Tuesday, April 26, 2011

Selamat Hari Lahir

Salam manis semua..

Wahh..malam ni saya rasa begitu teruja nak menulis blog. Bukan apa, kebetulan ada sedikit masa terluang terus saya capai 'buku mac' kesayangan saya ni. Almaklumlah, kalau siang dia ditinggalkan kesepian di atas meja. Maka, bila malam menjelang barulah berpeluang nak bermanja-manja dan dibelai-belai asyik oleh tuannya.

Aduhai..sekarang ni musim hujan dah bermula. Tiap-tiap petang gegendang telinga saya begitu cekap menangkap bunyi guruh di luar. Saya ni duduk dalam bangunan sepanjang hari, entah panas entah mendung pun kadang-kadang tak perasan. Terpaksalah guna deria mendengar (nasib baik sound masih ok). Ohh teringat pulak dulu-dulu sewaktu di kampung, hujan adalah masa yang dinanti-nantikan. Seronok betul kalau hujan waktu balik sekolah kebangsaan sebab ada can nak ponteng sekolah petang (sekolah agama). Waktu itu memang seronok, berbasikal meredah hujan, biar basah kuyup lagi bagus...ada thrillnye. Bukan apa...cari alasan nak demam. Tapi demam dulu-dulu x perlu cari mc pun takpe..cukup berbekalkan sehelai surat yang kadang-kadang kertasnya dikoyak dari buku rampaian sekolah...dan tandatangan mak. SETEL masalah!! Arhh indah betul zaman itu...

Bila dah basah kuyup, sampai kat rumah saya akan masukkan basikal ke beranda. Mak akan bergegas carikan saya tuala dan baju kering. Katanya kalau masuk rumah pakai baju basah nanti banyak tikus. Walhal..memang cik siti tu dah berumahtangga bersama kami sekian lama (almaklum...rumah kampung sukar nak elakkan tikus), baju basah pula yang disalahkannya..hehehe..Kalau hujan terus melebat....hmm memang confirm mak saya yang bagi cuti. Sebab kami takde kereta...kalau hujan, memang bermasalah nak ke sekolah. Tapi kadang-kadang potong stim bila jiran sebelah baik hati pulak nak tumpangkan saya dengan anak-anaknya ke sekolah. Haii...melepasss tgk OSHIN!!!

Kalau dikenang, dibelek dan diingat semula semua itu saya sendiri tak pernah terfikir pada hari ini saya akan jadi seperti hari ini. Membuat kek?? Memang x pernah terduga sebab masa kecil saya, perkara yang paling saya tak suka ialah menolong kerja dapur. Biskut, kek dan segalanya bagi saya menyusahkan dan remeh. Mungkin sebab dulu-dulu semua guna manual. Benci sungguh bila disuruh mengocak telur untuk buat kuih bahulu!!! Takpun kena take turn untuk jaga waktu membakar biskut...kalau guna oven ok jugak. Ini guna tatung (x taulah kalau u all pernah dengar nama benda ni), ishh silap teknik terkena kat pergelangan tangan..lecur tu. Haii..tapi itu semua jadi suatu memori indah untuk saya dan adik beradik. Saat seperti itu tak mungkin berulang kembali. Sekurang-kurangnya saya pernah merasa betapa indanya zaman kanak-kanak tika membilang berapa banyak kuih raya yang mak dah buat sejak hari pertama puasa..seronok bila bercerita dengan kawan-kawan.

Pelbagai nama biskut..antara yang saya masih ingat biskut tat teratai, biskut suji, biskut marmar (sekarang org panggil mama carrie)..paling tak boleh lupa biskut RODA DUNIA yang berbentuk seperti roda. Mak sapukan warna hijau di atasnya dan ditabur gula. Biskut dulu-dulu ni kurang mementingkan rasa, apa yang lebih utama ialah kepelbagaian bentuk dan warna. Hehehe...Tak seperti hari ini, semuanya mesti lah sedap, rangup, lemak dan cukup rasa. Bukan setakat itu sahaja, kadang-kadang biskut dan kek dah jadi seperti hasil seni. Bukan sahaja mesti sedap dimakan tetapi cantik dipandang. Hai...zaman ah berubah, citarasa semakin tinggi bagi melengkapi gaya. Saya pun kenalah maju setapak dua untuk mengikut arus perubahan masa..

