongsikan gambar-gambar yang saya sempat ambil dua hari lepas (mungkin hari ni ada pembaharuan lagi kot). Entahlah, bulan April semakin hampir..tak pasti sempat atau tidak saya mengejar masa...

Akhir-akhir ni macam-macam yang berlaku. Pelbagai ujian datang menimpa. Mudah-mudahan Allah mengurniakan saya ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujianNya. Insyaallah...






Kasih yang bersemi

Salam kasih sayang...


Gambar ini agak lama tersimpan dalam lipatan 'cakera keras' saya. Almaklumlah..tak berkesempatan nak memuatnaik ke laman sesawang ini. Alkisah, saya baru saja kembali dari bertugas di luar kawasan. Sementelah, saya diberi cuti 2 hari oleh tuan doktor disebabkan kaki saya terseliuh. Aduhaii....tragis kisahnye. Biarlah saya saje yang tahu ye.

Oklah di sini saya kongsikan kek yang dibuat untuk jiran saya. Majlis diadakan di kampung si gadis di Perak. Jadi..jauh jugalah perjalanan kek ini nampak gayanya. Mudah-mudahan kek buah hasil tangan zaz bakery menjadi ingatan dan tak lekang di sebutan (harap yang baik-baik saje ye..hehehe). Apapun SELAMAT BERTUNANG....moga berkekalan ke hari bahagia. Jaga-jaga, darah manis banyak dugaannya, yang penting....sabarrrr!!!





Monday, March 14, 2011

Salam semua..

Hmmm..mesti korang tertanya-tanya ke mana menghilangnya pencatat tegar blog zaz ni kan?? Ada... tak ke mana pun. Sekadar merehatkan minda dan jari jemari aje. Bukan sebab apa, sebab utama nya internet connection kat ghumah ni ala-ala siput kelajuannya. Biasalah kuota dah sampai leher. Nak upload gambar jangan harap yeee...so sama-sama lah kita bersabar menanti connection kembali pulih seperti sediakala. Itu jam saya update lah mana yang patut.

Sekadar berkongsi...skrg ni saya ala-ala sibuk atau menyibukkan diri dengan kelas hujung minggu di ICCA. ICCA mana??? ahhh..itu rahsiaaa. Kenapa rahsia??? Aikk sukati lah nak citer ke nak rahsia..hehehe. So this week saya akan ke kelas lagi demi mendapatkan sekeping sijil pengiktirafan. Pastu, saya akan sambung dan sambung lagi sampaaaaiii lah habis semua course yang ada. Ni semua perancangan ala2 mat jenin, tak taulah samada terlaksana atau tidak.

Wisma???? Tungguuu....saya tau ramai di luar sana menanti-nanti KEMUNCULAN WISMA ZAZ BAKERY.hikhik...(perasan!!!)Kedai cepotet berangan jadi wisma...sabar2. Kontraktor tu demam dah brape hari, so agak tergendala sedikit keje2 pengubahsuaian. Hmm..kontraktor elektrik yg saya upah untuk tingkat atas tu MANTOP!!! 3 hari je beres...kalau berminatnak wiring, silalah hubungi saya. Leh saya kenalkan..ni certified punyer wiremen tau bukan main-main...oklah lagi lama menulis lagi merapu. Mata pun nak terpadam dah...nak shut down dulu...daaaaa!!!

Tuesday, March 1, 2011

KELAS APRIL

Salam manis ala-ala halwa untuk semua....Sekiranya diizinkan Allah S.W.T, insyallah pada April 2011 kami akan mula membuka kelas membuat pelbagai produk bakeri/konfeksionari dan kelas dekorasi kek. Kelas ini dibuka untuk sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang pastri dan bakeri. Yuran bergantung kepada kelas yang dianjurkan dan juga mode of delivery samada demo atau workshop.
Beza antara DEMO dan WORKSHOP

Demo

Peserta hanya melihat sahaja pengajar membuat produk. Yuran lebih murah. Berpeluang bawa pulang (jika ada) hasil masakan.

Workshop

Peserta akan membuat sendiri produk seperti menimbang, mengadun dan sebagainya. Yuran lebih mahal. Semua peserta dijamin membawa pulang hasil masakan.


KELAS APRIL 2011
2/4 : Kelas membuat pau dan pizza - RM150
3/4 : Kelas asas dekorasi kek cawan (fondant) - RM150
9/4 : Kelas membuat pelbagai bun manis (mexican bun, custard swirl, red bead dll) - RM150
10/4 : Kelas asas dekorasi kek fondant 1 tingkat (lace, roses dan fillers) - RM150
16/4 : Kelas kek lapis - RM150
17/4 : Kelas cheese cake special - RM180
23/4 : Kelas western food (lasagna dan quiche) - RM120



Tarikh yang lainmasih open untuk request...Kelas hanya akan dijalankan sekiranya penyertaan melebihi 6 orang. Pertanyaan boleh hubungi kami ye!!


KELAS PELBAGAI CHEESE CAKE (lemon cheese, oreo, etc.)
RM180



KELAS WESTERN FOOD (LASAGNA DAN MINI QUICHE) RM120




KELAS DEKORASI KEK FONDANT ASAS & BUNGA GUMPASTE
RM150



KELAS MEMBUAT ROTI (BUN MANIS)
RM150.00




KELAS DEKORASI KEK CAWAN FONDANT (ASAS)
RM150



BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.