Monday, March 14, 2011

Salam semua..

Hmmm..mesti korang tertanya-tanya ke mana menghilangnya pencatat tegar blog zaz ni kan?? Ada... tak ke mana pun. Sekadar merehatkan minda dan jari jemari aje. Bukan sebab apa, sebab utama nya internet connection kat ghumah ni ala-ala siput kelajuannya. Biasalah kuota dah sampai leher. Nak upload gambar jangan harap yeee...so sama-sama lah kita bersabar menanti connection kembali pulih seperti sediakala. Itu jam saya update lah mana yang patut.

Sekadar berkongsi...skrg ni saya ala-ala sibuk atau menyibukkan diri dengan kelas hujung minggu di ICCA. ICCA mana??? ahhh..itu rahsiaaa. Kenapa rahsia??? Aikk sukati lah nak citer ke nak rahsia..hehehe. So this week saya akan ke kelas lagi demi mendapatkan sekeping sijil pengiktirafan. Pastu, saya akan sambung dan sambung lagi sampaaaaiii lah habis semua course yang ada. Ni semua perancangan ala2 mat jenin, tak taulah samada terlaksana atau tidak.

Wisma???? Tungguuu....saya tau ramai di luar sana menanti-nanti KEMUNCULAN WISMA ZAZ BAKERY.hikhik...(perasan!!!)Kedai cepotet berangan jadi wisma...sabar2. Kontraktor tu demam dah brape hari, so agak tergendala sedikit keje2 pengubahsuaian. Hmm..kontraktor elektrik yg saya upah untuk tingkat atas tu MANTOP!!! 3 hari je beres...kalau berminatnak wiring, silalah hubungi saya. Leh saya kenalkan..ni certified punyer wiremen tau bukan main-main...oklah lagi lama menulis lagi merapu. Mata pun nak terpadam dah...nak shut down dulu...daaaaa!!!

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.