Jadi mari kita kongsikan sedikit hasil seni saya minggu lalu. Satu set cupcake bertemakan teddy bear. Jangan terkejut, cik teddy saya berwarna kuning. Oohh ini kan karya seni...beruang bukan sahaja berwarna coklat, malah boleh menjadi warna purple, pink waima belang-belang..erpulag pada citarasa yang order...so apalagi..jamu sajelah mata yea!!

Monday, April 25, 2011

Kek Hantaran Lagi

Lagi koleksi kek hantaran..menggunakan chocolate fondant...sikit jek nak entry kat sini sebab tak larat nak bebel banyak-banyak. Mata dah mengantuk...esok nak bangun gi keje plak. Lemah sendi-sendi saya ni haaa...aduhaiii


top view


side view


close up

GIVEAWAY UNTUK PENGUNJUNG KE-2000

Salam semua...

Saya mengambil sedikit kesempatan untuk posting entry tentang giveaway yang saya anjurkan tempohari...wahh sejal ia disiarayakan...hit makin bertambah dan agak laju dari biasa. Ini baik juga untuk promosi dan dek kerana sambutan yang agak menggalakkan ini maka insyallah saya akan adakan lagi giveaway yang lain-lain. Hmm tak terfikir lagi untuk figure yang ke berapa ribu...ehehehe. stay tune ya!!!

Anyway, sebagai permulaan dan setelah berhempas pulas memikirkan apakah yang sesuai untuk diberi kepada pemenang..saya rasa saya dah ada jawapannya. Pengunjung ke-2000 akan mendapat sekotak fancy cookies!!!Yeayy!!! (Kalau free keanalh sorak kuat2 ye tak???)hehehe..cumayang menjadi almasalahnya sekarang...ada 2 orang yang claim pengunjung ke-2000 but both saya belum terima emel pengesahan..soo saya tunggu screenshot anda tau...apapun terima kasih kerana menyokong kami...

nilah lebih kurang rupa bentuk fancy cookies itu (bukan imej sebenar).

gambar ihsan dari sweetopia.net

Friday, April 22, 2011

Cupcake Hantaran

Ini pula sedikit snapshot cupcake untuk hantaran yang bertemakan biru dan putih. Memandangkan cupcake ini cuma bersaiz medium jadi saya hadkan dekorasi kepada yang minimal sahaja. Sebabnya saya tak mahu cupcake ini nampak trlalu sarat dengan deko-deko yang tidak sepatutnya. Bak kata orang 'less is more'.



So..untuk bungaan di atas cupcake, saya gunakan rose button. Selain comel...ia juga nampak manis bila digabungkan 3 kuntum sebagai toppers. Hmm...kalau berminat nak tempah yang begini, contact saya yea!! Hehehe...kami di zas bakery sentiasa cuba memenuhi impian anda...chewah!!!

Kek Fondant Stripe


Hmm..yang ini percubaan pertama saya membuat kek fondant jalur-jalur atau stripe. Warna pilihan ialah gabungan hijau dan kuning..orang utara gitew!! Tapi masa membuat ni saya belum dapat gun lagi so jalur tu agak senget benget..tapi kalau sekarang sapa yang tempah memang mantopppp sebab dah ada craft gun..hahaha...syiokkkk betull.

So...sehari suntuk membelek kek nih mencari idea seperti dikehendaki. Inilah hasilnya dik...dengan jalur-jalur tu serta dihiasi bunga carla lily dan yellow roses. Untuk fillers, saya gunakan daisy yang kiut miut itew ye...taraaaaa.......kek ini kecil sahaja bersaiz 7 inci..



