Thursday, June 30, 2011

Toffee Caramel Cheese Cake

Masih di dalam mood keju lagik..


Ini pula adalah order dari opismate saya...Kak Mas ni kira pelanggan tegar cheese cake jugak lah. Rasanya dah berapa biji kek yang sama di order. Katanya ini adalah feberet anak dan husband. Hehehe....saya memang sukerrr betul kalau ada pelanggan begini. Sejahtera hidup saya dibuatnya. Opsss jangan marah yea..nanti kena jual!!!

Buat kek ni senang jek, tak perlu bake just chill dalam peti es. Haa..memang copek yo kojo..cuma yangleceh sket nak prepare caramel etc. Untuk base cake, saya gunakan oreo cookies. Sebelum ni saya selalu guna digestive tapi kali nih nak tukar angin plak. And honestly saya memang prefer oreo untuk kek cheese yang ni. Matching je dia punyer rasa. So...jom kita layan mata....


RED VELVET Versi ZAS BAKERY

Salam keju untuk semua pengunjung..lalalala

Hmm..minggu ni saya rasa memang minggu keju. Sungguh keju rasanya (erkk tp body tak bau keju k!!) Dari awal minggu lagi saya bermain dgn cream cheese, rasanya dlm bbrp hari dah habis 2 kg kot..maklumlah saya ni memang pemurah dengan keju. resepi tulis 50, saya up lagi 50!!hahahaha..amobi..amboi..amboi...tak tahan gitu you.

So yang ini saya berkesempatan nak share kek RED VELVET versi saya. Bagi mereka yang tak pernah makan kek ni cubalah....insyallah tak mengecewakan. Tekstur kek nya lembut, tak terlalu manis. Bila dimakan bersama cream cheese memang sedap gilerrr!! tapi bagi bukan penggemar cheese tu tak dapeklah den nak nolongnya.

Kek ni memang last minute order jugak, seb baik saya sempat mem'baking'nye. Almaklumlah, chef kek ni bekerja sambil berniaga..opsss jgn bising-bising ye. Aaa tu yg kena atur jadual betoi-betoi supaya dapat memenuhi permintaan pelanggan semua. Tapi dalam masa yang sama, kualiti tetap diutamakan sesuai dengan moto kami "KUALITI TANPA KOMPROMI". Aaa oklah xmo membebel banyak-banyak...ni lah hasil tangan saya yang belum berapa seni lagi ni. Kalau Van Gogh agaknya macam-macam lukisan ada atas kek tu ye..hikhik





Tuesday, June 28, 2011

Happy Birtday Fiza dan Kak Na



Happy Birthday to you....Happy Birthday to you....Happy birthday to both of you...Happy birthday to you...lalalalalalla


Ni saya tak mau nak celoteh panjang-panjang hokey..just nak share pics kek yang diorder oleh Kak Na last week. Sorry lambat post entry ye.. Moga-moga kek ni dapat memenuhi citarasa u olss, kalau u ols heppi dengan hasilnya, i ols pun sejahtera k!! Hikhikhik... apalagi??? Enjoyy...


Kek Kahwin Buttercream - two tier

Sekarang ni orang kawin dah tak bermusim, tak perlu tunggu cuti sekolah pun masing-masing dah boleh buat kenduri kendara. Bukannya apa, sebab dah jadi trend pada masa kini segala urusan masak memasak diserah bulat-bulat kepada tauke katering. Mana yang ada bajet lebih, dari urusan makan, baju, bersanding, hantaran, tema majlis dan sebagainya diserahkan pada encik 'WEDDING PLANNER'. So..pengantin dan mak pengantin tak payah la nak pening-pening kepala dan naik pulak darah tinggi memikirkan al kisah kenduri punyer hal. Senang kan??

Apapun, bagi pandangan mata saya yang tak berapa jelas a.k.a rabun ni...sekali sekala rindu pula dengan suasana kenduri dulu kala. Zaman saya masih anak-anak lagi. Kalau ada sedara mara nak buat kenduri kawin, amboi kami yang budak-budak ni over acting. Mula lah terfikir nak pakai baju apa (masa sekolah, saya lukis sendiri fesyen baju tau...hahahah!!!), pastu merengek kat mak suh beli kain. Hmm, tukang jahit saya ialah maksu saya iaitu adik bongsu arwah abah saya. Hanya dia jek yang faham lukisan fesyen saya masa tuh...wallaaa!!!

Biasanya dalam seminggu sebelum kenduri tu mak dah sibuk berulang alik tolong apa yang patut. Dah jadi adat kami, kalau kenduri memang akan bermestautin la semua adik beradik dan ipar duai. Secara tak langsung, tuan rumah kena prepare bantal banyak2. Tapi saya selalu bawak bekal bantal dan selimut sendiri sebab x nak berebut. Waktu malam adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh kami. Geng gadis-gadis sunti (kononnya) akan kumpul pastu buat tocang kecik-kecik kat kepala. Kenapa??Sebab esoknya nak bergaya dengan rambut kerinting!! Aduhaiii lucu sungguh lah...itu tak termasuk lagi bab nak berinai. Dulu kita guna inai asli yang makcik petik dari pokoknya, kena tumbuk plak..pastu campur dengan nasi. Katanya nak bagi merah...hah!! Ada satu lagi pantang kalau berinai ni...jangan sekali-kali tunjuk kat ayam. Mak kata nanti ayam cakap balung aku lagi merah..soooo otomatik inai kat tangan x menjadi. Hmm ntahlah logik ke tak tapi masa tu saya percaya habissss...

