Sunday, October 31, 2010

Brownies Kukus Ready for Orders

Salam semua

Minggu ni ZAZ curi-curi masa sedikit untuk berkarya di dapur comel ZAZ. Alhamdulillah...dapat juga membuat brownies ni. Petang semalam buat, masuk chiller semalam..pagi tadi baru letak topping ganache..dan wallaa!!! Sedap untuk dimakan especially time petang-petang ni kan. Duduk lepak kat luar umah, makan brownies sambil menghirup udara segar dan angin yang sepoi-sepoi bahasa tu...Leh tengok ni gambar brownies yang dah dipotong.


Ni gambo amik dari blog ZAZ lagi satu...maleh nak ngedit


Resepi asal rasanya dari blog atau di myresepi..tak ingatlah. Tapi ZAZ dah otter ikut stok yang ada k. Kalau nak cuba..silakan...ZAZ guna method kukus ye puan2 dan tuan2 serta cik2 semua..

BAHAN BROWNIES:
1 1/4 cup tepung gandum - ayak
1/4 tsp soda bikarbonat - ayak
1/4 tsp baking powder - ayak
1 cup serbuk koko
1 cup gula kastor (leh kurangkan klu x mau manis)
1 cup susu segar
1/2 cup susu sejat manis
1 cup minyak jagung ( ni pun pepandai le otter klu nak kurang moist)
1 biji telur gred B - pukul ala2 nak bagi ringan je


CREAM CHEESE:
120g cream cheese
60g mentega
1 tbs gelatin (xmo buh pun takpe)
sedikit perahan lemon juice


CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan2 yang diayak dalam satu bekas.
2. Masukkan serbuk koko, susu segar, susu sejat manis, gula dan minyak dalam periuk. Masak atas api perlahan (jangan sampai menggelegak).
3. Pukul telur dan masukkan dalam periuk.
4. Kacau perlahan, bila agak suam masukkan bahan ayak.
5. Kacau rata (x perlu mixer).
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
7. Bahagian pertama masuk dalam loyang yang dah gris or lapik dengan baking paper.
8. Kukus dalam 30 minit, lapiskan dengan cream cheese.
9. Kukus lagi dalam 15 - 2 minit.
10 Masukkan belen adunan tadi dan kukus sehingga 30 minit.
11. Bila adunan masak, sejukkan pada suhu bilik baru masuk dalam chiller.
12. Biarkan semalaman.
13. Pastu tuang le topping ganache kalau suka, taburkan almond slice atau choc rice sekiranya ada stk..hehehe

NAK PREPARE CREAM CHEESE:
1. Satukan mentega dan cream cheese dalam bowl. Guna mixer pada kelajuan sederhana.
2. Putar hingga fluffy.
3. Masukkan gelatin yang dah kembang (rendam dlm 2 tbs air).
4. Tuang perahan lemon dan putarrrr lagii..

Saturday, October 30, 2010

Cupcake Pertunangan

Cake in the house..tadaaa


Ready to deliver....


Salamzz

Baru sempat nak upload photo. This was taken last week..specially made for my officemate. Congratulation (tak sure sapa nama pasangan tersebut). Anyway, hopefully mereka enjoy the cake ya!! Cupcake ni flavour vanilla with blueberry filling....yummyyyy!!!!

Monday, October 18, 2010

Lagi Karya Akak Dek Nonnnn



Huishh..minggu ni akak memang takde di rumah. Memanjang di luar stesen, aduhaii....keras fondant akak dek nonnn..Heheheh. Apapun inilah yang sempat di snappy oleh kamera klasik saya dan sempat jugak diupload ke laman yang tak sepertinya ini. Harap2 rakan-rakan layanzzz aje lah entry kali ni ye.



Thursday, October 14, 2010

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

Haii rakan-rakan blogger semua, saya baru saja berkesempatan nak masukkan entry kat sini. aduhaiii ZAZ sibuk betul sejak akhir-akhir ni. Dengan tugas hakiki nya dan juga tugas-tugas sampingan ZAZ rasa macam tak cukup kaki dan tangan. Kalau sibuk di pejabat takpe jugak, sekurang-kurangnya masih ada masa di rumah untuk lakukan tugas-tugas lain. Yang geramnya bila tugas tu melibatkan masa cuti dan kena pulak bertugas di luar kawasan dalam tempoh yang lama. Hmmm...mmg letih tapi apa nak buat, periuk nasi dan sumber mencari rezeki kena fikir juga. Menolak bererti membangkang arahan agensi so tak berkat pulak nanti.

Oklah...cukuplah bercerita tentang kesibukan tugas di pejabat ye. Dalam sibuk-sibuk menunaikan tanggungjawab pada agama, bangsa dan negera (chewahhh!!!), sempat jugak akak berkarya dek nonnn!!! Mempraktikkan ilmu yang ada dan nak menajamkan kemahiran yang dimiliki. Terima kasih banyak pada Kak Jun kerana mencurahkan ilmu tanpa jemu dan tak lokek berkongsi tips. Insyallah kalau ada kesempatan lagi nak pergi berguru dengan Kak Jun.







Friday, October 1, 2010

Kek Utk Lili, Dini dan Auni



Kek untuk jiran masa bulan posa....katanya nak sempena hari merdeka jugak. sebab kek ni tempah last minute, waktu subuh pas sahur datang tempah kek nak ambik pas buka...adohaiii. Cekau je lah mana bahan yang ade dan inilah hasil yang tak semenggah. Maklumlah kita dok berkampung buat biskut time nih, mmg kek langsung tak masuk list.heheheh

Selamat Bertunang Din dan Halina

Hooolaaaa....cupcake flavor choco moist with ganache tops

Close up......



Cuppies Selamat bertunang yang ditempah oleh Syakirah on behalf of her sister Ieja (if I am not mistaken). Ieja nak bagi pada member opis dia yang nak bertunang pada 2 Oktober 2010..ZAZ ucapkan TAHNIAH kepada pasangan DIN & HALINA. Moga berkekalan ke jinjang pelamin.



BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.