Tuesday, April 12, 2011

Siapakah pengunjung bertuah itu???

I am thinking of giving away 'something' tapi tak tau lah apa...it is just somekind of appreciation kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong ZAS BAKERY offline and online. Jadik...kepada pengunjung bertuah ke-2000, ZAS BAKERY akan menghadiahkan anda sesuatu. Apakah sesuatu itu???Yang tu...nanti next posting kita bagitau lah ekk..so apa yang perlu anda buat???


bagi pengunjung ke - 2000

1) print screen and fokus kat hit counter 2000 tu
2) save as dlm words / jpg pun bleh
3) emelkan details with the screenshot ke zazbakery@gmail.com
4) make sure ada maklumat berikut:
nama penuh
alamat
no contact

cheerio!!!!

Saturday, April 9, 2011

PRORESS WISMA ZAS BAKERY

Aduihhh...penatnye hari ni. Macam-macam agenda yang terpaksa diselesaikan. Keluar rumah lebih kurang jam 9.30, singgah breakfast roti canai then off to delivery donuts. After that berkejar ke kedai pulak sebab hari ni CKE nak hantar a few kelengkapan. diaorg pulak terpaksa rush sebab kebetulan malam ni depa nak buat annual dinner kat mid valley. Sampai kat kedai...lahhh mana plak budak2 kontrak ni pi, grill dikunci dari luar. Kunci plak kat mr husband haiyaaaaa...melangut la tunggu budak2 ni, katanye gi isi minyak motor. pulak dah. Nun dari kejauhan saya nampak lori besaq giler dok benti kat depan tu. Wahhh...orang kampung pun dok tolong sama..tolong tengok aje lah!Sebenanrnya barang saya sikit aje, penuh dengan barang lain gamaknye..

Dalam 5-10 minit sampailah budak2 nih. Bukak grill..sambil2 tu anak buah saya mengayat drebar lori mtk tolong amik barang lagi kat umah. Tak larat kami nak angkut sebab beratt..dapat dia angkat 2-3 barang pun kira oklah tu. Payah gak nak ngayat depa ni...last2 dia setuju upah 80 hengget. Ok deal!!! Ha...depa tolong la angkut proofer dengan oven. Hmm yang lain dok tinggal la kat rumah lagi sebab lori tak muat. Aduhaii...camno ni??? Poning palo den ni haa...Apapun ni ada sedikit update gambo-gambo yang saya dapat semalam. Hmm..hati dah duk dak duk dak selagi tak siap sepenuhnya. Ntah bila laaa dapat rasmikan agaknye.





Classic Blackforest Cake


Sedikit sahaja posting untuk entry ini. As usual, saya akan post something yang yummy and surely boleh menyebabkan meleleh ayaq liuq (kata sorang kawan saya...eheheh). Gambar ini DILARANG TENGOK oleh preggy mummy pada waktu tengah malam sebab da tentu anda akan menghingar bingarkan kehidupan para bapa apabila mereka terpaksa mencari kedai kek yang masih buka!!! So...jangan ehh...

Kek di dalam adalah kek sponge coklat yang memang spongy gitu. Bahagian luar saya cover dengan fresh cream...it taste really good dengan combintion cherry filling homemade yang saya buat sendiri. Wow!!!Excited kan..memang pun. Masa buat ni, rasa cam nak colek-colek jek krim tuh..oh yea! Ada yang bertanya mana satu sedap?? Buttercream or fresh cream? To me..dah tentulah fresh cream!! Aala2 ice cream gitu. But both ada kelebihan dan kekurangannya. Untuk mereka yang berhajat nak display kek tu kat luar (ruang xde aircond) melebihi tempoh sejam..dinasihatkan gunalah buttercream sebab sifat2nya yang lebih firm. So kek tu nak runtuh pun payah sikit lah. Otherwise kalau utk makan2 jek, atau memang nak buat dalam dewa yg sejuk ala2 peti ais..(hehehe) blehla guna fresh cream.