Haii itulah bila teringat dulu-dulu. Manisnya tak sama seperti hari ini. Betuahnya saya pernah membesar di zaman itu...tapi saya kawin pun dah guna katering!!! Nasiblah badan.....hehehe

Oklah sebenarnya nak share kek kawin yang saya buat untuk jiran sekampung. Orang yang tempah ni Makcik Leha, khusus untuk anak lelakinya. makcik leha dah pesan siap-siap supaya kek tu warna pink sangat-sangat, tak mau pink lembut-lembut...so??? I followww...


ini tier yang bawah..so tgh tu kosong utk pacak pillar


ni yang atas..erkkk tulisan tu agak fail sikit lah..ampunn

Monday, June 27, 2011

Devils Chocolate Cake

Salam semuaa....lalalala

Amboi..amboi..amboi...heppi sokmo yerk. Minggu ni saya memang sangat-sangat sibuk meladeni tempahan kek. Di samping kesibukan di opis rasmi, saya curi-curi masa juga menyibukkan diri di opis tak rasmi saya. Hajat di hati nak gi tgk futsal yg dianjurkan khas oleh company pun tergendala. Bukan nye apa, last minute order!! Itulah..kalau hujung minggu saya mmg susah nak 'melepaskan' diri dari opis tak rasmi saya tu. Sebab time tulah nak cari ilham, nak buat itu, nak kemas ini, nak susun yang nu, nak bebelek yang ni...hmmm apa-apalah..



Jadi ni saya nak sharekan beberapa pics kek yang sempat saya buat..mudah-mudahan si polan yang order puas hati dengan rasanya...



Ini adalah repeat order dari Haliza...hmm yang order cupcake LIVERPOOL hari tu! Katanya nak kek chocolate moist...so saya pun buatkan lah kek ni. Instead of ganache semata, saya cover dan layerkan dengan cream cheese. So ada sket lain la dari kek chocolate yang slalu kita makan tu. Cuma yang sedihnya...isk..isk..saya terlupa nak bagi pisau kek..sian Liza. Seb baik katanye ada xtra kat ofis. Aduhaiii....sorry ye...

Tuesday, June 21, 2011

Blueberry Cake Selamat Hari Guru

Erkk...first of all saya nak minta maaf banyak-banyak pada yang empunye order sebabnya saya baru terjumpa ini gambar lah. Tak tau lah pi letak mana, ni dok bongkar dan secara coincidence lak terjumpa nih. Hikhik...mintak hampun k...anyway, saya ucapkan terima kasih bebanyak for the order. Harap-harap semua cikgu dan cikgi berpuashati lah dengan 'rasa' kek ni. Jauh jugak menganto nun kat Kuala Selangor tuh. Nasib baik tak runtuh di perjalanan...

Ini ialah kek chocolate dengan filling chocolate fresh cream. Topping ialah blueberry....nyum! nyum!! Den pulak yang terliur nak makan tapi kena control sket sebab berat dah berlebihan hokeyyy...bawak-bawak la bertaubat dik non...hahaha



Wednesday, June 15, 2011

AGEN BISKUT RAYA

Kepada mereka yang BERMINAT nak jadik agen biskut raya boleh contact saya ye..Kami menjual biskut HOME MADE sahaja yang dikeluarkan sendiri oleh ZAS BAKERY.

Harga yang tertera adalah harga runcit..pengedar lain harganya. Semua biskut menggunakan buttercup.

KURMA NESTUM COOKIES
(RM20/balang)


COCONUT CRUMBLE (ada hirisan oren di dalam)
(RM20/balang)


RED PEARL (choc chip, badam & cornflakes)
(RM20/balang)


Semua biskut akan kami pack dalam balang acrylic. Sampel seperti di bawah.




CUPCAKE UNDER THE SEA THEME

Salamzz semua..

Lama jugak saya menyepi dari membuat entri dalam blog nampaknya. Bukan 'melupakan' tetapi saje nak kumpul bahan supaya banyak sikit untuk dibuat posting. Kali ni saya nak juga berkongsi cupcake yang ditempah oleh Maslinda dari Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh. Sebelum menceceh panjang, saya nak ucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi untuk merealisasikan impian puteri kesayangannya itu..hehehe

Anyway, saya terima call Mas pada satu petang di hari minggu..katanye nak order cupcake untuk anak perempuannya. Hmm..saya tanye nak tema apa, Mas kata no idea cuma nak kaler biru. Wah..otomatik saya terbayang doraemon tapi untuk anak perempuan takkan lah nak bagi doraemon pulak kan? Lagipun katun tu dah tak in sekarang. Jadik saya pun fikir punye fikir..last-last saya story pada hubby..dan dia kata bagus jugak kalau buat tema underwater, Wow..terkesima plak dengar idea dia tuh. Tak sangka rupanya bernas jugak idea en suami nih.

