Friday, December 31, 2010

Choc Again!!

Kek ni khusus untuk jiran kat taman...katanya nak bawak balik hadiahkan kat anak buah. Jauh kek ni nak travel tau, sebab tu buat kek yang tahan lasak sikit. Memula konon nak buh fresh cream tp memang tak sesuaiii gitu, boleh meleleh le jawabnya bila sampai kat destinasi. Silap2 takde ghupa cream dah atas kek tu. Runtuh segalanya dalam kotak. hehehehe....


Spongebob Squarepant


This cake is fully covered with fondant topping. Every inch designated to meet customer requirement. Flavour can be chosen from our various yummy menu such as chocolate moist, butter cake, fruit cake, layer cake etc. We assure you our quality and freshness for every bite!!

Sunday, December 26, 2010

Wedding Cake untuk my BFF

Haduiii...teruja sungguh minggu lepas sebab dok sibuk prepare untuk my BFF punyer wedding. Yelah, kena buat yang terbaik sbb almaklumlah BFF katakan. Apapun semuanya dah selamat...harap2 Non and hubby hepi dengan cake tu (walaupun tak lalu nak makan time tu). Ekceli tak sempat pun jumpa and discuss hal ehwal kek ni before majlis. Non serahkan semuanya kat ZAZ. Thank you sebab sudi beri kepercayaan untuk menjayakan majlis tu. Zaz buat moist choc cake with cream cheese frosting size 10". Kat luar tu fully covered with chocolate fondant icing. Non kata tema dia kaler brown and gold so this is the end product yang Zaz buat untuk majlis tersebut.

One fondant cake dengan 50 pcs cupcakes. Tier tu pun Zaz buat sendiri memandangkan tragedi pada tier sebelum ni. Ohhh.....hanya BFF jek yang tau tragedi itu. Heheheh Anyway moga Nonie and hubby bahagia hingga ke ahir hayat.


Gambar close up

Tier dan cupcakes megah di atas meja konsol

Fruit Flan

fruit flan yang nyaman seh!!! Kalau makan time panas terik mmg syiokk habis...flan ni sesuai simpan dalam esbok. Jadik bila tekak kering tuh, leh la potong sket dan ngap. Gerentiii rasa besttt je. Kalau teringin nak order, jangan segan-segan contact ZAZ!!!


Party Cake

Salam to all,

Yang ni adalah Party Cake...kalau nak order banyak, ZAZ leh buat pelbagai flavor. This one is vanilla with blueberry layered. BESHHH!!! Selalunya cake ni sesuai untuk event like jamuan hi tea ke, birthday party etc. So instead of cake sebijik yang besau tu kita buat ala-ala kat hotel plak. Nampak elegance je kan??? Kalau party cake ni mmg x sesuai kalau nak design lebih-lebih. Bak kata pepatah...LESS IS MORE.


Tadaaaa...syedap hingga menjilat jari...

Harga Kek Fondant

Harga ni apply untuk kek yang fully covered with fondant.

BENTUK:
Bulat
Segi Empat

SAIZ DAN HARGA:
7" - RM100*
8" - RM130*
10" - RM180*
*harga sah untuk kek butter sahaja. Jika request lain-lain kek, harga adalah berbeza bergantung kepada jenis kek yang ditempah.

Harga Kek

Blueberry Cake (sponge)
8" - RM45
10" - RM65

Blueberry Cake (choc moist)
8" - RM50
10" - RM70

Chocolate Moist + Ganache
7" - RM15
8" - RM20
10" - RM35

Choc Moist + Cream Cheese + Ganache
7" - RM30
8" - RM45
10" - RM70

Toffee Walnut Cheese Cake with Almond Caramel
7" - RM50
8" - RM65

Blueberry Cheese Cake
7" - RM50
8" - RM65

Thursday, December 23, 2010

Kek Choc Blueberry



Sepotong kek..sejuta rasa

Kek ni sebenarnya terhasil daripada modd nak mengabihkan stok dalam kat dapur..bila bukak peti ais tgk ada belen fresh blueberry dalam tin lebih buat cheese cake hari tu. Pastu coco powder plak adalah dalam 1 1/2 cup rasanya..pikir punye pikir, hantam sajelah buat kek choclat and layered with blueberry. Dahlah tu, telur pun tak cukup seh....aduhaiiii..mmg naya betul kek ni. Apapun dia punyer rasa not bad, sesuailah dengan ketidakcukupan bahannya tu kan...hehehe