Jadi..itu ajelah pesanan penaja. Harapan saya, u all lebih clear bab-bab krim kek ni hokey...tata titi..tutu..

Thursday, April 7, 2011

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Salam manis dan salam kembali..

Aduhaii..hari ni memang penat sungguh rasanya. Pagi-pagi dah berpeluh jalan kaki nek komuter, dah tu ketapi dok asyik benti memanjang. Hishh..terpaksa la saya jalan laju macam lipa kudung nak ngejar punch card!! kalau hari-hari ni macam ni boleh hilang lemak yang bertapa kat perut ni agaknye (takde maknanya sebab bila dah penat, makan pun tak hingat!!!). Sampai ofis kira efisien sungguh la keje saya..macam-macam saya berjaya siapkan.Hahaha..selalu tak macam tu.

Pukul 12 lebih, saya dengan ofismate dok mengangkut sikit barang nak hantar ke Kepong. Hmmm dah tersangkut lama pulak kat sana. Hajat hati nak pegi sekejap aje, pastu nak ke tempat lain pulak. Sudah...buat perming plak!!!Almaklum, perming haritu dah habis lentiknye..kena lah topup yang baru. At last, pukul 5 lebih jugak baru bertolak balik. Hujan lebat pulak kat kawasan rumah saya..kena hujan lagi! Tu lah ni rasa-rasa macam nak demam je (saje cari alasan x mau datang ofis..heheh).

Di pendekkan cerita, jemputan seorang kenalan malam ini terpaksa saya batalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Skrg ni saya memang hari-hari kena memantau progress wisma kesayangan saya tu. Tadi depa dah pasang cermin dan pintu, dan cat semua bahagian dalam. Hmm sejuuuk hati saya tengok. Mana taknye, saya dah cakap apa jadi pun, saya nak pindahkan mesin2 tu semua lusa!!! Tak kira...kena bagi setel jugak...hehehe..ganas tak????

So bagi mengubat hati yang ala-ala berbunga tak berapa kembang ni...jom kita enjoy tengok satu lagi kek kontinental ZAS BAKERY. Ini kek memang mengancam woo...nama dia BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE. Jangan tengok aje...order!!! Baru tau rasa dia yang mengancam lagi terancam tu..tapi yang kat bawah ni malas nak deko sebab nak NGAP..yang sebenarnya idak la rupa gini. Comey lagi 'janguk' gitu..



Wednesday, April 6, 2011

CHEEZY FRUITY CAKE

Salammm

Hari ni saya nak mengupdate sedikit tentang kek yang dah dibuat tempohari. Ini adalah salah satu continental cake yang ada dalam menu Zas Bakery. Yang ini adalah CHEEZY FRUITY CAKE. Dia punyer rasa memang wow!!!! Especially to those yang gila cheese... So saya tak mau citer panjang lebar...just nikmatilah gambar ni (kalau nak menikmati keknya....hmmm takkan tak faham lagi....order ajelah)hahaha...

Sunday, April 3, 2011

Vanilla sponge with buttercream tops


Salam manis dan salam ukhwah...

Sebelum memulakan bicara, mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara mara seagama yang mungkin sedang bermestautin di penempatan sementara mangsa-mangsa banjir. Lately, banyak betul bencana alam yang berlaku. Bumi kita semakin tua, manusia pula semakin lupa pada hakikat kejadiannya. Agaknya inilah antara pentunjuk kemurkaan Allah SWT kepada hambaNya. Nauzubillah...mudah-mudahan bumi Malaysia ini selamat dan sejahtera dari bencana yang tidak-tidak.

