Sunday, November 27, 2011

Selamat Berbahagia....

SELAMAT PENGANTIN BARU ITA & ERY...



Assalamualaikum semua,

Nampak gayanye minggu cuti sekolah dah bermula. Saya ni sebab takde anak yang sekolah jadi kurang arif lah tentang bab-bab bila sekolah cuti, berapa lama cuti dan sebagainya. Cuma saya dapat hidu sekolah dah start cuti apabila.....

1) Pagi-pagi time pegi keje jalan lengang satu macam walaupun time tu jam dah menunjukkan pukul 7 pagi (biasanya time ni memang crowded punyerr).

2) Jiran kiri kanan depan belakang sunyi sepi jam 6 pagi...tak dengar suara para ibu membebel kejutkan anak bangun tido.

3) Enjin kereta jiran-jiran pun turut tido lena ketika saya tergopoh gapah keluar nak pegi keje (sebab majoriti keje kat area sini jek, so xyah la nak keluar rumah awal2 sangat).

4) Budak-budak leka bersembang dan main macam-macam permainan pada waktu malam. Yelah, nak qada' dah berapa lama tak dapat can nak melepak macam tu kan. Asyik-asyik nak gi tuisyen, nak mengaji, kelas tambahan bla..bla..bla..

Hmm...itulah antara tanda-tanda cuti sekolah dan mula. Ohhh satu lagi tanda yang penting dan membawa kesejahteraan pada saya ialah, ramainyee orang nak mendirikan masjid. Eh! Bukan masjid yang itu ye..ini masjid walimatulurus....Hehehehe...Kepada semua bakal pengantin, saya ucapkan selamat berbahgia, moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekarang jangan guna hingga ke anak cucu sebab ramai juga pasangan yang "tersedar" bila usia dah senja, rupanye baru tau mereka tak serasi. Hmm..anak dah setengah dozen, cucu dah besar panjang tup..tup tak serasi katanye..ishhh begitulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui segalanya..

Tanpa membuang masa, jom kita layan kek tempahan pengantin baru ni. Ita dan Ery...baru je selamat diijabkabulkan semalam pada 26/11/2011...Tahniah! Ery ni kawan husband saya sejak sekolah lagi...apapun semoga berbahagia gitewww...


First Tier


Set Cupcake A

Set Cupcake B


Pasangan mempelai ni sepakat untuk ambil pakej Nilam yang sedang dipromo oleh kami..Cake tu flavour pandan dan juga chocolate. Untuk cupcake pulak kita bagi assorted flavour, ada vanilla, oren dan chocolate chip..Oklah bagi sesiapa yang berminat dengan promo kek kahwin kami...boley laa jenguk-jenguk pakej yang ada ye.

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.