Vanilla sponge with buttercream tops


Salam manis dan salam ukhwah...

Sebelum memulakan bicara, mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara mara seagama yang mungkin sedang bermestautin di penempatan sementara mangsa-mangsa banjir. Lately, banyak betul bencana alam yang berlaku. Bumi kita semakin tua, manusia pula semakin lupa pada hakikat kejadiannya. Agaknya inilah antara pentunjuk kemurkaan Allah SWT kepada hambaNya. Nauzubillah...mudah-mudahan bumi Malaysia ini selamat dan sejahtera dari bencana yang tidak-tidak.

Kalam saya pada hari ini lebih kepada nak berkongsi hasrat dan impian hati. Hehehe...hajat tu nak buat macaron tapiiiii..alahai banyak pula hal-hal yang perlu diselesaikan. Malah hari ini saya juga ada program skill uprading untuk diri sendiri. Sementelah, saya dah bercuti lama sungguh...nak menjenguk perkhabaran wisma saya tu pun tak sempat. Dapatlah intai-intai serba sedikit dari kejauhan. Harap-harap dalam hujung minggu ini kami dapat memindahkan mesin-mesin yang dok lama bertapa di rumah. Baguslah mesin dapat penempatan baru..tuan mesin aje yang masik duduk tang tu jugak!!! aduhai....Tak apalah, apapun biarlah macaron itu terkubur sahaja bersama hasrat tak kesampaian saya. Kalau takde aral, nak juga saya ke kelas macaron bersama cikmin atau puan rina!!! Syoknyeee....nak join????Jom...

Jadi, untuk mengisi masa saya seperti biasa akan duduk terperuk di KAMAR CINTA. Ehh bukan bilik tidur yeee....KAMAR CINTA adalah bilik kerja saya nun jauh terperosok kat dapur. Comel sahaja, siap berkongsi dengan peti sejuk dan freezer!!!Hahaha...di KAMAR CINTA saya akan mencari ilham, berfikir dan merealisasikan apa yang terlintas di fikiran. So at the end of the day...inilah hasilnyaa....tak mengujakan tapi cukup sebagai satu praktis. Tensi...tensi...kenapa???Entahlah...bunga saya macam tak cukup baja!!!!

Comments

Popular Posts