Kalam saya pada hari ini lebih kepada nak berkongsi hasrat dan impian hati. Hehehe...hajat tu nak buat macaron tapiiiii..alahai banyak pula hal-hal yang perlu diselesaikan. Malah hari ini saya juga ada program skill uprading untuk diri sendiri. Sementelah, saya dah bercuti lama sungguh...nak menjenguk perkhabaran wisma saya tu pun tak sempat. Dapatlah intai-intai serba sedikit dari kejauhan. Harap-harap dalam hujung minggu ini kami dapat memindahkan mesin-mesin yang dok lama bertapa di rumah. Baguslah mesin dapat penempatan baru..tuan mesin aje yang masik duduk tang tu jugak!!! aduhai....Tak apalah, apapun biarlah macaron itu terkubur sahaja bersama hasrat tak kesampaian saya. Kalau takde aral, nak juga saya ke kelas macaron bersama cikmin atau puan rina!!! Syoknyeee....nak join????Jom...

Jadi, untuk mengisi masa saya seperti biasa akan duduk terperuk di KAMAR CINTA. Ehh bukan bilik tidur yeee....KAMAR CINTA adalah bilik kerja saya nun jauh terperosok kat dapur. Comel sahaja, siap berkongsi dengan peti sejuk dan freezer!!!Hahaha...di KAMAR CINTA saya akan mencari ilham, berfikir dan merealisasikan apa yang terlintas di fikiran. So at the end of the day...inilah hasilnyaa....tak mengujakan tapi cukup sebagai satu praktis. Tensi...tensi...kenapa???Entahlah...bunga saya macam tak cukup baja!!!!

Happy Birthday Lil Aiman


Assalamualaikum dan morning!!!!!

Jam menunjukkan pukul 8 pagi...wahhh, bersemangatnya saya mengupdate blog. Hmm..jangan salah sangka, sebenarnya saya ada sedikit 'homework' yang belum selesai. Hari ni saya ada kelas dan kek-kek saya belum siap lagi difrosting. To make thing worst, frosting pun belum buat lagi. Adoiii...inilah akibatnya berpoya-poya menonton filem CUN malam semalam sehingga jam 1.30 pagi. Nasiblah..sendiri cari pasal kan..

Oh!! sedikit tentang filem CUN hasil karya Osman Ali (kalau x kenal, sila guna encik google), bagi saya oklah ianya satu bentuk hiburan ringan. So tak sakit kepala nak fikir kenapa, mengapa, bagaimana etc. Out of 10 star...saya bagi 6 macam tu. Cerita ni belum mampu menarik minat saya untuk menonton 2, 3, 4 dan kali-kali seterusnya..cukuplah sekali. Overall...not bad. Penampilah Faezah Elai banyak menyelamatkan jalan cerita dengan telatah yang selamba badak tu. Hehehe..kalau ada yang teringin nak menonton..silakan. Boleh bawak family (kitaorg tgk pun secara berjemaah...) sbb takde la adegan romantik keterlaluan dalam filem ni. Ala ok-ok gitu. Orait thats all!!

Sambung cerita hal kek Aiman. Hmm jenuh saya menyiapkan karya saya nan satu ini. Huishhh..bukan apa sebab buat pun sehari sblm majlis sbb nak kek freshly baked kan. Sebab aiman suka sangat Dibo saya cuba gaklah merealisasikan favouritenya iteww, hasilnya...terlahirlah Dibo2 ding yang x cumelll. Xpelah..asalkan Aiman tau itu Dibo (seriesss...dia kenal la itu dibo so kira oklah tu). Satu lagi..at his age (2 years old), Aiman dah kenal semua huruf ABC...numbers 1 - 9 and a little bit of Alif..ba..ta..jadik saya pun tekap sajelah huruf2 tu lekat kat kek..senang kan??? Hahaha...semalam masa bawak balik kek kat rumah...apalagi asyik nak 'BACA KEK' aje sbb penuh dengan alphabet and numbers!!! Soooo cute.