Wednesday, December 22, 2010

Tier Kek



Berhempas pulas nyiapkan tier kek kawanku ini..dalam masa 3 jam siap gaks la. Cuma nak diperkukuhkan dengan sedikit sentuhan batang bunga..heheh..Harap cik customer pueh ati. Gambar kek nanti diupload kemudian ye..

Sunday, December 5, 2010

Chicken Pizza Hailam Style

Bila kita boring dok kat rumah, mula lah minda ni berfikir-fikir apa nak dibuat. Nak keluar memang malas sebab baju ada berbakul-bakul nak dicuci, stok yang nak lipat pun tak kurang hebatnya...so baik duk kat umah je. Alamaklumlah, dah 2 minggu outstation so umah agak kelam kabut sikit. Ni lah masanya nak mengemas pape yang patut. So utk minum petang semalam, ternampak plak ada roti sandwich hailam kat dapur. Nak makan dengan Kaya Kluang Station cam takde mood plak. So godek2 esbok jumpa mozarella dan cheddar cheese. Kebetulan ada plak lebihan tomato puree belen buat nasi tomato hari tu. Jadi otomatik kita pun mencipta resepi simple ni..sesuai for breakfast and tea time. Yang paling penting, kalau tetiba korang ada stok roti yang cam keras sikit jangan buang, bleh buat pizza ni k.



BAHAN:
Beberapa keping roti sandwich
Buat tomato potong dadu
Bawang besar hiris nipis
Daging burger - masak dan potong kecil
Parutan keju cheddar dan mozarella
Tomato puree

CARA-CARA
1. Sapu tomato puree pada roti. jangan banyak sgt, sedang2 je.
2. Taburkan potongan tomato dan bawang besar.
3. Taburkan daging burger yang dah dipotong kecil. Klu xde daging burger boleh ganti dgn sosej or minced beef...pendek kata, ikutlah apa2 stok yang ada dlm peti ais ye.
4. Taburkan parutan keju atas skali.
5. Bakar dalam oven api atas dan bawah lebih kurang 6 minit or sehingga garing.
6. Makan dengan sos .
7. Hidangkan bersama air kopi mmg syiokkkk!!!!

Friday, November 19, 2010

Salam Aidiladha

Alahmdulillah dan syukur je hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatnya bertemu lagi kita dengan AidilAdha kali ini. Insyaallah sekiranya dipanjangkan umur maka dapatlah agaknya sekali lagi menyambut hari raya pada tahun depan. Seperti biasa, sambutan Aidiladha di tempat ZAZ memang tak meriah sebagaimana hari raya puasa. Mungkin kalau di Pantai Timur sambutannya terasa di kalangan masyarakat. Di sini rata-rata kebanyakan kedai masih beroperasi seperti biasa. Cuma pagi-pagi hari raya tutup sekejap sebab memberi laluan solat sunat hari raya.
Jadi, walaupun sambutan tak meriah ZAZ kena juga prepare something untuk projek MAKAN-MAKAN bersama family. Punyerlah pikir perah otak tak tau nak masak apa..rasa-rasa tekak semua macam tak kena aje. Yang bestnya, malam raya ZAZ bantai tidur awal jadik pagi rayalah baru nak masak. Haru betul..nasib baik raya haji ni takde orang nak datang beraya. ZAZ awal-awal lagi dah plan nak balik kg rumah my sister soooo...secara otomatiknye, main meal tak payah prepare lah!!! hehehehe....

Apapun ini jek juadah yang ZAZ masak k..itupun bukan masak banyak...ala-ala aje..resepi alteration sendiri mengikut tekak ZAZ. Anak buah ZAZ kata quiche tu tawar..yelah, kan jaga kesihatan....makanlah dengan sos baru syiokkk!!


