Wednesday, May 25, 2011

DEMAM MACARON..


Adehhh...demam makcik..demam!!! Sekarang makcik demam MACARON!! Nyum..nyumm...now makcik rasa dah ready untuk terima orders. Sebab makcik ni amatur so korang bolehlah dapat 1 box of MACARON (ada dlm 18-20 pcs) pada rega RM30 jek. Box macam yg makcik post entry lepas tu okey...tapi takpelah, ni makcik letak pics box tu supaya korang-korang pemangsa MACARON tuh leh nengok puas-puas.makcik alu2kan collect aje sendiri pada harga RM25 kalau nak jimat tp kalau xmo collect pos pun bleh..rege tu dah masuk kos pos tau...



Sunday, May 22, 2011

Kek Chocolate Mousse

Hmm..kek chocolate mousse ni sebenarnya saya buat secara tak sengaja. Actually saya buat kek lain tapi adunan banyak sangat dan terlebih plak so takkan nak buang ye tak??? Saya pun dengan segala kekreatifan yang ada serta semangat tak nak membazir yang begitu membuak-buak di dada...maka saya pun membakar sebijik kek dengan saiz 8 inci dekkkk nonnn!! Hah ini lah dia nye..Saya lapiskan jek dengan choc mousse dlm 2-3 layer pastu saya coverkan ngan fresh cream dan tutup dengan ganache..Toottt...habis cerita!!!

Akhirnya saya hadiahkan pada anak-anak kawan ofis saya yang kebetulan singgah masa tu. Sebenarnya, borders tu bukan buttercream tapi saya guna filling macaron..kelassssss gitewww dek nonnnn!!!cuma filling basic jek flavor bese2 and saya kalerkan biru..hehehe....


Birthday PRINCESS!!

Selamat hari lahir PRINCESS....kek ni fully fondant. Tema adalah warna-warna ceria sesuai untuk kanak-kanak ribena giteww!! Saiz x besaq mana pun cuma 7 inci sahaja.


Monday, May 9, 2011

Oooo Gitar....Berbunyi...

Aduhh.. teringat pulak senikata lagu Allahyarham P. Ramlee tu. Nostalgianya..Walaupun saya tidak dilahirkan sezaman dengan Allahyarham tetapi saya membesar dengan lagu dan filem-filem lakonan beliau. Sejak dari kecil lagi, hmm lebih kurang sejak kenal apa itu peti televisyen rasanya mmg cerita-ceita beliau yang banyak menghiasi dada televisyen hitam putih tu. Itulah hiburan kepada majoriti kanak-kanak seusia saya. Bukan tu sahaja, tak cukup dengan tv, di rumah saya juga dulu ada peti piring hitam. Haaa...pernah tengok tak piring hitam tu macam mana?? Macam piring dan warnyanya hitam..hehehe. Sampai sekarang saya masih x boleh nak fikir macam mana peti suara tu berfugsi. Bila kita letak je piring hitam tu atas plate, plate akan berpusing dan macam ada jarum halus yang sentuh pada permukaan piring. Keluarlahh suara dari situ..eiii peliknye. Agaknye sebab itulah saya x jadi engineer atau pencipta...

Hmm..sebenanrnya bukan nak cerita sangat pasal nostalgia lama ni. Saje nak relatekan dengan kek yang baru saya buat semalam. Kalau orang lain agaknye memang dah jenuh buat tapi saya baru nak cuba..ngeee..TQ kepada warga penduduk SEMARAK1, Kota Damansara atas kepercayaan yang diberi. Mereka ada sambutan persatuan jadi alang-alang mereka order lah kek dari saya. Jadi..inilah hasilnya..mudah-mudahan semua berpuas hati, insyaallah...




Saya buat sponge cake dengan chocolate mousse sebagai filling. Untuk topping saya gunakan buttercream sebab untuk firmkan cake. Kalau guna fresh cream saya risau kek akan runtuh memandangkan kena hantar awal atas sebab-sebab yang tak dapek nak dielakkan.jadi apalagi???layan ajelahhh...


Sunday, May 8, 2011

MARATHON MACARON

Salam manis semua..

Letih!!! Itu je yang bermain-main di fikiran saya pada masa ni. Bayangkan...lepas balik keje hari jumaat saya terus berkejar ke bakery. Rasa macam x cukup kaki dan tangan memikirkan kerja-kerja dan perancangan yang saya nak buat. Ni semua gara-gara saya kena ke Sarawak esok. Aduhaiiii,letihnye badan!! Kalau boleh tolak...rasa nak tolak tapi apakan daya semua pun kena pergi so...telan ajelah. Hasilnye, setelah dua hari berkampung di ala-ala wisma ZAS BAKERY tu dapat lah saya menyiapkan 2 biji kek (kek gitar dan kek choc mousse), macaron dan 2 jenis biskut. Fuuuhh...marathon sungguh. Kiranya kaki dan tangan saya mmg fully utilize betullah minggu ni.

