Tuesday, July 12, 2011

Macaron and Macaron lagi


Fooh....fooh....fooh.....

Angkat tangan...tegakkan badan, luruskan kaki dan....eiiiyaaaahhhh (mengeliat la tu..hehehe). Adesss....minggu lepas minggu macaron. Berdedai-dedai macaron yang saya tepekkan. Hmm..just to share, kalau buat macaron ni saya memang kena ngadap sorang-sorang. Bukan kedekut ilmu tapi saya nak feeling lebih supaya macaron yang saya piping tu naik dengan sempurna.Huhuhuhu..

Apapun tima kasih banyak pada mereka yang sabar menanti saya meng'fulfillkan' order mereka tu. Almaklumlah, saya ni berjuang bersama macaron cuma pada hujung minggu jadi agak terhad juga permintaan yang dapat saya penuhi. Ampun dan maaf dari saya. Kadang-kadang bila ada yang sms/emel saya terpaksa explain dulu condition ni, sebab tak mau customer ternanti-nanti. Saya faham sangatlah kalau ime teringin tu tetiba x dapat apa yang diidamkan, cam rasa nak terjun lombong je kan..hahaha. So, begitulah seadanya senario yang cuba saya gambarkan..




Jadik, saya sharelah beberapa pic macaron yang dapat saya snap di hari kejadian. Takde maknanya saya nak snap bebanyak sebab kang tak siap pulak keje-keje menempek dan mempacking incik macaron nih.


gambar atas ni spesial untuk door gift...


ni pun utk doorgift..reben belum buh lagi

Sepotong cheese cake untuk tea time

Assalamulaikum semua,

Lama jugak saya meninggalkan blog ini sepi tanpa apa-apa postage. Line network saya tak berapa okey so saya agak malas sikit nak update. Mana tidaknye, sempat la bancuh secawan kopi sementara nak tunggu page loading. Itu yang membantutkan niat suci murni saya tu..hehehe


Kalau bancuh secawan kopi dan buat minum petang dengan sepotog cheese cake gini memang syiokkk habis...bagi penggemar cheese la kan. Bluberry cheese cake ialah my favaurite. Saya suka yang homemade sebab saya boleh adjust ikut citarasa saya sendiri. Kalau beli di kedai tu sometimes terlebih masam etc, dan saya pun kurang yakin dengan cara mereka handling.

Kalau ada yang berminat nak order bolehlah emel saya, area sg buloh leh hantar foc jek. Yang ni baked cheese cake tau bukan chilled!! But if ada yang sukerrr makan yang chilled, bisa diatur buk...no hal! Oklah till now, and assalamualaikum

Friday, July 8, 2011

roti dan bun

Hmm...mengucap sungguh saya dengan pelbagai cerita dan berita yang kita dengari sejak akhir-akhir ini. Dengan kejadian jenayah yang tak henti-henti, bunuh sana bunuh sini, rogol sana..rogol sini..ishhh naik takut pulak nak ke mana-mana tanpa berteman. Saya pun jadi tak faham kenapa apabila teknologi semakin moden, manusia jadi semakin tak 'bertamadun'. Ada yang sanggup campak bayi dari tingkat 5...hishhh geram sungguh bila baca berita-berita sebegini. Seolah-olah manusia sudia hilang peri kemanusiaannya..haiwan pun tau sayangkan anak..

Semalam tengok 999, ada lagi review ttg kejadian menyayat hati yang menimpa arwah nurrahayu. Entahlah, layakkah seorang manusia apatah lagi seorang Islam sanggup membunuh saudara sesama agamanya...apatah lagi 'membakar' mayat nya??Itulah jadinya kalau kita hanya Islam kerana keturunan..langsung tak menjiwai Islam itu sendiri. Nauzubillah...mudah-mudahan dijauhkan dari segala bala bencana. Memang emosi betul lah saya bila ke pejabat pagi-pagi ni.
Tambah beremosi bila rakan-rakan membincangkan tentang kuih raya naik harga. Aduhai...bahan-bahan semua dah naik dik. Kami pembuat kuih ni macam-macam kos perlu ditanggung. Elektrik, air, bahan, pekerja etc. Kalau setakat kuih RM18-20 sebalang saya kira itu dah cukup berbaloi daripada nak singsing lengan sukat butter/merjerin, tepung dan lain-lain. Dah tu nak kena kemas dapur lagi...kalau ada anak-anak yang tolong 'kemas' lagi haru biru dibuatnya. Hmm..kalau oven comel???apa macam??berjam-jam lah nak tunggu satu adunan siap dibakar dan disimpan dalam balang...hehehe..tapi kalau ada yang sanggup tu kira ok jek. tepuk dada tanya selera...tepuk poket....tengok isi???Oklah..banyak lah saya membebel pagi-pagi ni, tak baik untuk kesihatan. Jadi untuk menghilangkan stress, moh la kita layan gambar bun-bun yang sempat saya snap.



Wednesday, July 6, 2011

3 tier wedding cake

Assalamualaikum...

Nak post sikit je entry kek kahwin ni. Tak mau nak bebel banyak-banyak sebab takde idea, takde cerita nak dikogsi bersama dan takde apa yang sensasi nak diberitakan pada semua Hehehe...minggu lepas ada homework a.k.a tempahan kek kahwin dengan tema biru dari pakcik dopan umah untuk anak dia. hmm pakcik nak kaler biru katanye. Pakcik koba lai...nak yang gula keras..ooo fondant la tu kan. Hmm ok pakcik!! Apo yang pakcik nak, eden realisasikan sebaik mungkin yoo.. haaa nasib baiklah bilo eden hantar yo kek ni, tersonyummmm panjang pakcik nengok. Kiro luluih la tu kan...

Nak nyiapkan kek ni memang sonang kalau yang expert. tapi den ni ala-ala amatur. dah tu pulak, tangan dua yo...chef sorang lai dok ado kursus kek (kat) Pokan, Pahang nuu.. Pakso la den dok nguli gulo ni sorang..tension jugak tapi apo dayo den...takdo kek kang habihh di pehambat dek pokcik, nayoooo den. Oklah, inilah hasil kojo tangan den. Kalau ado yang kurang tu cik...kiro halal yo lah...dah solamat bosanding pun tu haaa...

oo lupo nak koba, kek dalam tu kek buah paling sodap dalam kuang tu..hahaha



Gambar penuh dari jauh..tier tgh belum letak bunga daaa...


Emm..ni la bunga untuk tier tengah tu...


Ni ialah tier yg bawah skali k...comeyyyy takk??


Friday, July 1, 2011

Cup Cake ULTRAMAN....


Fire!!!

Hehehe...posting kali ni mood ultraman pulak k. Punyelah jenuh saya mencari gambar superhero nan seorang ni, sebab masa nak deliver tuh tak sempat nak snap. Jadik dok tunggu dari empunye order lah. Sebenarnya order ni dah lama tapi sebab takde pics so takleh nak upload apa-apa. Alahamdulillah at last dapat gak sekeping dua..jadilah.

Yang kelakarnya....cerita dari syakirah...anak dia dok makan edible image jek. Kek tak makan pun. Kesian superhero kena NGAP!!!!Hahahaha...anyway tima kasih di atas order ini ye....next week nak buatkan red velvet plak untuk syakirah. Ohh...saya memang teruja setiap kali bekerja menghasilkan ' Si Baldu Merah' itew!!!!!


BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.