Mini Quiche my version


Blueberry Cheese Cake - version ZAZ (resepi asal from myresepi)

Happy Birthday Amir Rayyan

Salammm dan haii...

First f all nak say sorry sebab lambat sangat posting entry yang ini ye. To Amir, Happy Belated Birthday yang ke ??? Sorry la Amir, dah basi u punyer birthday baru nak post entry kan...maklumlah internet connection tak berapa bagus lately ditambah pulak dengan kesibukan tugas hakiki.


Apapun, yang penting kek ni dah selamat dijamu pada kawan-kawan yang datang masa birthday party tu kan..hopefully semua orang enjoy the cuppies ok..



Wednesday, November 17, 2010

Kek kukus untuk NORA

Salam semua

Hai..hai..hai...entry ni semua stok-stok kek nak sambut raya haji tau. depa ni semua suka makan kek rupanye. Teringat ZAZ masa kecik-kecik dulu cukup suka time nak raya sebab masa ni lah dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah atas meja. Kenangan paling tak dapat dilupakan masa pegi rumah makcik dgn anak-anak buah yang kecik-kecik lagi (diaorg ni memang suka mengekor sbb nak kutip duit raya). Makcik ni mmg suka beli kek (orang dulu-dulu kek krim tu kira paling hebatlah, letak tengah2 meja buat hiasan). Tiap-tiap raya confirm ada kek tengah-tengah meja. Anak buah ZAZ ni pantang tgk benda-benda molek gitu, terus potong banyak2 sekali NGAP...uwekkkk dah hapak rupanye. Maklumlah dah raya kelima baru nak datang..kan kek haisan tu..hehehe. dah lah tak lalu makan, dia buang plak tepi tingkap..sah-sah bawah tu laluan utama orang nak lalu lalang..ceh!!!Opsss...saje bernostalgia.

Oklah ni berbalik semula pada entry kali ni ye. Ini kek kukus yang diorder opismate ZAZ, Cik Nora. Kek kukus ni ialah kek chocolate moist, dan ket tengahnya ada lapisan krim keju...syokkk wooo...sebenarnya resepi asal lain tp ZAZ menderhaka sikit dengan mengalter mana-mana yang patut ikut selera tekak ku ini. Rupanye selera tekak ZAZ ni berjaya gak mencuri selera orang lain..hehehhe...Harap-harap Nora enjoy kek tu ye...dengar-dengar nak kembangkan bisnes pada kakak dia plak..eheemmmm..

Selamat Hari Lahir Roshani dan Azhar

First of all, ZAZ nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada rakan opis ZAZ iaitu ROSHANI & AZHAR...ehemmm diaorg ni husband and wife. kebetulan tarikh hari lahir sama lak tu iaitu pada 16 November yang lalu. Bagus gitu kan???? ZAZ kalau dapat camtu mmg syokkk habis sbb leh jimat sambut sekali sudah...tapi kalau ramai yang birthday sama tak best gak sbb kurangkah potential customer ZAZ nanti..hehehheh..

So to dear roshani dan hubby, moga bahagia selalu hendaknya..(nasib baik x request lilin, kalau tak alamakkkk.fenuhhh atas kek dgn lilin-lilin..maklumlah sambut birthday sesama katakan....) hihik jangan marah yeee!!! Harap-harap both of you.. and anak-anak enjoy makan kek tu k!! Adiossss...

Sambil mendeko, ZAZ sempat NGAP strawberry tu 4 bijik..tak tahan tengok segar-segar you..

Toffee Walnut Cheese Cake

Salamzss

Yang ini ialah entry untuk penggemar Cheese Cake. Sebenarnya kek-kek ni adalah produk terbaru di ZAZ BAKERY. Specially made from pure philly cheese...dengan lapisan caramel almond nib dan taburan walnut. Memang rich habissss....so thank you to Kak Mas and Fiza for continuous support. Hopefully..lenkali leh order lagi ye...

Both of them ordered untuk raya haji and both also requested 'API' and 'FOOH'...which means LILIN. Kedua-dua vocab di atas merujuk kepada lilin...vocab yang digunakan oleh anak-anak diaorg la tu..hehehe..Whatever lah...janji bahagia k!!!



