Monday, February 21, 2011

Di sekitar Acara Tribute to Woman Expo

Salam manis dan salam sejahtera dari saya untuk semua pengunjung setia...

Baru berkesempatan untuk mencoret sesuatu di blog ini...nak berkongsi tentang pengalaman PERTAMA terlibat secara langsung dalam ekspo sempena program Tribute to Woman 2011 (linknye dah ada dalam post sebelum ni). Hmm..kat mana nak mula??? Oklah, kita start dengan a day before the event hokey???

17/2/2011
Lebih kurang jam 3.40 saya sampai di tapak ekspo. Sekretariat masih sibuk mengangkut dan memasang perkakasan untuk keperluan sepanjang program. Tak kurang juga, ramai peniaga dah mula membawa peralatan masing-masing. Saya? Cuma bawa beg galas dan berlenggang kangkung saja. Pendek kata, macam pengunjung pulak lagaknya. Saya mencari lokasi tapak yang diberi..Ohh..nun di belakang sana, berjiran pulak dengan Dr.Cafe (coffee dia mmg kawww habis!! Kalau nak cuba, cari di Solaris ye...jgn lupa cuba sandwich skali. Sedapp gilerrr!!). Bila tengok alatan yang dibawa, mak oiii takut saya dibuatnya. Almaklumlah, kedai kerdil saya diletakkan sebelah saje dgn syarikat GERGASI. Cuak dikkk!! Dalam hati..emm xpelah, rezeki masing-masing. Lagipun, bagi peniaga kali pertama di ekspo macam saya ni..bukan untung yangs aya cari tapi lebih kepada exposure dan nak pastikan orang di luar tahu kewujudan ZAS BAKERY ini. Pusing2 sekejap..pukul 4.35 saya bergegas balik..sebab banyak yang perlu disediakan untuk esok..

18/2/2011
Pukul 3 subuh team ZAS BAKERY masih belum tidur!!!Sibuk berperang dengan oven dan dulang di dapur. Dengan mata hampir tertutup. gagahkan juga jari jemari membungkus roti yang siap dibakar. Macam nak nangis pun ada jugak..aduiii. Takpe!! Ini cabaran..

Jam 7.30 kami bergerak dengan dua MPV ke MV. Dah la tak familiar sangat dengan parking, pusing2 juga cari parking yang paling hampir dengan tapak ekpso supaya senang nak angkut barang. Penganjur dah call 3-4 kali risau ZAS BAKERY tak sampai2 lagi setup booth. Hehehe..kami cuma berbekalkan meja dan roti jek, bukan nak bawak chiller bagai..apapun terima kasih pada MSP Communication yang tolong risau pasal kami.

Hari pertama berlalu dengan oklah. Sales mmg tak banyak mana, crowd pun tak ramai. Rsanya program ni kurang promosi. Saya sendiri x dengar apa-apa ttg program samada di tv, radio atau surat khabar. Kesian juga pada yang dah bersusah payah bawa barang-barang ke tapak ekspo.

19/2/2011
Hmm today ok sikit. Nampak lebih ramai pax dari semalam. Tpi masih tak mengujakan saya. Cuma yang mengubat hati saya bila ramai exhibitor yang dah MERASA roti di booth kami semalam, datang lagi berkunjung untuk membeli. Nyata..roti ZAS BAKERY dapat menambat hati mereka. Di samping tu, saya faham mungkin roti kami juga dijual agak murah berbanding makanan lain yang ada. Alhamdulillah...itu memang harga sedia ada BUKAN harga promosi sempena ekspo. Pukul 7.00 malam kami tutup untuk preparataion hari esok pulak.

20/2/2011
Hari paling meletihkan sebab saya cuma sempat tidur 1 jam sahaja dek menyiapkan satu tempahan (last minute order) untuk dihadiahkan kepada DIVA NO 1 NEGARA!!! Sapa tau siapa dia?? Mestilah Dato' Siti Nurhaliza...Terketar-ketar tangan membuatnya. Saya cukup pantang dengan last minute order tapi kerna tak sampai hati, saya gagahkan juga. Bayangkan???Pepagi buta nak menguli fondant. Nasib baik saya ada simpan baki fondant lagi, kalau tak memang saya terpaksa tolak oder tu. Uli punya uli..tengok jam dah pukul 5 pagi. Siap juga tapi....tak memuaskan hati saya sebab x dapat beri yang TERBAEKKK.

Dati Siti sampai lebih kurang pukul 2.30..syok jugak dapat tengok dekat2 ni. Memang cun habis lah...sukalah sapa yang dapat naik pentas untuk games bersama beliau. Hehehe...Terleka tengok Dato Siti, husband call suh balik booth katanye ramai customer dtg tapi dia x tau nak explain bab roti2 ni. Aduihh leceh betul lah..Saya balik ke booth dengan KECHIWA!! Hishh..

kami tutup kedai lebih kurang jam 6.30 petang. Alhamdulillah, tak banyak roti yang dibawa pulang. Kami dah lelong pada jam 5.oo (drpada berkulat, baik dilelong saje). Ada juga yang disedekahkan pada jirang2 tetangga..sistem batter katakan, orang memberi kita menerima. Kita memberi..orang dapat merasa. Apapun saya seronok sepanjang ekspo walaupun sedikit kecewa dengan penganjur yang kurang promosi untuk program sebegini. Mungkin next time, penganjur perlu labur sedikit untuk promosi..kesian lah pada kami peniaga yang mengharapkan kunjungan orang ramai. Kalau tak ramai pax, maknanya tak banyak sales!!!

Last but not least...terima kasih pada Kak Maton kerana sudi invite ZAS BAKERY dan beri peluang expose produk dalam ekspo.


0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.