Tuesday, January 18, 2011

SALAM KEMBALI

Salam sayang dan salam kembali kepada semua rakan, pengunjung, pembaca dan pengikut setia ZAS BAKERY. Tanggal bulan kesebelas tahun 2010, rasmilah ZAS BAKERY ENTERPRISE didaftarkan di bawah lesen perniagaan yang sah. Bermula dari saat itu, maka kami di sini tidak sesekali akan menoleh ke belakang lagi. Bak kata orang, biarlah onak dan duri tetap sanggup kami harungi demi meneruskan dan mencapai legasi yang diimpikan selama ini. Bukan sedikit yang menentang, malah ada yang memperlekehkan usaha kami tapi sebenarnya orang-orang sebegini cuma cemburu dengan kejayaan yang telah menampakkan sirnanya.

Memang tak dinafikan adat berniaga, ada kalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Insyallah dengan formula-formula dan tips-tips dari sifu yang berpengalaman akan kami jadikan sebagai panduan dan pegangan. Cabaran akan menjadikan kita lebih kuat dan kental dalam menghadapi apa jua yang mendatang. Wahh..panjangnya mukadimah saya kali ni. Maklum, lama menyepi dari dunia maya.

Jadi di kesempatan ini, ZAS Bakery Ent ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga di atas kurnianNya kerana tidak lama lagi kami akan beroperasi di premis yang baru. Mungkin jauh untuk dikatakan mewah tetapi cukup selesa untuk meneruskan misi nan satu. Sebaik sahaja premis itu beroperasi, kami akan memulakan kelas masakan, kelas bakeri dan juga kelas dekorasi. Akhir tinta....doakan kejayaan kami...

Agaknya selepas ini mungkin saya akan jadi sesibuk makcik di atas!!!! Wah..ahhhaaaa

Atau saya akan maintain anggun seperti chef di bawah??? Wallaaweeiii



(ohh tidak!!rasanya saya akan seperti makcik di atas...tidakkk)

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.