Brownies Kukus Ready for Orders

Salam semua

Minggu ni ZAZ curi-curi masa sedikit untuk berkarya di dapur comel ZAZ. Alhamdulillah...dapat juga membuat brownies ni. Petang semalam buat, masuk chiller semalam..pagi tadi baru letak topping ganache..dan wallaa!!! Sedap untuk dimakan especially time petang-petang ni kan. Duduk lepak kat luar umah, makan brownies sambil menghirup udara segar dan angin yang sepoi-sepoi bahasa tu...Leh tengok ni gambar brownies yang dah dipotong.


Ni gambo amik dari blog ZAZ lagi satu...maleh nak ngedit


Resepi asal rasanya dari blog atau di myresepi..tak ingatlah. Tapi ZAZ dah otter ikut stok yang ada k. Kalau nak cuba..silakan...ZAZ guna method kukus ye puan2 dan tuan2 serta cik2 semua..

BAHAN BROWNIES:
1 1/4 cup tepung gandum - ayak
1/4 tsp soda bikarbonat - ayak
1/4 tsp baking powder - ayak
1 cup serbuk koko
1 cup gula kastor (leh kurangkan klu x mau manis)
1 cup susu segar
1/2 cup susu sejat manis
1 cup minyak jagung ( ni pun pepandai le otter klu nak kurang moist)
1 biji telur gred B - pukul ala2 nak bagi ringan je


CREAM CHEESE:
120g cream cheese
60g mentega
1 tbs gelatin (xmo buh pun takpe)
sedikit perahan lemon juice


CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan2 yang diayak dalam satu bekas.
2. Masukkan serbuk koko, susu segar, susu sejat manis, gula dan minyak dalam periuk. Masak atas api perlahan (jangan sampai menggelegak).
3. Pukul telur dan masukkan dalam periuk.
4. Kacau perlahan, bila agak suam masukkan bahan ayak.
5. Kacau rata (x perlu mixer).
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
7. Bahagian pertama masuk dalam loyang yang dah gris or lapik dengan baking paper.
8. Kukus dalam 30 minit, lapiskan dengan cream cheese.
9. Kukus lagi dalam 15 - 2 minit.
10 Masukkan belen adunan tadi dan kukus sehingga 30 minit.
11. Bila adunan masak, sejukkan pada suhu bilik baru masuk dalam chiller.
12. Biarkan semalaman.
13. Pastu tuang le topping ganache kalau suka, taburkan almond slice atau choc rice sekiranya ada stk..hehehe

NAK PREPARE CREAM CHEESE:
1. Satukan mentega dan cream cheese dalam bowl. Guna mixer pada kelajuan sederhana.
2. Putar hingga fluffy.
3. Masukkan gelatin yang dah kembang (rendam dlm 2 tbs air).
4. Tuang perahan lemon dan putarrrr lagii..

Comments

Popular Posts