Selamat Hari lahir THAQIB

Lama tak update blog ni..bukan apa internet slow sangat-sangat. Sempat buat sambal tumis dulu barulah bleh bukak. Jadi malam ni ambik kesempatan nak update sikit tentang order-order yang diterima sepanjang minggu. Yang ni ialah repeat order dari kawan pejabat..Syakirah utk adik tersayang Thaqib. Apapun mintak ampun banyak-banyak sebab terwujud kaler pink di situ...apa nak buat dah nazak sangat terpaksa gak buh...so Thaqib yang macho jangan marah haaa.....

Feedback yang diterima, buttercream di atas tu habis dimakan oleh Uzayr..(lenkali mama orderkan kek BEN 10 yee..takpun Hagemaru hehehe)...Kek flavour chocolate with blueberry filling...
Pelbagai reaksi wajah

Monday, November 8, 2010

Toffee Walnut Cheese Cake

Cheese cake crazy mestiiii puas ati bila dapat merasa this cake ni. Mmg rich with cheese, di tambah pula dengan lapisan almond nib yang crunchy tu...dan tak lupa juga kepada cik walnut yang banyakkkk kat atas kek ye. Kesimpulannya memang WOW!!!! Sangat bestttt...tenkiu cikgu Lynn Hassan tolong ajar anak murid nih...



Friday, November 5, 2010

Premium Cheese Cupcakes

Now ZAZ dah ada beberapa new products in the house!!!! Ini adalah berita baik untuk penggemar dan penggila cheese di luar sana. Cheese cake yang ZAZ keluarkan pasti dapat menepati selera anda semua dan tidak memuakkan seperti kebanyakan cheese cake di pasaran. Handling dijamin kebersihannya, menggunakan gelatin dari HALAGEL. Kalau nak tau penangannya kenalah rasa dulu, cemana nak rasa??? Senang je.....ORDER terus dari ZAZ ye. Daaa......


Premium Cheese Cupcakes in the line..


Chocolate Cheese Cupcake

U wanna it to be just plain cheese cupcake?? Or u might love the combination of chocolate or oreo?? The choice is yours...we have various tops for cheesy cake such as lemon cream cheese, fresh cream, ganache, fresh fruits, blueberry, kiwi, strawberry and raspberry....tepuk dada tanya selera...

Death by Chocolate Cake

Uikss seramms tengok tajuk entry kali ni. Another cake utk ofismate...sorry Ecah, akak demam so tak dapat nak buat the best ikut spec asal. Sangat tak larat nak keluar carik all the accessories, mana yang ada dlm stok je yang akak gunakan. But the basic is there la..hopefully u will enjoy the cake. Tak sampai ati nak kechiwakan Cah yang tgh pregnant tu...lenkali akak buat yg best punyerr k..


Chocolate Cake, layered wif cream cheese + strawberry filling, top wif cream cheese again and covered wif chocolate ganache. Kesimpulannya.......death by chocolates lerrr oppss!!!

Thursday, November 4, 2010

Kek Lapis Asam Manis

Ni lah rupanye nak membuat kek lapis..punyerlah seksa eden nak nunggu siap melapis satu demi satu. Kalau tak kuat iman..haiiii dah lama resign..hikhik. Nasib baik banyaka stok baldi marjerin daisy leh la guna nak menampung adunan kek. Ini baru sejenis....kalau berjenis-jenis amacam?? Apapun, bila hasil dah ada di depan mata memang puasss ati. Yang sedihnye, hasil produk lupa nak nangkap gambar..pedih sungguh..



Wednesday, November 3, 2010

Kelas Pizza dan Pau

Salam

Saje nak buat selingan entry tentang kelas minggu lepas bersama warga2 MPAJ...terima kasih daun keladi kerana sentiasa menyokong dan selalu bersama ZAZ dalam pelbagai sesi kelas yang dianjurkan. Insyaallah, kelas berikutnya adalah entry kelas membuat mee kuning pulak. Jumpa di sana!!!


Monday, November 1, 2010

Glams is back!!!

