Monday, February 28, 2011

Dato Siti yang shomellll



Tengok!!!! Prove Dato Siti dah dapat cuppies yang kami buat...hmmm..yang penting dah sampai kat tangan, makan atau tak nomor dua!! Kalau dia makan lagi bestttt....


Ni saje je letak effect gambo lama...nak bagi dramatik kunun-kununnya...

JUMPA LAGI

Dari pandangan hadapan..kedai ni dua tingkat, memang terpaksa amik both sbb tangga kat dalam bukan kat tepi mcm normal building kedai.


Tu tanda atas lantai untuk marking power suplly. Kitaorg jadi mat jenin moden cuba berangan-angan nak letak apa kat ruang2 kosong tu. Hehehe...seronoknyeee berangan. Feel tau!! Tak caya?? Cuba...

Hmm ukurlah apa nak ukur pun. Janji siap semuanya dalam keadaan sempurna!!


Post ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi untuk membangga diri tapi sekadar untuk berkongsi. Saya, malah kami semua yang terlibat secara langsung dalam menaikkan Zas Bakery amat-amat berharap mudah-mudahan usaha yang dilakukan mendapat keberkatan. Moga segala penat lelah terbayar dengan usaha gigih masing-masing. Sekarang ni, memang seksa...tido tak berapa nak cukup, rehat pun kurang..tapi makan tetap maintain!!!Hikhik...tu yang gagal tu...

Akhir kalam....MAJULAH DONUT UNTUK ZAS BAKERY!! (opssss...)

Wednesday, February 23, 2011

Lagi Moment Sepanjang Tribute to Woman Expo

booth no. 15

bunting yang baru siap

Cak!!! Dengan Chef celebrity...chef zam

Sesi posing sementara takde customer..

Itu dia gadis membawa bakul...bakul cupcakes!

Yeay!!Roti dah nak habissss..

Roti ni sedap bang..banyak cheese!! Ha..yang tu pun best, ada walnut..bla..bla..bla


Alamak!Dato' Citi pun ada..shangat shomelllll..shuke!!!

Sofea Jane yang anggun!!


Last but not least...Bill Keith yang talented!



Monday, February 21, 2011

Kek untuk Dato Siti

Salam maniss...

Dalam posting yang lepas, saya ada mention sediakan kek untuk Dato Siti kan?? So inilah yang dapat saya siapkan. Nak buat handbag ke figurin memang dah x sempat sbb jam 7 malam mana nak carik bakeri bukak. lagi-lagi hari SABTU. Saya terpaksa menyelongkar apa sahaja yang ada dalam stok bakeri kecil saya.

Cuma ada fondant...nasib baik cupcake. Kalau kek sebiji, tarik nafas panjang lah jawabnya.

Cupcake size M 12 pieces


Telah siap dibungkus....

Di sekitar Acara Tribute to Woman Expo

Salam manis dan salam sejahtera dari saya untuk semua pengunjung setia...

Baru berkesempatan untuk mencoret sesuatu di blog ini...nak berkongsi tentang pengalaman PERTAMA terlibat secara langsung dalam ekspo sempena program Tribute to Woman 2011 (linknye dah ada dalam post sebelum ni). Hmm..kat mana nak mula??? Oklah, kita start dengan a day before the event hokey???

17/2/2011
Lebih kurang jam 3.40 saya sampai di tapak ekspo. Sekretariat masih sibuk mengangkut dan memasang perkakasan untuk keperluan sepanjang program. Tak kurang juga, ramai peniaga dah mula membawa peralatan masing-masing. Saya? Cuma bawa beg galas dan berlenggang kangkung saja. Pendek kata, macam pengunjung pulak lagaknya. Saya mencari lokasi tapak yang diberi..Ohh..nun di belakang sana, berjiran pulak dengan Dr.Cafe (coffee dia mmg kawww habis!! Kalau nak cuba, cari di Solaris ye...jgn lupa cuba sandwich skali. Sedapp gilerrr!!). Bila tengok alatan yang dibawa, mak oiii takut saya dibuatnya. Almaklumlah, kedai kerdil saya diletakkan sebelah saje dgn syarikat GERGASI. Cuak dikkk!! Dalam hati..emm xpelah, rezeki masing-masing. Lagipun, bagi peniaga kali pertama di ekspo macam saya ni..bukan untung yangs aya cari tapi lebih kepada exposure dan nak pastikan orang di luar tahu kewujudan ZAS BAKERY ini. Pusing2 sekejap..pukul 4.35 saya bergegas balik..sebab banyak yang perlu disediakan untuk esok..

18/2/2011
Pukul 3 subuh team ZAS BAKERY masih belum tidur!!!Sibuk berperang dengan oven dan dulang di dapur. Dengan mata hampir tertutup. gagahkan juga jari jemari membungkus roti yang siap dibakar. Macam nak nangis pun ada jugak..aduiii. Takpe!! Ini cabaran..

