Sunday, December 5, 2010

Chicken Pizza Hailam Style

Bila kita boring dok kat rumah, mula lah minda ni berfikir-fikir apa nak dibuat. Nak keluar memang malas sebab baju ada berbakul-bakul nak dicuci, stok yang nak lipat pun tak kurang hebatnya...so baik duk kat umah je. Alamaklumlah, dah 2 minggu outstation so umah agak kelam kabut sikit. Ni lah masanya nak mengemas pape yang patut. So utk minum petang semalam, ternampak plak ada roti sandwich hailam kat dapur. Nak makan dengan Kaya Kluang Station cam takde mood plak. So godek2 esbok jumpa mozarella dan cheddar cheese. Kebetulan ada plak lebihan tomato puree belen buat nasi tomato hari tu. Jadi otomatik kita pun mencipta resepi simple ni..sesuai for breakfast and tea time. Yang paling penting, kalau tetiba korang ada stok roti yang cam keras sikit jangan buang, bleh buat pizza ni k.



BAHAN:
Beberapa keping roti sandwich
Buat tomato potong dadu
Bawang besar hiris nipis
Daging burger - masak dan potong kecil
Parutan keju cheddar dan mozarella
Tomato puree

CARA-CARA
1. Sapu tomato puree pada roti. jangan banyak sgt, sedang2 je.
2. Taburkan potongan tomato dan bawang besar.
3. Taburkan daging burger yang dah dipotong kecil. Klu xde daging burger boleh ganti dgn sosej or minced beef...pendek kata, ikutlah apa2 stok yang ada dlm peti ais ye.
4. Taburkan parutan keju atas skali.
5. Bakar dalam oven api atas dan bawah lebih kurang 6 minit or sehingga garing.
6. Makan dengan sos .
7. Hidangkan bersama air kopi mmg syiokkkk!!!!

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.