Friday, December 31, 2010

Choc Again!!

Kek ni khusus untuk jiran kat taman...katanya nak bawak balik hadiahkan kat anak buah. Jauh kek ni nak travel tau, sebab tu buat kek yang tahan lasak sikit. Memula konon nak buh fresh cream tp memang tak sesuaiii gitu, boleh meleleh le jawabnya bila sampai kat destinasi. Silap2 takde ghupa cream dah atas kek tu. Runtuh segalanya dalam kotak. hehehehe....


Spongebob Squarepant


This cake is fully covered with fondant topping. Every inch designated to meet customer requirement. Flavour can be chosen from our various yummy menu such as chocolate moist, butter cake, fruit cake, layer cake etc. We assure you our quality and freshness for every bite!!

Sunday, December 26, 2010

Wedding Cake untuk my BFF

Haduiii...teruja sungguh minggu lepas sebab dok sibuk prepare untuk my BFF punyer wedding. Yelah, kena buat yang terbaik sbb almaklumlah BFF katakan. Apapun semuanya dah selamat...harap2 Non and hubby hepi dengan cake tu (walaupun tak lalu nak makan time tu). Ekceli tak sempat pun jumpa and discuss hal ehwal kek ni before majlis. Non serahkan semuanya kat ZAZ. Thank you sebab sudi beri kepercayaan untuk menjayakan majlis tu. Zaz buat moist choc cake with cream cheese frosting size 10". Kat luar tu fully covered with chocolate fondant icing. Non kata tema dia kaler brown and gold so this is the end product yang Zaz buat untuk majlis tersebut.

One fondant cake dengan 50 pcs cupcakes. Tier tu pun Zaz buat sendiri memandangkan tragedi pada tier sebelum ni. Ohhh.....hanya BFF jek yang tau tragedi itu. Heheheh Anyway moga Nonie and hubby bahagia hingga ke ahir hayat.


Gambar close up

Tier dan cupcakes megah di atas meja konsol

Fruit Flan

fruit flan yang nyaman seh!!! Kalau makan time panas terik mmg syiokk habis...flan ni sesuai simpan dalam esbok. Jadik bila tekak kering tuh, leh la potong sket dan ngap. Gerentiii rasa besttt je. Kalau teringin nak order, jangan segan-segan contact ZAZ!!!


Party Cake

Salam to all,

Yang ni adalah Party Cake...kalau nak order banyak, ZAZ leh buat pelbagai flavor. This one is vanilla with blueberry layered. BESHHH!!! Selalunya cake ni sesuai untuk event like jamuan hi tea ke, birthday party etc. So instead of cake sebijik yang besau tu kita buat ala-ala kat hotel plak. Nampak elegance je kan??? Kalau party cake ni mmg x sesuai kalau nak design lebih-lebih. Bak kata pepatah...LESS IS MORE.


Tadaaaa...syedap hingga menjilat jari...

Harga Kek Fondant

Harga ni apply untuk kek yang fully covered with fondant.

BENTUK:
Bulat
Segi Empat

SAIZ DAN HARGA:
7" - RM100*
8" - RM130*
10" - RM180*
*harga sah untuk kek butter sahaja. Jika request lain-lain kek, harga adalah berbeza bergantung kepada jenis kek yang ditempah.

Harga Kek

Blueberry Cake (sponge)
8" - RM45
10" - RM65

Blueberry Cake (choc moist)
8" - RM50
10" - RM70

Chocolate Moist + Ganache
7" - RM15
8" - RM20
10" - RM35

Choc Moist + Cream Cheese + Ganache
7" - RM30
8" - RM45
10" - RM70

Toffee Walnut Cheese Cake with Almond Caramel
7" - RM50
8" - RM65

Blueberry Cheese Cake
7" - RM50
8" - RM65

Thursday, December 23, 2010

Kek Choc Blueberry



Sepotong kek..sejuta rasa

Kek ni sebenarnya terhasil daripada modd nak mengabihkan stok dalam kat dapur..bila bukak peti ais tgk ada belen fresh blueberry dalam tin lebih buat cheese cake hari tu. Pastu coco powder plak adalah dalam 1 1/2 cup rasanya..pikir punye pikir, hantam sajelah buat kek choclat and layered with blueberry. Dahlah tu, telur pun tak cukup seh....aduhaiiii..mmg naya betul kek ni. Apapun dia punyer rasa not bad, sesuailah dengan ketidakcukupan bahannya tu kan...hehehe

Wednesday, December 22, 2010

Tier Kek



Berhempas pulas nyiapkan tier kek kawanku ini..dalam masa 3 jam siap gaks la. Cuma nak diperkukuhkan dengan sedikit sentuhan batang bunga..heheh..Harap cik customer pueh ati. Gambar kek nanti diupload kemudian ye..

Sunday, December 5, 2010

Chicken Pizza Hailam Style

Bila kita boring dok kat rumah, mula lah minda ni berfikir-fikir apa nak dibuat. Nak keluar memang malas sebab baju ada berbakul-bakul nak dicuci, stok yang nak lipat pun tak kurang hebatnya...so baik duk kat umah je. Alamaklumlah, dah 2 minggu outstation so umah agak kelam kabut sikit. Ni lah masanya nak mengemas pape yang patut. So utk minum petang semalam, ternampak plak ada roti sandwich hailam kat dapur. Nak makan dengan Kaya Kluang Station cam takde mood plak. So godek2 esbok jumpa mozarella dan cheddar cheese. Kebetulan ada plak lebihan tomato puree belen buat nasi tomato hari tu. Jadi otomatik kita pun mencipta resepi simple ni..sesuai for breakfast and tea time. Yang paling penting, kalau tetiba korang ada stok roti yang cam keras sikit jangan buang, bleh buat pizza ni k.



BAHAN:
Beberapa keping roti sandwich
Buat tomato potong dadu
Bawang besar hiris nipis
Daging burger - masak dan potong kecil
Parutan keju cheddar dan mozarella
Tomato puree

CARA-CARA
1. Sapu tomato puree pada roti. jangan banyak sgt, sedang2 je.
2. Taburkan potongan tomato dan bawang besar.
3. Taburkan daging burger yang dah dipotong kecil. Klu xde daging burger boleh ganti dgn sosej or minced beef...pendek kata, ikutlah apa2 stok yang ada dlm peti ais ye.
4. Taburkan parutan keju atas skali.
5. Bakar dalam oven api atas dan bawah lebih kurang 6 minit or sehingga garing.
6. Makan dengan sos .
7. Hidangkan bersama air kopi mmg syiokkkk!!!!

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.