Jam 7.30 kami bergerak dengan dua MPV ke MV. Dah la tak familiar sangat dengan parking, pusing2 juga cari parking yang paling hampir dengan tapak ekpso supaya senang nak angkut barang. Penganjur dah call 3-4 kali risau ZAS BAKERY tak sampai2 lagi setup booth. Hehehe..kami cuma berbekalkan meja dan roti jek, bukan nak bawak chiller bagai..apapun terima kasih pada MSP Communication yang tolong risau pasal kami.

Hari pertama berlalu dengan oklah. Sales mmg tak banyak mana, crowd pun tak ramai. Rsanya program ni kurang promosi. Saya sendiri x dengar apa-apa ttg program samada di tv, radio atau surat khabar. Kesian juga pada yang dah bersusah payah bawa barang-barang ke tapak ekspo.

19/2/2011
Hmm today ok sikit. Nampak lebih ramai pax dari semalam. Tpi masih tak mengujakan saya. Cuma yang mengubat hati saya bila ramai exhibitor yang dah MERASA roti di booth kami semalam, datang lagi berkunjung untuk membeli. Nyata..roti ZAS BAKERY dapat menambat hati mereka. Di samping tu, saya faham mungkin roti kami juga dijual agak murah berbanding makanan lain yang ada. Alhamdulillah...itu memang harga sedia ada BUKAN harga promosi sempena ekspo. Pukul 7.00 malam kami tutup untuk preparataion hari esok pulak.

20/2/2011
Hari paling meletihkan sebab saya cuma sempat tidur 1 jam sahaja dek menyiapkan satu tempahan (last minute order) untuk dihadiahkan kepada DIVA NO 1 NEGARA!!! Sapa tau siapa dia?? Mestilah Dato' Siti Nurhaliza...Terketar-ketar tangan membuatnya. Saya cukup pantang dengan last minute order tapi kerna tak sampai hati, saya gagahkan juga. Bayangkan???Pepagi buta nak menguli fondant. Nasib baik saya ada simpan baki fondant lagi, kalau tak memang saya terpaksa tolak oder tu. Uli punya uli..tengok jam dah pukul 5 pagi. Siap juga tapi....tak memuaskan hati saya sebab x dapat beri yang TERBAEKKK.

Dati Siti sampai lebih kurang pukul 2.30..syok jugak dapat tengok dekat2 ni. Memang cun habis lah...sukalah sapa yang dapat naik pentas untuk games bersama beliau. Hehehe...Terleka tengok Dato Siti, husband call suh balik booth katanye ramai customer dtg tapi dia x tau nak explain bab roti2 ni. Aduihh leceh betul lah..Saya balik ke booth dengan KECHIWA!! Hishh..

kami tutup kedai lebih kurang jam 6.30 petang. Alhamdulillah, tak banyak roti yang dibawa pulang. Kami dah lelong pada jam 5.oo (drpada berkulat, baik dilelong saje). Ada juga yang disedekahkan pada jirang2 tetangga..sistem batter katakan, orang memberi kita menerima. Kita memberi..orang dapat merasa. Apapun saya seronok sepanjang ekspo walaupun sedikit kecewa dengan penganjur yang kurang promosi untuk program sebegini. Mungkin next time, penganjur perlu labur sedikit untuk promosi..kesian lah pada kami peniaga yang mengharapkan kunjungan orang ramai. Kalau tak ramai pax, maknanya tak banyak sales!!!

Last but not least...terima kasih pada Kak Maton kerana sudi invite ZAS BAKERY dan beri peluang expose produk dalam ekspo.


Thursday, February 17, 2011

Tribute to Woman Malaysia Trade Expo 2011

Salamzzz semua rakan-rakan bloggers!!

Lama rasanya saya tak menghupdate apa-apa posting dalam blog comel saya ni. Itulah, sibuk sikit..(hakikatnya manusia memang suka mencari pelbagai alasan untuk menutup kelemahan diri sendiri..hehehe). Apapun di sini saya ingin menjemput semua rerakan di alam maya dan alam realiti untuk berkunjung ke Tribute to Woman Malaysia Trade Expo 2011 yang akan diadakan di Mid Valley Convention Centre. Kepada yang sama spesies dengan saya amatlah dialu-alukan untuk turut memeriahkan program yang kali ke-4 diadakan sempena menghargai dan meraikan pencapaian dan kejayaan para wanita di Malaysia!!!

Kepada yang berkesempatan, temui Zas Bakery di sana dengan nama komersil kami ULI-ULI. Ekspo berlangsung selama 3 hari bermula 18 - 20 Februari 2011. Jom jumpa kami di Booth No. 15!!! Ada banyak promosi menarik untuk semua.....

tataaa....

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.