Monday, January 31, 2011

Bermula di sini..takkan berpaling lagi...


Hmm...teringat pulak dengan lagu dendangan Arwah Seha bersama kumpulan Freedom ni, rasa macam nostalgia pulak. Ewahh....2 - 3 minggu ni sebenarnya saya kurang sihat. Hari tu dah berkampung kat hospital jaga husband, elok je husband keluar kit apulak yang kena tempiasnya. Saya rasa banyak virus dah melekat kat tubuh badan saya kot. Mula-mula demam menyerang, kebah demam selsema pulak. La ni batuk tak henti-henti. Minum madu bagai masih tak lut lagi, takpelah tahan je lah...dugaan..

Apapun dalam kesibukan masih tetap meneruskan perjuangan dengan tepung, marjerin dan telur di ceruk dapur (Skrg ni ceruk dapur saya tgh renovate jadik buat sepah di ceruk dapaur anak buah ajelah..hehehe). Dengan tempahan donut yang tak berkesudahan...memang tak menang tangan. Apapun alhamdulillah rezeki dari Allah, saya bersyukur.

Sempat jugak saya jengah-jengah bakal kedai saya..tak banyak lagi perubahan cuma dah dikemas sikit-sikit. Tengoklah dalam 2 minggu ni mungkin akan finalise layout. Sebenarnya premis ni lebih kepada production sahaja. Alang-alang kami akan buka kelas di tingkat atas khusus untuk bakeri/pastri dan juga bagi mereka yang berminat untuk anjurkan mesyuarat kecil-kecilan. Planning banyak dalam kepala cuma tenaga dan masa yang membataskan pergerakan. Yelah bila terikat dengan tugasan di pejabat ni, langkah pun jadi makin pendek. Harap-harap bulan Mac saya boleh merasmi 'WISMA' saya sendiri (hahahaha...wisma ke?)







Our Signature Product - Donuts

Donut pelbagai topping yang best...


Strawberry, apple, classic chocolate and more...


Donut stick for kids..


Berminat menjadi agent area Sg Buloh...pls contact me. Komisyen menarik dan lebih tinggi berbanding kuih muih biasa...

Wednesday, January 19, 2011

Kek Span dengan Topping Fondant

,
Jari jemari saya kembali menari di papan kekunci laptop putih kesayangan saya ini..almaklumlah harganya boleh tahan juga...kenalah dibelai dan dimanja selalu supaya hayatnya kalau tak kekal sekurang-kurangnya boleh dipanjangkan..aminnnnn. Justeru itu selalu jugak saya mengingatkan Mr. Husband, kalau nak guna benda kesayangan saya ni kena hati-hati tau!!! kalau tak..AWAS!!!! Hehehehe...ganasnyaaa...

Entry ni nak berkongsi cerita sesi dekorasi bersama cupcakekasih. Wahhh..meman berbaloi-baloi sungguh. Dek tangan keras kena paksa menguli fondant untuk cover atas kek. Jenuh jugak Kak Jun mengoceh hendak memberi tunjuk ajar. Aduiiiyaii...nampak macam senang rupanya punyalah susah. Tak hairanlah kalau kek dengan hiasan sebegini selalunya akan dibayar macam MAHAR...mana tidaknya, lenguh ketiak (oppsss), jari, sendi dan seluruh anggota dok mengadap ia nan satu. Apapun apabila melihat hasilnya...terasa hilang segala penat dan lelah seharian (mungkin jugak berhari-hari bagi amatur seperti saya..hehehe).

Paling seronok kala membuat bunga gum paste. Seronok bangat seh!!!! Tapi perlukan kesabaran yang maha tinggi kerana kadang-kadang bila ruffle tak menjadi, sakit jiwa jugak dibuatnye. Semua bunga di atas kek itu adalah hasil sentuhan kreatif (perasan!!!!) jari gebu dan kontot saya ni okey?? Nak kata perfect tu tidaklah tapi for the first timer...bolehlah kot!!! Hehe apapun best tetap best...

Tak lupa ucapan terima kasih tidak terhingga pada Kak Jun atas tunjuk ajar yang diberi. Insyaallah, ada rezeki ketemu lagi di lain sesi ye..Jom kita layannnzzzz gambar-gambar yang ada!!




Tuesday, January 18, 2011

SALAM KEMBALI

Salam sayang dan salam kembali kepada semua rakan, pengunjung, pembaca dan pengikut setia ZAS BAKERY. Tanggal bulan kesebelas tahun 2010, rasmilah ZAS BAKERY ENTERPRISE didaftarkan di bawah lesen perniagaan yang sah. Bermula dari saat itu, maka kami di sini tidak sesekali akan menoleh ke belakang lagi. Bak kata orang, biarlah onak dan duri tetap sanggup kami harungi demi meneruskan dan mencapai legasi yang diimpikan selama ini. Bukan sedikit yang menentang, malah ada yang memperlekehkan usaha kami tapi sebenarnya orang-orang sebegini cuma cemburu dengan kejayaan yang telah menampakkan sirnanya.

Memang tak dinafikan adat berniaga, ada kalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Insyallah dengan formula-formula dan tips-tips dari sifu yang berpengalaman akan kami jadikan sebagai panduan dan pegangan. Cabaran akan menjadikan kita lebih kuat dan kental dalam menghadapi apa jua yang mendatang. Wahh..panjangnya mukadimah saya kali ni. Maklum, lama menyepi dari dunia maya.

Jadi di kesempatan ini, ZAS Bakery Ent ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga di atas kurnianNya kerana tidak lama lagi kami akan beroperasi di premis yang baru. Mungkin jauh untuk dikatakan mewah tetapi cukup selesa untuk meneruskan misi nan satu. Sebaik sahaja premis itu beroperasi, kami akan memulakan kelas masakan, kelas bakeri dan juga kelas dekorasi. Akhir tinta....doakan kejayaan kami...

Agaknya selepas ini mungkin saya akan jadi sesibuk makcik di atas!!!! Wah..ahhhaaaa

Atau saya akan maintain anggun seperti chef di bawah??? Wallaaweeiii



(ohh tidak!!rasanya saya akan seperti makcik di atas...tidakkk)

Sunday, January 2, 2011

Lagi cupcakes yang mmg SYEDAP

Ini lagi tambahan cuppies yang ada...how is taste??? Confirm lerrr mengancam anak tekak dek nonnn...kalau tak caya leh ler cuba. Kalau ada xtra-xtra nanti akak bawak opis ye dek nonnnn...kalau takde alamatnye kena mengorder. Kalau tak, alamat nanti baby meleleh air liur..hehehe...



Tengok tu??? Kalau tak syedappp takkan ler cupcake akak terpampang kat papan iklan besauuu tu dek nonnn..ehehehe...jangan marah yerr.

New CupcakesMenu Ready for Orders

Salam semua..

Kali ni nak update untuk new menu for cupcakes ya!! So far ramai yang dah try our signature of choc moist and vanilla with blueberry cupcakes kan? So this time apa kata try plak menu-menu baru yang ada with added new tops. Semua cuppies baru ni mmg vogue the vast kata orang..kalau sapa-sapa yang berminat tu leh join kelas Lynn Hassan k.




Carrot Cupcake dengan cream cheese..siap ada figurine carrot lagi tau!!!
Bagi sesapa yang nak kek sebijik pul boleh..tak semestinya cuppies aje ok.....

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.