Tuesday, June 28, 2011

Kek Kahwin Buttercream - two tier

Sekarang ni orang kawin dah tak bermusim, tak perlu tunggu cuti sekolah pun masing-masing dah boleh buat kenduri kendara. Bukannya apa, sebab dah jadi trend pada masa kini segala urusan masak memasak diserah bulat-bulat kepada tauke katering. Mana yang ada bajet lebih, dari urusan makan, baju, bersanding, hantaran, tema majlis dan sebagainya diserahkan pada encik 'WEDDING PLANNER'. So..pengantin dan mak pengantin tak payah la nak pening-pening kepala dan naik pulak darah tinggi memikirkan al kisah kenduri punyer hal. Senang kan??

Apapun, bagi pandangan mata saya yang tak berapa jelas a.k.a rabun ni...sekali sekala rindu pula dengan suasana kenduri dulu kala. Zaman saya masih anak-anak lagi. Kalau ada sedara mara nak buat kenduri kawin, amboi kami yang budak-budak ni over acting. Mula lah terfikir nak pakai baju apa (masa sekolah, saya lukis sendiri fesyen baju tau...hahahah!!!), pastu merengek kat mak suh beli kain. Hmm, tukang jahit saya ialah maksu saya iaitu adik bongsu arwah abah saya. Hanya dia jek yang faham lukisan fesyen saya masa tuh...wallaaa!!!

Biasanya dalam seminggu sebelum kenduri tu mak dah sibuk berulang alik tolong apa yang patut. Dah jadi adat kami, kalau kenduri memang akan bermestautin la semua adik beradik dan ipar duai. Secara tak langsung, tuan rumah kena prepare bantal banyak2. Tapi saya selalu bawak bekal bantal dan selimut sendiri sebab x nak berebut. Waktu malam adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh kami. Geng gadis-gadis sunti (kononnya) akan kumpul pastu buat tocang kecik-kecik kat kepala. Kenapa??Sebab esoknya nak bergaya dengan rambut kerinting!! Aduhaiii lucu sungguh lah...itu tak termasuk lagi bab nak berinai. Dulu kita guna inai asli yang makcik petik dari pokoknya, kena tumbuk plak..pastu campur dengan nasi. Katanya nak bagi merah...hah!! Ada satu lagi pantang kalau berinai ni...jangan sekali-kali tunjuk kat ayam. Mak kata nanti ayam cakap balung aku lagi merah..soooo otomatik inai kat tangan x menjadi. Hmm ntahlah logik ke tak tapi masa tu saya percaya habissss...

Haii itulah bila teringat dulu-dulu. Manisnya tak sama seperti hari ini. Betuahnya saya pernah membesar di zaman itu...tapi saya kawin pun dah guna katering!!! Nasiblah badan.....hehehe

Oklah sebenarnya nak share kek kawin yang saya buat untuk jiran sekampung. Orang yang tempah ni Makcik Leha, khusus untuk anak lelakinya. makcik leha dah pesan siap-siap supaya kek tu warna pink sangat-sangat, tak mau pink lembut-lembut...so??? I followww...


ini tier yang bawah..so tgh tu kosong utk pacak pillar


ni yang atas..erkkk tulisan tu agak fail sikit lah..ampunn

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.