Saturday, August 6, 2011

Ahlan wa Sahlan yaa Ramadhan!!

Pejam celik pejam celik tak sangka kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh syumul...bulan RAMADHAN. Rasanya baru saja berlalu Ramadhan...kini kita berjumpa lagi. Maknanya dah setahun kita meninggalkan Ramadhan yang lalu, umur kita pun dah bertambah setahun nampak gayanya. soalan cepumas??ehemmm sempat ke habiskan hutang puasa??Yang itu, masing-masing sila jawab dalam hati ok??

Bila tiba bulan Ramadhan mcam biasalah kita dihidangkan dengan pelbagai dugaan dan ujian. Bukan sahaja dugaan mata, tekak malahan dugaan di tempat kerja pun tak kurang hebat. Saya sendiri baru je balik dari outstation di Utara. wahhh mencabar you...hari kedua puasa saya dah memulakan perjalanan nek kete tau..kalau nek flight ok gaks. Punyelah terik, aiii rasa-rasa kalau nak ikut musafir tu dah dibolehkan boka pose..hehehe. Tapi memandangkan iman masih kukuh dan terbayang-bayang plak time nak kene ganti posa itu yang diteruskan juaaa..

Kalau cerita pasal puasa memang teringat macam-macam kisah. Ada yang suka, ada yang duka tak kurang juga yang menggeletek hati. Oh ya..kebetulan sepanjang saya di Kedah, saya terserempak dengan satu kemalangan maut. Innalilillah....sedih dan sayu saya tengok ahli keluarga mangsa. Itulah janji-Nya, mati akan datang tepat pada masa tak mungkin cepat dan tak mungkin lambat. Hmmm xpelah, kita tukar topik k...sedih la citer pasal menda-menda ni kan.

Teringat pulak masa kecik, ada sekali saya curi-curi makan kuih 'tepung torak' yang mak simpan dalam peti ais. Actually saya tak peberet pun kuih ni tapi sebab perut lapar saya rasa kuih tu sedapppp sangat, tambah-tambah pulak syejukkk dalam peti. Kuih ni cuma ada kat daerah sabak bernam, tg. karang dan sekitarnya sebab saya rasa ia adalah kuih tradisi masyarakat jawa kot. Hmm apa-apalah...yg penting kenyang dik non!!!Uihss itu dulu, kalau tak silap masa tu umur dlm 7 ke 8 tahun so...dimaafkan lah kot.

Sepanjang puasa ni, kami kurangkan sikit aktiviti di kedai waktu malam. Siang-siang pun hanya produce biskut sahaja, roti ke donut ke semua distopkan. Incik suami pun sekarang sibuk dengan tapak ekspo. Kami tak start lagi tapi isyallah next week akan bermula. Kalau ada yang sekitar Sg Buloh tu bolehlah singgah jenguk-jenguk kerepek, biskut dan segala jeruk di tapak gerai kami. Lokasinya dekat dengan Pasar Ramadhan Kg Melayu...depan sekolah. Jumpa kat saya ye!!!

Apapun...sELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.