Hi!! Dalam kesibukan weekend yang lepas, sempat jugak menggodek fondant2 yang berbaki dalam tupperware kat dapur. Minggu ni ZAZ sibuk dengan kelas pizza dan pau so...fokus banyak ditumpukan kepada persediaan kelas. Dah lama tak buat pau dan doh pizza...yeahoo!! Boleh cuba mizer yang baru beli tu...jeng..jeng..jeng..

So this is my creation...original idea dari clip art kat internet pastu ZAZ godek2 ikut citarasa sendiri sbb payah benor nak follow 100%. Adalah bentuk dan ghupaaaa...kalau sesiapa yang teringin nak order dengan bertemakan GLAMS....here it is...



Ada dress seksii...sandals...handbag...dan tak lupa juga gadget-gadget yang sinonim dengan gadis moden masa kini...

Sunday, October 31, 2010

Brownies Kukus Ready for Orders

Salam semua

Minggu ni ZAZ curi-curi masa sedikit untuk berkarya di dapur comel ZAZ. Alhamdulillah...dapat juga membuat brownies ni. Petang semalam buat, masuk chiller semalam..pagi tadi baru letak topping ganache..dan wallaa!!! Sedap untuk dimakan especially time petang-petang ni kan. Duduk lepak kat luar umah, makan brownies sambil menghirup udara segar dan angin yang sepoi-sepoi bahasa tu...Leh tengok ni gambar brownies yang dah dipotong.


Ni gambo amik dari blog ZAZ lagi satu...maleh nak ngedit


Resepi asal rasanya dari blog atau di myresepi..tak ingatlah. Tapi ZAZ dah otter ikut stok yang ada k. Kalau nak cuba..silakan...ZAZ guna method kukus ye puan2 dan tuan2 serta cik2 semua..

BAHAN BROWNIES:
1 1/4 cup tepung gandum - ayak
1/4 tsp soda bikarbonat - ayak
1/4 tsp baking powder - ayak
1 cup serbuk koko
1 cup gula kastor (leh kurangkan klu x mau manis)
1 cup susu segar
1/2 cup susu sejat manis
1 cup minyak jagung ( ni pun pepandai le otter klu nak kurang moist)
1 biji telur gred B - pukul ala2 nak bagi ringan je


CREAM CHEESE:
120g cream cheese
60g mentega
1 tbs gelatin (xmo buh pun takpe)
sedikit perahan lemon juice


CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan2 yang diayak dalam satu bekas.
2. Masukkan serbuk koko, susu segar, susu sejat manis, gula dan minyak dalam periuk. Masak atas api perlahan (jangan sampai menggelegak).
3. Pukul telur dan masukkan dalam periuk.
4. Kacau perlahan, bila agak suam masukkan bahan ayak.
5. Kacau rata (x perlu mixer).
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
7. Bahagian pertama masuk dalam loyang yang dah gris or lapik dengan baking paper.
8. Kukus dalam 30 minit, lapiskan dengan cream cheese.
9. Kukus lagi dalam 15 - 2 minit.
10 Masukkan belen adunan tadi dan kukus sehingga 30 minit.
11. Bila adunan masak, sejukkan pada suhu bilik baru masuk dalam chiller.
12. Biarkan semalaman.
13. Pastu tuang le topping ganache kalau suka, taburkan almond slice atau choc rice sekiranya ada stk..hehehe

NAK PREPARE CREAM CHEESE:
1. Satukan mentega dan cream cheese dalam bowl. Guna mixer pada kelajuan sederhana.
2. Putar hingga fluffy.
3. Masukkan gelatin yang dah kembang (rendam dlm 2 tbs air).
4. Tuang perahan lemon dan putarrrr lagii..

Saturday, October 30, 2010

Cupcake Pertunangan

Cake in the house..tadaaa


Ready to deliver....


Salamzz

Baru sempat nak upload photo. This was taken last week..specially made for my officemate. Congratulation (tak sure sapa nama pasangan tersebut). Anyway, hopefully mereka enjoy the cake ya!! Cupcake ni flavour vanilla with blueberry filling....yummyyyy!!!!