Kalau nak tahu, baju pun saya x berkemas lagi nih. Jiwa tu takde nak ke sana. Hmm..selalunya kalau macam ni alamatlah ada barang yang akan tertinggal. Haa tengok, en suami dah lena. yelah dia pun ala-ala kuat bekerja jugak minggu ni. Tapi yang herannya, kalau gi meeting ke sana ke sinun bukan main lagi sanggup saje di redah onak dan duri. Mata ngantuk pun jadi tak mengantuk..eiii pelik betullah. Kalau saya, sanggup saya cipta pelbagai alasan supaya dapat mengelakkan meeting yang entah apa-apa di hari cuti. Layan mata dan hobi laaaagi bagus!! Tapi mungkin jugak hobi dia bermeeting kot..iskk

Oklah, di sini nak kongsikan gambar-gambar macaron saya. Ada yang terletak, ada jugak yang menyembah bumi. Mana yang rongak, cepat-cepat saya hadiahkan ke tekak...sayaaang kalau buang...membazir you!!!





Wednesday, May 4, 2011

Rencana Minda

Aduhai...tatkala saya menulis ni, mata ala-ala mengantuk. Sekarang ni saya bangun awal dari biasa sebab saya dah mula bekerja diwaktu pertama. Ramai juga yang terkejut, kagum dan teruja dengan transformasi ini. Mana tidaknye, dari waktu ke-3 tup-tup melonjak ke waktu pertama. Alasannya??Hmm..saya cuma nak sampai lebih awal. Jadi saya boleh singgah dulu di kedai. Sekarang ini saya sudah ada 2 pejabat jadi keduanya saya perlu ambil tahu. Sebenarnya pejabat ke-2 yang paling saya sayang (oppsss...ini rahsia yea)!! Tapi yang pertama tetap tidak dilupa..kerana bak kata orang yang pertama itu yang mengajar kita segala-galanya.

Hmm..sebenarnya dalam minda saya ni macam-macam yang direncanakan. Almaklumlah, masa berlalu begitu pantas. Sekarang dah pun bulan 5, tak lama lagi tiba bulan Ramadhan. Puasa dah ganti ke kak long??? Hehehe..jangan asyik terbayang lebaran aje tau. Team ZAS paling risau sebab belum sempat rnd biskut yang baru2 utk tahun nih. So apa nak buat?? Maknanya rnd tu kena jugak dijadikan salah satu rencana kami minggu ini. Apapun terima kasih banyak pada chef roti saya yang tak jemu-jemu mencipta dan mencuba pelbagai resepi roti untuk dipasarkan. Sapa chef tu?? CHEF EPUL laaa...dulu chef ni part time aje..sikalang sudah FULL TIME lor. Ekceli chef ni adalah business partner saya juga...merangkap anak buah saya. Business kami ini didirikan atas pertalian kekeluargaan..kami BER-4 yang bertungkus lumus untuk sama-sama memajukan business yang baru setahun jagung. Kalau ada yang tertanya-tanya..ingin saya jelaskan ZAS BAKERY adalah buah hati kami (Saya & Suami, Epul & Isteri). So...business ni kira cukup sifat lah..ada 2 tangan, dua kaki yang saling melengkapi...taraaaa

Tak cukup dengan rencana biskut raya, satu lagik yang saya nak buat ialah macaron. Janganlah mendung berlagu minggu ni. Kalau tidak, alamatnye putih telur jadik telur dadar ajelah. Takpun lagi haru jadik telur tembelang...adehhh!!! Cita-cita saya hujung minggu ni murni tau, nak bawak macaron sebagai ole-ole ke Sarawak masa oustation nanti. Sekurang-kurangnya ada gak buah tangan dari semenanjung (merangkap promosi jugak tu...eheheh). Tapi x taulah entahkan kembang, entahkan kembung, waima terburai isi perut (uishhh mintak dijauhkan). Kesimpulannya...ini minggu MARATHON. Ooo lupa plak, hari ahad ni ada juga tempahan kek untuk persatuan penduduk Semarak1 KD dan juga Perhimpunan UMNO Selayang. Hmm..mmg kira oven saya tu akan bekerja gigih la sepanjang minggu. Hahaha..Oklah rasanye cukuplah melalut. Lain kali kita sambung story mory...ada keje nak dibuat ni. Sampai jumpa lagi...salam manis dan sayang..muahhh..muahhh..muahh..

fancy cookies


Hmm napelah gambar den ni blur sungguh...nyapah betoii. Tengok fancy cookies ni pun hilang selerooo..x tau mana gi nozzle comelku. tinggal yang gadang-gadang..melambak semuanya!!!Apapun, memang seronok apabila menconteng dan bersukaria beramai-ramai. Patut la budak-budak suka menconteng dan mewarna kan?? Bagus jugak kalau buat class for kids mewarna fancy cookies. Jangan dia pancut royal icing dalam mulut sudahlah dek nonn...

Sunday, May 1, 2011

macaron

salam

ini nak pos entry tentang kuih ngada2...memang susah nak buatnye. tak heran la orang jual mahal2..tapi buat masa ni kuih ni bukan untuk dijual hokey??? buat jamu mata ajelah..




BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.