Kek Chocolate yang umpphhh!!!

Assalamualaikum

Ini entry yang agaks dah lama jugak dalam simpanan. Taip sikit, save. Taip sikit, save. Memanjang duduk dalam draft sampai agak-agak keterlupaan juga tentang kewujudan entry ni. Aduuhhh teruk betul kan? Itulah, internet pun sekrang ni dah capai kuota jadi faham-faham ajelah...menyiput aje bila nak upload.

Saya pun minggu lepas memang tak dapat nak rest..hujung minggu penuh dengan aktiviti pejabat. Ke sana ke sini dibuatnye. Dah tu baru balik outstation pulak, memang menambahkan tension saya je. Hishhh..tapi apa nak buat dah makan gaji, telan je lah walaupun pahit.. bak kata orang yang pahit tu ubat. Kalau tak suka, sila angkat kaki!!! Erkkk..(tertelan air liur kat kerongkong).

Oklah ini sebenarnya order dari kawan makcik leha untuk anak sedara dia kot. Makcik leha pernah order kek wedding untuk anak lelaki dia masa awal2 kami ala2 operasi secara underground dulu. Kalau nak nengok sila klik sini. Actually order ni depa ambik dlm Syawal haritu (sila geleng kepala sebab Syawal pun dah bye bye). Hmm..jadik memang sangat lama lah sudah kek itewww tp baru sekarang mau kongsi. Apapun saya harap kawan makcik leha pueh hati dengan keenakan kek yang dah terbukti tu (masuk bakul angkat dengan kren ye!!!). Sepatah kata dari kami "THANK YOU!!!!!"


Comments

Popular Posts