Kebetulan saya outstation di PD so bila Mas message saya terus kata saya plan nak buat tema under the sea dengan little mermaid. Hmm..nak jadik cerita, tak larat plan nak menggentel fondant buat mermaid jadik saya buat suku sakat nemo dengan sotong. Yang penting..feedback dari Mas kata anaknya happy bawak gi sekolah. Saya buatkan cupcake vanilla with strawberry filling! So enjoy the pics and TQ Mas!!! Muahhh...hehehe


Sebenarnya, Mas juga order 25pcs red velvet cupcake untuk birthday bash di kalangan family members pada malam isnin tuh. Gambarnya kurang memberangsangkan sebab amik bawah cahaya lampu jalan, lupa punya hal!! Nantilah saya edit sket-sket bagi nampak marbelles...





Thursday, June 9, 2011

Puff Pastry Inti Epal

Salam manis dan salam sayang pada semua bloggers,

Dah beberapa hari saya tak berkesempatan nak update blog tercinta ni. Alhamdulillah..malam ni ada sedikit waktu senggang yang sekaligus memberi sedikit ruang untuk saya jadi 'tukang karut' tak bertauliah..hehehe. Ekceli ada beberapa gambar yang masih kemas tersimpan dalam kamera dan juga henpon, menunggu waktu untuk di edit dan di upload ke laman maya. Cuma yang tensennya, lately BB dah cecah kuota maksimum jadik faham-faham lah tahap kelajuan yang semakin perlahan tu menyebabkan saya jadi letih dan malas nak membuat apa-apa aktiviti melibat internet.

Ini pun kebetulan saya berbengkal di PD, jadik dptlah guna wireless network. Ehh tapi saya dah selesaikan kerja tau, barulah boleh buat kerja-kerja sampingan (oppsss). kalau nak tau, minggu ni dah hampir sebulan saya tak masuk pejabat. Asyik keluar masuk hotel dan turun naik belon sahaja. Letih??? Tak usah nak cakaplah...memang letih. Kiranya rehat di rumah cuma sehari dua sahaja (biasanya kerja luar saya memakan masa seminggu). Asyik keluar dan masukkan baju dalam beg je kerjanya. Naik muak juga bila terlalu banyak tugasan luar tapi apa nak buat...itu kan periuk nasi saya jugak so tak dapeklah nak kompelin banyak-banyak.

Dalam masa outstation tu saya berkesempatan singgah di dua pulau duty free. Haaa..apalagi projeknya kalau dah alang-alang singgah kan tentulah SHOPPING (sikap taboo kaum spesies saya). Taklah shopping apa pun, cuma beli cokelat, beberapa pasang kain untuk ole-ole, mutiara (alang-alang ke pasar malam di Kota Kinabalu) dan perfume kegemaran saya!!! Antara dua pulau duty free ni, ada pro and kontra nye...disebabkan saya baru je melawat kedua-dua tempat jadi saya dapat membezakan harga barang-barang di sana. Rasanya sebelum raya nanti saya nak juga ke Langkawi untuk menambah koleksi CORRELL di rumah. Rambang mata dibuatnye sebab kat sana kita boleh beli yang loose dan ada banyak pilihan yang menggunakan corak yang sama. Harga pun lebih murah dari di sini..apalagi kawan-kawan??? Kalau nak ke sana, pastikan bawak beg kosong sahaja..ada pelbagai pilihan penerbangan yang murah-murah direct ke Langkawi..AIR ASIA, FIREFLY dan MAS.

Ohh..cukuplah saya bercokcek itu dan ini ye...Akhir kalam, enjoylah sekeping gambar yang sempat saya snap selepas puff pastry ni siap. Gambar ni diambil masa puff masih panas-panas lagi tau. Puff ini saya letak inti epal...

Tuesday, June 7, 2011

LIVERPOOL THEME

Salam semua

Kali ni nak posting entry gambar cupcake yang diorder oleh Haliza dari TNB. Sebenarnya saya dan liza tak pernah bertemu mata pun, cuma liza dapat tgk dari blog jek dan terus emel and call untuk tempah cupcake ni. Berkali-kali liza datang kat kedai tp kami takde so...mmg saya siapkan cupcake liza berdasarkan apa yang ada info dalam emel jek.

Pagi-pagi lagi liza dah mai ke kedai untuk pickup kek ni..apapun TQ so much for the order. Harap-harap puas hati k...so enjoy the pics...









FEEDBACK DRPD HALIZA via email on Tue, Jun 7, 2011 at 9:27 AM
"Shima, saya puas hati dengan kek tempohari…sedap..lebih2 lagi ada blueberry filling, suami dengan anak2 pun suka rasanya..lagi lagi deko dia. Tq.."

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.