Monday, October 18, 2010

Lagi Karya Akak Dek Nonnnn



Huishh..minggu ni akak memang takde di rumah. Memanjang di luar stesen, aduhaii....keras fondant akak dek nonnn..Heheheh. Apapun inilah yang sempat di snappy oleh kamera klasik saya dan sempat jugak diupload ke laman yang tak sepertinya ini. Harap2 rakan-rakan layanzzz aje lah entry kali ni ye.



Thursday, October 14, 2010

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

Haii rakan-rakan blogger semua, saya baru saja berkesempatan nak masukkan entry kat sini. aduhaiii ZAZ sibuk betul sejak akhir-akhir ni. Dengan tugas hakiki nya dan juga tugas-tugas sampingan ZAZ rasa macam tak cukup kaki dan tangan. Kalau sibuk di pejabat takpe jugak, sekurang-kurangnya masih ada masa di rumah untuk lakukan tugas-tugas lain. Yang geramnya bila tugas tu melibatkan masa cuti dan kena pulak bertugas di luar kawasan dalam tempoh yang lama. Hmmm...mmg letih tapi apa nak buat, periuk nasi dan sumber mencari rezeki kena fikir juga. Menolak bererti membangkang arahan agensi so tak berkat pulak nanti.

Oklah...cukuplah bercerita tentang kesibukan tugas di pejabat ye. Dalam sibuk-sibuk menunaikan tanggungjawab pada agama, bangsa dan negera (chewahhh!!!), sempat jugak akak berkarya dek nonnn!!! Mempraktikkan ilmu yang ada dan nak menajamkan kemahiran yang dimiliki. Terima kasih banyak pada Kak Jun kerana mencurahkan ilmu tanpa jemu dan tak lokek berkongsi tips. Insyallah kalau ada kesempatan lagi nak pergi berguru dengan Kak Jun.







Friday, October 1, 2010

Kek Utk Lili, Dini dan Auni



Kek untuk jiran masa bulan posa....katanya nak sempena hari merdeka jugak. sebab kek ni tempah last minute, waktu subuh pas sahur datang tempah kek nak ambik pas buka...adohaiii. Cekau je lah mana bahan yang ade dan inilah hasil yang tak semenggah. Maklumlah kita dok berkampung buat biskut time nih, mmg kek langsung tak masuk list.heheheh

Selamat Bertunang Din dan Halina

Hooolaaaa....cupcake flavor choco moist with ganache tops

Close up......



Cuppies Selamat bertunang yang ditempah oleh Syakirah on behalf of her sister Ieja (if I am not mistaken). Ieja nak bagi pada member opis dia yang nak bertunang pada 2 Oktober 2010..ZAZ ucapkan TAHNIAH kepada pasangan DIN & HALINA. Moga berkekalan ke jinjang pelamin.



Saturday, September 18, 2010

Salam semua and selamat hari raya to you ols

Dah berbulan rasanya ZAZ tak berblogging kat sini. Bukan tak nak update tapi ZAZ sangat sibuk dengan projek kuih raya. Alhamdulillah tahun pertama mencuba sebagai pengeluar biskut raya hasilnya agak memberangsangkan. I'allah tahun depan dan tahun2 seterusnya ZAZ akan meneruskan lagi usaha murni ZAZ ni dengan jayanya. Idola ZAZ ramai tauke2 kuih raya yang jadi jutawan bermusim. Impian ZAZ pun nak jadi mcm diaorg sebab ZAZ dah letih makan gaji, letih kena marah walau bukan silap kita, letih juga nak ikut kehendak yang kadang2 bertentangan dengan pendapat kita. Atas sebab itulah ZAZ mengorak langkah...biar slow tapi steady...


Doa ZAZ mudah-mudahan dalam masa 2-3 tahun lagi kehidupan ZAZ akan berubah..rutin harian ZAZ juga akan berubah. Sekarang agenda ZAZ ialah projek cari tapak kedai. Hopefully dalam masa terdekat ZAZ dapatlah jumpa lokasi yang sesuai untuk bertatih dalam dunia perniagaan.....kawa-kawan kat luar sana tolong doakan untuk ZAZ ye...Jadi lately mungkin ZAZ akan sibuk dengan projek2 di luar sana di samping tugas hakiki ZAZ di tempat kerja tu. Yelah selagi tak antar surat resign takleh la goyang kaki makan gaji buta..tak berkat gitu!! Oklah ni jek entry ZAZ untuk kali ni..jumpa lagi lain kali..tata...

