Monday, January 31, 2011

Bermula di sini..takkan berpaling lagi...


Hmm...teringat pulak dengan lagu dendangan Arwah Seha bersama kumpulan Freedom ni, rasa macam nostalgia pulak. Ewahh....2 - 3 minggu ni sebenarnya saya kurang sihat. Hari tu dah berkampung kat hospital jaga husband, elok je husband keluar kit apulak yang kena tempiasnya. Saya rasa banyak virus dah melekat kat tubuh badan saya kot. Mula-mula demam menyerang, kebah demam selsema pulak. La ni batuk tak henti-henti. Minum madu bagai masih tak lut lagi, takpelah tahan je lah...dugaan..

Apapun dalam kesibukan masih tetap meneruskan perjuangan dengan tepung, marjerin dan telur di ceruk dapur (Skrg ni ceruk dapur saya tgh renovate jadik buat sepah di ceruk dapaur anak buah ajelah..hehehe). Dengan tempahan donut yang tak berkesudahan...memang tak menang tangan. Apapun alhamdulillah rezeki dari Allah, saya bersyukur.

Sempat jugak saya jengah-jengah bakal kedai saya..tak banyak lagi perubahan cuma dah dikemas sikit-sikit. Tengoklah dalam 2 minggu ni mungkin akan finalise layout. Sebenarnya premis ni lebih kepada production sahaja. Alang-alang kami akan buka kelas di tingkat atas khusus untuk bakeri/pastri dan juga bagi mereka yang berminat untuk anjurkan mesyuarat kecil-kecilan. Planning banyak dalam kepala cuma tenaga dan masa yang membataskan pergerakan. Yelah bila terikat dengan tugasan di pejabat ni, langkah pun jadi makin pendek. Harap-harap bulan Mac saya boleh merasmi 'WISMA' saya sendiri (hahahaha...wisma ke?)







0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.