Inside, saya buat kek vanilla jek..layerkan dgn strawberry. Yelah fondant cake ni xleh nak fancy2 sangat dalam tu kang lembab susah..itupun keretakan melanda sbb umah saya ala2 mendung kelabu. Hai...cik fondant memang begitu, sangat sensitif sama juga dengan cik macaron. Soo...enjoy the cake!!! Tatataata...


Friday, April 1, 2011

HATRIK!!!

Salam manis dan mengujakan.....

Kali ini saya nak berkongsi kisah hatrik saya dalam minggu ini. Bengkek di kaki alhamdulillah dah beransur sembuh. Dan lenggok kaki saya sudah ala-ala kembali seperti sediakala walaupun bukan sepenuhnya gemalai seperti dulu..hehehe. Ampunnn..kalau boleh tak mahu jatuh lagi, walaupun diberi cuti satu bulan!! Buat apa bercuti berlama-lama kalau dalam keadaan sakit ye tak??

Ok ini cerita hatrik kek dalam satu hari. Banyak pula yang meminta jadi alang-alang kaki dah sembuh lebih kurang, saya rinduuuu sungguh dengan oven kecil di dapur mini saya itu. Dah lama rasanya tak menghidu harumnya aroma kek yang sedang dibakar. Agaknye jiran-jiran pun tertanya-tanya kot mana bunyi mixer, bau kek pun tak ada. Dah retired ke...hehe..jawapannya belum singsing lengan lagi ye kawan-kawan. Meh kita bergomol dengan rolling pin dan buttercup secukup rasa.

Penyudah hari, saya dapat juga menyiapkan 4 biji kek sebenarnya (dlm gambar cuma 3). Mixer saya x henti-henti bekerja. Ahhh..memang itu keje dia, mengaduk, mengaduk dan mengaduk lagi...sampailah rosakkk!!!(wahhh..jangan rosak cepat sangat....). Saya buatkan kek vanilla, orange, chocolate dan vanilla strawberry...hmmm untuk mendeko biarlah hari yang seterusnya pula...dah tak lalu dari pagi dok bau telur ayam..
hati berbunga je bila tengok kek elok dibakar begini...rasa macam nak buat lagi dan lagi

bila buat levelling, ini lah rupa dalam kek..sedia untuk dekorasi

mana si coklat??hmm entahlah merayap lah tu...

Selamat Hari Lahir Amar Naufal


Assalamualaikum semua

Aduhai..di kala jari jemari saya menari di atas 'keyboard' putih yg dah tak berapa putih ni, kaki saya masih berdenyut lagi. Masuk hari ni dah 2 minggu kaki sebelah kiri ni sakit. Semuanya angkara terjatuh tanpa sengaja 9sapa pulak sengaja nak jatuh ye tak??) di ICCA. Dek kerana nak cepat...dan lantai pun licin, ditambah pulak dengan tapak kasut yang tak berapa cukup bunga..gedebuk!!! Tuuu dia nangka dah jatuh...Haa ni lah akibatnye menanggung kesakitan.

Saya dah pun buat x-ray seminggu lepas kejadian...sebabnya jari kaki x boleh digerakkan. Lepas x ray doktor kasi sambunggg lagi cuti..wahhhh!!! Minggu ini nampak gaya saya BERSANTAI sahaja di rumah. Apapun, walau dalam keadaan sakit, dan jalan berdengkot-dengkot...saya tetap berkarya seadanya. Tapi betul kata orang-orang lama...bila kita buat sesuatu perkara dalam keadaan terpaksa, hasilnya memang tak mengujakan langsung. Begitulah adanya...saya bukan lah terpaksa tetapi dek kerana dah berjanji saya tak sampai hati nak mungkiri. Tapi itulah..dalam keadaan sakit sebenarnya lebih baik kita berehat sahaja dan jangan terima apa-apa order (oppsss ye ke????).

Oklah...jadi itu sahaja karya saya sepanjang saya bercuti sakit...x mampu den nak buat nanti mengecewakan orang lagi susahhh..

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.