Sunday, August 15, 2010

Chocolate Cake for Kak Na


Ekceli cake ni ZAZ buatkan untuk opismate sebelum posa ritu..kebetulan ada makan-makan kat opis so alang2 tempahle sebijik. ZAZ pun kebetulan baru balik outstation dari Penang, terus masuk dapur dan mengadun beberapa bijik kek. Konon2nya posa nanti takmo wat kek sebab nak fokus kat biskut raya. Tu pasal yang pulun habis nih.hehehe....Pinggang ZAZ ni dah lenguh2 mengadap biskut cek oiii....maklumlah planning tak betul, tahun depan i'allah berjalan lancar. Apapun kepada Kak Na iaitu empunya kek nih tenkiu ye. Sorry kak na, ada ceri jek kat umah time ni...layannn je lah.

Saturday, July 31, 2010

Projek Terkini ZAZ



Salam semua....dah beberapa hari ZAZ tak update blog ni. Bukan apa...ZAZ outstation pastu balik dari O/S dah bertungkus lumus menyiapkan tempahan biskut raya. Adoiii....sakit pinggang2 ZAZ ni ha..so inilah antara kuih raya yang ZAZ produce sendiri. Ekceli ni baru satu jenis, today insyaallah akan bersengkang mata gi buat lagi satu jenis. Apapun ZAZ hepi bila tengok hasil air tangan kita dipasar di merata tempat. Alhamdulillah.....kalau jumpa biskut ni jangan lupa beli ye. Tenkiu!!!

Sunday, July 25, 2010

Cupcake Kedua untuk Wawa




Ordered by makcik ZAZ...specially for her one and only daughter Wawa. Before this pun ZAZ ada satu entry cuppies Wawa. This time Ucu order flavour vanilla..just plain vanilla without any filling. Wawa nak theme cartoon, memandangkan semalam adalah hari yang sangat2 sibuk jadik ZAZ terpaksa meletak kartun sugar paste jek..sorry Wawa...la ni musim menyiapkan tempahan biskut raya. Hikhik...rasanya Ramadhan ni akan kurang post untuk kek dan cuppies....ZAZ pun akan bertungkus lumus dengan team biskut (jgn tak sempat tarawikh dah leee).

Another Hit Yeay!!!

Memula kita ratakan cheese yang creamy tu kat kek

Tuangkan ganache kat atas creme cheese tu..biarkan ia meleleh sesuka ati dia

Pastu..masuk peti ais...dah sejuk apalagi??? Kasi potong lah!!!

Ni lah rupabentuk dalam bentuk slice. Yummy!!!!!


Another hit of chocolate indulgence!!!!Chewah..sejak bila plak dah guna nama secret recipe nih. Jangan saman ye..saje jek letak gitu. Anyway ini buat untuk bagi anak-anak buah makan. Emm..memandangkan diaorg tu mmg kaki cheese so cepatlah kek ni diselamatkan dalam perut masing-masing. Hehehe...so enjoy the pics ya!!

Rich Chocolate Moist Cuppies

Full House

Close Up

Dah ready nak antaq kat empunye


First of all sorry sebab agak lewat ckit posting entry ni kat blog. Anyway cupcake ni Farah ordered for makan2 I guess. Hikhik...(lupa nak interview panjang lebar). Deal dgn Farah mmg sempoi giler sebab just follow jek suggestion dari ZAZ..huhuu!! So thanks to Farah..rasanye kek2 ni dah selamat kena ngap semuanya.

Feedback dari Farah (ekceli pas bagi Farah terus rasmi sbb cannot tahan maaa...). And dia kata best giler. Memangla, mana taknye kek chocolate moist ditambah dgn ganache plak.. Hehehe..skali skala ok pe...so Tenkiu to Farah ye...lenkali order la lagi.

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.